Saturday, June 27, 2009

Diari Sabtu Bujang Terakhir...

Hari ini Sabtu, 27 Jun 2009. Hari ini merupakan hari Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Pada Sabtu minggu hadapan, 4 Julai 2009 aku akan menjadi suami kepada Pn Nurul.

Berikut diari aku pada hari ini, sebagai orang bujang.

Pagi
Bangun jam 6.00 pagi. Setelah melakukan regangan ringan, aku ambil angin pagi di luar rumah, sambil menghisap tembakau Harvest berperisa anggur, menikmati pagi Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Beberapa ketika selepas itu, Pais datang untuk menumpang di rumah aku barang sehari dua. Kemudian, aku mandi dan menyegarkan diri, setelah itu solat subuh.

Setelah siap semuanya, aku duduk di meja kerja aku, menghadap netbook dan cuba memperbaikinya, walaupun aku buta IT. Tertekan kerana kerosakan semakin teruk, aku keluar sarapan pagi di kedai kuning Taman Permint. Aku belasah nasi ayam pagi ini. Rasa lapar begitu menusuk perut.

Kenyang perut, suka hati. Aku pulang ke rumah dan kembali membaiki netbook aku. Ternyata usaha aku tidak sia-sia. Netbook berjaya berfungsi dan terus aku akses ke capaian internet. Lantas aku terus melakukan penyelenggaraan terhadap blog gelap aku yang mendatangkan hasil itu. Juga, aku melakukan penyelarasan semula terhadap blog jual barang aku yang masih belum mendatangkan hasil.

Tengahari
Masih melakukan kerja-kerja di alam maya. Sesekali berhenti sebentar untuk bertenang, minum air dan solat.

Petang
Tiba-tiba perut berbunyi semula. Sekali lagi aku ke kedai kuning Taman Permint. Kali ini rojak ayam menjadi habuan aku. Setelah kenyang, aku pulang ke rumah, melipat kad kahwin tambahan. Kemudian aku Asar sebentar kemudian keluar semula untuk menghantar kad kahwin kepada dua pupu Cik Nurul yang tinggal setaman dengan aku.

Selepas beransur dari rumah dua pupu Cik Nurul, aku mengisi minyak di Petronas depan Sekolah Sains Dungun. Terpandang poster Bumble Bee, lalu teringat nostalgia kartun Tranformers. Isi minyak RM50. Terus bergerak ke RHB. Cucuk beberapa ratus hasil duit dari internet. Kemudian terus ke Kuala Dungun, masuk kedai elektrik dan bertanya kepada tauke di situ "Ada TV paling murah tak?". Setelah selesi urusan, masuk pula ke kedai perabot dan juga bertanya "Ada rak TV paling murah tak?".

Siap membeli-belah, aku pulang mengikut jalan pantai. Samai ke rumah terus memasang TV baru. Setelah melakukan sedikit pelrasan, aku mula menonton TV yang sudah lama aku tidak tengok. Sekonyong-konyong, Pais pun pulang setelah selesai berniaga dan kami bercerita hal dunia sehingga Maghrib.

Malam
Aku menaip entry ini sambil menonton Pilih Kasih. ...

Tamat sudah Diari Sabtu Bujang Terakhir.

p/s: Jemput datang ke majlis perkahwinan aku.

Thursday, June 25, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan

Aku sudah bercinta dengan Cik Nurul 6 tahun lamanya. Kini, cinta kami menginjak ke fasa yang seterusnya >>> perkahwinan.

Dengan itu aku ingin menjemput rakan-rakan dan para pembaca blog ini ke majlis perkahwinan kami.

Majlis bertunang dan akad nikah akan berlangsung di
D-1090, Kampung Pulau Rusa, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu
pada
Sabtu, 4 Julai 2009

Majlis menyambut menantu pula akan berlangsung di
35, Jalan Bendahara 3, 81440, Bandar Tenggara, Johor
pada
Ahad, 19 Julai 2009

Kepada rakan-rakan dan para pembaca yang ingin maklumat lanjut, boleh sms emel ke nombor aku, 019-7223166. Aku akan hantarkan e-kad kepada kau.

p/s: Terasa sedikit geli-geleman ketika menaip perenggan pertama itu. Huhuhuhuhuhu

Duit Jatuh Ke Riba

Kalau kau nak tahu, aku mengalami krisis kewangan yang sedikit serius di kala ini. Tetapi tidaklah sampai aku meminjam Ah Long. Juga, tidaklah sampai aku terdetik ingin merompak bank atau menjual daun ketum. Masih lagi juga aku menderma seringgit dua di masjid atau peminta sedekah.



Sebenarnya, kau harus faham, redha dan syukur dengan rezeki yang Allah beri kepada kau. Percayalah, kalau kau ada niat untuk berkahwin, pasti akan ada rezeki kau di situ. Tapi, kau juga harus ada usaha, bukan mengharapkan duit jatuh ke riba.



