Saturday, June 25, 2011

Jalan Tak Berpenghujung

Dulu, manusia tak tahu bumi ini bulat. Terdapat kengerian pada pelaut pada waktu dulu bahawa mereka akan terjerumus ke penghujung dunia jika tidak berhati-hati ketika belayar. Malah, kalau kau tengok Pirates of Caribbean: At Wold End, ada satu babak dimana kapal Black Pearl berada di penghujung dunia. Kapal itu terbalik "flip" apabila matahari terbenam.

Owh, lupakan cerita Jack Sparrow yang mabuk itu. Sebenarnya, aku ingin bercerita mengenai gambar di bawah, yang di ambil oleh Pn. Nurul tatkala kami pulang ke Johor baru-baru ini.



Kelihatan jalan di atas seperti tiada hujungnya. Dan, kiri kanan jalan dipenuhi pokok kelapa sawit. Amat tidak hairan jika kau menjumpai banyak pokok kelapa sawit di Johor, kerana Johor merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia. Sangat mudah rasanya untuk kau menjumpai pokok kelapa sawit di Johor, malah ada penduduk kampung yang lebih rela menanam pokok kelapa sawit di belakang rumah dari menanam pokok durian.

Pernah dulu semasa remaja, lewat tahun 90-an (aku dah tua ke sekarang?) motosikal aku pancit di tempat sebegini. Cuba menahan kereta, tapi haram, tiada yang berhenti. Menolak motosikal di laluan sebegitu amat mencabar ketahanan minda! Setelah terasa berputus asa, tiba-tiba berhenti sebuah van dipandu lelaki Cina  memberi pertolongan. Memang terbaik la Cina tu, hantar sampai depan rumah dan tanpa bayaran 60 hari courts!

Aku juga, 5 tahun dahulu semasa baru tiba di Terengganu, merasa teruja melihat Kertih yang bersinar pada waktu malam. Juga kagum dengan hasil karya Allah dengan pantai Dungun yang panjang  dengan laut kebiruan.

Itulah, lain padang, lain belalang. Nasib baik aku hanya di Terengganu. Kalau aku pergi Jerman ke, Chile ke, Zimbabwe ke, Bhutan ke pasti aku lagu kagum dengan apa yang ada di sana.

Friday, June 24, 2011

Pasar Tani Stadium Larkin

Tempat agak biasa juga di kalangan warga Johor Bharu. Pasar Tani Larkin. Terletak di tempat letak kereta Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, pasar tani ini boleh dikatakan antara yang terawal di Malaysia.


Di sini juga antara punca rezeki Abah aku. Jadi, sangat kerap aku ke sini. Sekitar tahun 1991/92 aku sudah mula membantu Abah berniaga di sini. Dari hanya satu tapak berkembang hingga mampu menyewa lima tapak dan kembali menyusut kepada dua tapak sahaja.


Dulu, Pasar Tani ini sangat meriah dan sangat ramai orang. Seingat aku, pernah dulu Abah terpaksa berulang-alik sebanyak sehingga 3 kali  dari Bandar Tenggara ke Pasar Tani Larkin sejaun 60++km pada setiap Sabtu bagi memenuhi permintaan yang sangat menakjubkan.


Namun, dengan pertambahan pasaraya besar dan peraturan kerajaan Singapura dan kastam Malaysia, jumlah pengunjung semakin berkurangan, terutama dari Singapura. Tapi, suasana Pasar Tani Larkin ini semakin meriah dengan kehadiran Pasar Minggu yang betul-betul terletak di sebelah Pasar Tani Larkin.


Dan, tempoh hari Pn Nurul beria-ia mahu melihat keadaan Pasar Tani Larkin. Tapi, bukan Pasar Tani yang menjadikan beliau teruja. Pasar Minggu yang banyak gerai menjual tudung dan blouse menjadikan belia teruja!






Pn. Nurul berkata "Abbaaaannnggg....cantik-cantik tudung kat sini. Kat Terengganu takde macam ni".
Aku: Ye ke? Abang tengok sama je.
Pn. Nurul: Lain la Bang. Tengok ni, cantik-cantik. Murah pula tu! Murah giler. Tak dapat harga dan design macam ni kat Terengganu.
Taukey gerai: Ha..betul kak. Lagipun tudung ni kami design sendiri.
Aku: (Dalam hati) Cis!


Terlintas juga untuk mengimport tudung-tudung itu ke Terengganu. Tapi, aku fikir kami perlu dulu fokus ke bisnes kami sekarang. :-)

Thursday, June 23, 2011

Nasi Goreng Sepuluh Suap 4

Lama dahulu, aku ada menulis cerita hantu puaka bersiri mengenai "Nasi Goreng Sepuluh Suap". Kau boleh tengok kisah "Nasi Goreng Sepuluh Suap" menerusi link di bawah

Siri 1
Siri 2
Siri 3

Kiranya sudah 2 tahun aku tidak mengunjungi kedai kapal itu. Aku pergi di sana pun kerana Pn. Nurul sangat teruja dan beria-ia ingin menikmati hidangan di atas kapal. Aku pula, agak keberatan; pengalaman lalu tidak menyenangkan.

Kedai kapal tersebut aku perhatikan semakin lengang dari hari ke hari. Tapi, yang menariknya ia tetap terus bertahan. Barangkali ia sudah menjadi produk pelancongan di Dungun. Barangkali.


Sekonyong-konyong tiba, tauke kedai menyabut kami dengan mesra. Beliau menyangka kami tetamu VIP yang membuat tempahan di "bilik nakhoda". Tetapi, sangkaan beliau meleset. Kami hanya orang kampung sahaja yang teringin akan di atas kapal.