Owh, agak serius bunyinya perenggan di atas. Sebenarnya aku baru saja mendapat cek dari Nuffnag. Taklah banyak. RM50 sahaja. Tapi cukuplah untuk aku beli songkok 4.5 inci tingginya....


Wednesday, June 24, 2009

Duri Dalam Daging

Selak-selak fail-fail dalam netbook aku yang murah ini (kerana aku belum mampu untuk membeli laptop yang mahal) terjumpa suatu gambar lama dalam arkib aku. Antara gambar yang sempat di selamatkan dari henpon yahudi cap kambing gurun aku yang lama itu.

Perhatikan gambar di bawah. Adu tulang ikan tertusuk di jari itu, dan jari itu adalah jari mak aku. Owh!


Kecelakaan itu berlaku tatkala mak aku sedang membersihkan lubang sinki. Mujur aku ada di Bandar Tenggara tatkala itu. Menggunakan kereta Lamborghini Biru aku, aku terus memecut ke klinik kesihatan Bandar Tenggara. Malangnya ia tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Terus aku memecut ke sebuah klinik swasta, juga di Bandar Tenggara. Malang sekali lagi, doktor yang cun itu tidak berani untuk mencabut duri itu.

Sekali lagi aku memecut. Kali ini lebih laju. Ada stail macam 30% Karamjit Singh dan 70% Jensen Button. Terus ke Hospital Kota Tinggi yang berjarak 40km++ dari Bandar Tenggara. Pembantu perubatan di hospital itu dengan selamba merawat mak aku. Beliau kelihatan amat berpengalaman walaupun sekadar pembantu perubatan.

Selesai rawatan mak aku cakap "Nasib baik kau ada Jam..."

p/s: Moral: Berhati-hati dengan duri ikan...

Tuesday, June 23, 2009

Tukang Jahit Yang Durjana

Cik Nurul sedang bersedih sekarang. Baju kahwin yang ditempah beliau tidak jadi seperti yang diharapkan. Atau, dalam erti kata lain baju kahwin beliau itu kelihatan keji. Ia menjadi keji kerana dijahit oleh tukang jahit yang sungguh durjana skill menjahit beliau.

Jadi, kalau kau hendak menempah baju kahwin, kau mesti pastikan bahawa tukang jahit itu benar-benar berkaliber.

Juga, kalau kau berada di Kuala Terengganu, janganlah kau pergi ke kedai jahit ini.

Zamani Fesyen
103A, Perhentian Bas Kuala Terengganu

Monday, June 22, 2009

Bapa Mithali

Menjadi kelaziman zaman sekarang. Suami dan isteri bekerja. Dengan belanja kehidupan yang makin tinggi sukar rasanya juga mengharapkan gaji suami semata-mata.


Masih dalam suasana Hari Bapa, aku mengucapkan tahniah kepada Khiril kerana sanggup menjaga 2 orang anak beliau tatkala isteri beliau terpaksa berkursus di luar kawasan. Kau memang bapa mithali walaupun dari riak wajah kau seolah-olah kau ingin menempeleng anak kau itu. Juga, aku merasa hairan kenapa kau tidak saja memasak di rumah? Ke kau tak tahu masak? Huhuhuhuhuhuhuhuh

Sunday, June 21, 2009

Mohd Sani Yang Gagah Berani Serta Kacak

Hari ini hari bapa. Selamat hari bapa kepada Abah, Mohd Sani Supar. Semoga Abah semakin gagah berani, kacak dan murah rezeki. Semoga juga Abah panjang umur.

Walaupun aku tahu bapak aku tidak membaca blog ini, aku berterima kasih kepada bapak aku kerana beliau secara tidak langsung membolehkan aku menulis di blog. Semasa kecik, aku sedikit terkebelakang dalam aspek pembelajaran. Atau, dalam bahasa yang "gelap" aku boleh dikatakan sebagai seorang budak yang lembap, bongok, mundur dan tiada masa depan. Huhuhuhuhuhu. Menginjak ke darjah dua aku masih lagi tergagap-gagap tatkala membaca dan tidak mampu menulis dengan baik. Aku sukar membezakan huruf m dengan n, p dengan q, b dengan d. Juga, aku sukar membezakan bunyi huruf e, antara ei dengan ea.

Oleh kerana kelemahan aku itu, bapak aku sering mendorong aku untuk mahir membaca dan menulis. Kebetulan pada waktu itu, bapak aku bertugas menguruskan perpustakkan tentera di Kem Majidee, Johor. Maka, setiap hari bapak aku akan membawa buku dari perpustakaan itu untuk aku baca. Atau, bapak aku sering membeli buku-buku siri penyiasatan kanak-kanak seperti Nancy Drew dan Hardy Boys yang dialih bahasa; hanya Rm1.90 sebuah. Juga, setiap sabtu dan cuti sekolah, bapak aku akan membawa aku ke perpustakaan tentera itu untuk membaca dengan selesa. Tidak ketinggalan bapak aku membeli majalah Bintang Kecil (berbentuk akhbar tabloid pada waktu itu) saban minggu. Dan, bapak aku menggalakkan aku menyertai pertandingan menulis dan menjawab teka silang kata yang terdapat dalam majalah itu.

Kesungguhan dan kegarangan bapak aku menjadikan aku mampu membaca dengan lancar apabila menginjak ke darjah tiga, seterusnya menjadikan aku ketagih membaca hingga kini.

Terima kasih juga pada bapak aku kerana menjadikan aku seperti sekarang. Aku tahu bapak aku bangga dengan pencapaian aku sekarang, walaupun beliau tidak menyebut "Abah bangga dengan kau Zam"

Semasa dalam perkhidmatan tentera, bapak aku pernah juga bertugas di Kor Jurutera. Bukan sebagai jurutera tentera, tetapi hanya sebagai pencacai sahaja. Tapi, dengan dengan didikan beliau, aku layak menjadi jurutera dan kini mendidik puluhan bakal jurutera setahun.

Kalau nak tulis pasal bapak aku, mahu terjilid sebuah buku. Huhuhuhuhuhu. Terlalu banyak kenangan terhadap bapak aku yang segar malar dalam otak aku. Kenangan itu yang membuatkan sifat, ketrampilan dan cara aku berfikir tak banyak beza dengan bapak aku.

p/s: Aku terasa sebak juga menulis post ini, tapi tidaklah sampai mengalirkan air mata...

Saturday, June 13, 2009

Tag Yang ke**

Lama tidak menaip. Berasa sedikit kekok menekan papan kekunci. Terasa seolah-oleh seperti 10 tahun yang lampau apabila bapak aku membeli komputer yang sama harganya dengan honda EX5.

Lama juga tidak mengemaskini blog. Kesibukan masih melanda untuk meniti hari bahagia.

Lama tak jengah blog kawan-kawan. Celcom broadband yang laju sedikit dari siput babi merencatkan nafsu.



Owh! Lupakan saja 3 ayat penyata di atas. Post ini adalah untuk menjawab tag dari Tikah.

kekasih saya adalah :
Cik Nurul

sedang mendengar :
Kipas berpusing, anjing menyalak

saya patut :
Tidur, jam sudah 1.43am

saya baru sudah :
Makan kuaci

beza rakan, kawan dan sahabat:
Ada beza kah?

saya tidak faham :
Mana wujud dulu, ayam kah? Telur kah?

saya perlu mencari :
Duit beberapa ribu lagi

ayat terakhir di katakan kepada saya :
Bang, kad ATM ni boleh pakai lagi ke?

makna hidup :
Persinggahan sementara

cinta itu :
Err....

saya paling suka :
Errr.... (berfikir sambil mengorek hidung)

saya akan cuba :
Membersihkan rumah 2 hari sekali

mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
Ye ke?

telefon bimbit saya :
Sony ericsson T280i. Henpon baru!!! (Setelah henpon yahudi dilempar ke dinding)

katil saya :
Aku tiada katil....

soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya :
Sorang je ke?

teknologi adalah :
Kemajuan

bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak :
Jerang air, buka bungkusan dan biarkan 2 minit.

semalam :
Hari Jumaat

hari ini :
Hari sabtu

esok pula saya akan :
Hari Ahad. Cis!!! Apa punya soalan la....

malam ini saya akan :
Eh, pukul 2 pagi tu dikira malam ke pagi???

saya betul-betul inginkan :
Helikopter

badminton atau futsal :
Hoki

karaoke :
Dangdut

makanan jepun adalah :
Gaban

bilik yang terang atau gelap :
Dua-dua.

ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang :
...

kereta :
Iswara 1.3s karburator tanpa penyaman udara dan radio.

saya nak tag :
Julia Robert

Thursday, June 04, 2009

Mesin Kira Yang Hilang







Aku terjumpa mesin kira dan sarungnya tatkala mengemas bilik kuliah elektrik satu pada minggu peperiksaan yang sudah.
Menariknya, aku terjumpa mesin kira ini dan sarungnya secara berasingan di bilik kuliah itu.

Sesiapa yang merasakan mesin kira dan sarungnya itu milik beliau, boleh saja beliau menuntutnya di unit peperiksaan politeknik Dungun.

Sekian, untuk makluman.
Owh ye, sesiapa yang ingin mencari maskahwin yang hilang, boleh mencarinya di sini.