Seperti biasa, servis agak lambat, walaupun orang memang boleh dikatakan tiada. Hanya untuk mengambil order sahaja, kami terpaksa tinggu lebih dari lima minit.



Yang hairannya, si tauke langsung tidak mengambil order dan seolah tidak mempedulikan kami setelah mengetahui kami bukan tetamu vip. Dan seperti biasa juga, order yang dipesan agak lambat, walaupun hanya teh o ais limau, nescafe dan kentang goreng.

Rasa air agak best, cuma kentang goreng agak mengecewakan. Rasanya kalau aku goreng sendiri lagi sedap kot. Hahahahahah


Harga keseluruhan RM6.70. Erm..agak mahal aku rasa. Aku tak tahu bila lagi aku akan ke kedai itu lagi. Barangkali dua tahun lagi! Hahahahaha

Monday, June 20, 2011

Cara paling senang tukar fail pdf ke word

Walaupun aku orang kampung yang buta IT, masih ramai bertanya "Ijam, macam mana nak tukar pdf ke word". Atau, ada yang bertanya, "Kau ada installer converter pdf ke word ke".  Jadi, tanpa menaip panjang, begini caranya.

1. Mula-mula, sediakan bahan-bahannya. Bawang dimayang halus, kunyit 7 inci, daun ketum 5 helai,
 Buka http://www.pdfonline.com/



2. Klik "Conver PDF to Word"


3. Kemudian klik "Browse" untuk memilih fail PDF yang kau mahu tukarkan ke Word.


4. Kemudian, klik "Upload and Convert". Kemudian tunggu. Berapa lama? Bergantung kepada saiz fail kau dan kelajuan internet.


5. Dah siap!

6. Kemudian, klik kanan pada "Right-click here" dan klik " save link as"


7. Kemudian, save dalam komputer kau. Untuk pengetahuan kau, fail yang diberi adalah dalam format Winrar. Jadi, kau kena download dan install winrar di sini.


Amacam? Suka? Kalau suka, bagi komen. Huhuhuhu. Kalau tak faham, bagi komen juga.

p/s: Maaf, sebab gambar terkeluar dari border. Sengaja. Supaya gambar nampak jelas

Monday, June 13, 2011

Jalan tak siap-siap

Aku kira masalah ni bermula dari tahun 2009, mungkin 2008.

Sebatang jalan yang terpenting di Dungun sedang dinaik taraf. Bermula dari Sura Gate ke Kuala Dungun. Tapi, jalan ni tak siap-siap.

Yang hairannya, jalan yang elok dikorek. Kemudian diturap balik. Kemudian dikorek lagi.

Dengar khabarnya, ada masalah dengan pemilik tanah di sekitar kawasan itu.

Tapi, yang pastinya aku sebagai pengguna jalan di situ amat tidak berpuas hati dengan jalan yang tak siap-siap itu.







Sunday, June 12, 2011

Dungun dan bonggol tidak dapat dipisahkan

Seperti isi dengan kuku.
Bagai aur dengan tebing.
Seperti gunting dalam lipatan

Barangkali perumpaan di atas boleh dikaitan dengan kewujudan bonggol yang semakin banyak di Dungun. Di mana-mana sahaja aku akan menjumpai bonggol. Hatta di jalan kampung yang muat-muat sebuah kereta kancil pun, ada bonggol yang dibuat dari tali kapal.

Dari pandangan kejuruteraan automotif, kewujudan bonggol yang banyak boleh menjadikan kadar penggunaan bahan bakar menjadi tidak efisyen. Ini kerana, kereta memerlukan momentum semula selepas ia perlahan akibat aktiviti mem"brek" bagi mengurangkan impak bonggol. Pembinaan momentum akan meningkatkan kadar penggunaan bahan bakar.

Dari segi sosial, pertambahan bonggol pasti berkadar malar dengan pertambahan jumlah mat rempit. Pasti dengan kewujudan bonggol, mat rempit akan lebih bersantun di jalan raya. Tapi, bukan hanya mat rempit, pengguna jalan raya yang lain juga akan lebih santun tatkala melalui jalan berbonggol.

Tapi, secara jujurnya, sebagai pemandu yang memandu pada kelajuan siput babi, aku amat tidak gemar kewujudan bonggol.







Thursday, June 09, 2011

Kancil Moderno Turbo L5 untuk dijual

Member aku nak jual kereta.

Jenis: Perodua Kancil 1999
Mileage: 110 000 +++
Transmission: Auto
Accessories: CD Player, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering 

Spesifikasi: 
* Enjin convert to L5 4 piston turbo auto (standard)
* Blow off valve HKS SQV
* Disc brake L5 depan/belakang
* Sport rim Sprint Hart 14" 2pcs Knuckle dah tukar pada PCD 100. Rim never recond
* Body part full convert to Moderno - bumper lampu ketam, side skirt L6, spoiler alto, lampu depan ring moderno, bonet scope besar, skirt depan, parking mark.
* Dashboard L5, meter merah, burger, meter boost APEXI, laci sikat
* Seat L5 tag kuning depan/belakang, seat belakang dah tambah span and fabric kiri kanan (so x nampak lubang)
* Konsol tengah L5 hello kitty
* Radio double din Panasonic, boleh main TV
* Door trim L5, power window 4 unit, kulit tengah dah salut baru
* Karpet besar hitam L5 + karpet kaki opti 4 pcs
* Bumbung ombak 4 pintu
* Plat no berlampu
* Blind cermin belakang
* Adjustable stereng
* Electric power stereng
* Aircond sejuk giler (baru service)
* Center arm rest detomaso
* Side mirror krom L5
* Air press mira
* Center mirror L5
* Sun shade L5
 
Kereta buat pergi kerja dan jalan dekat-dekat. 
Kereta memang dijaga baik dari segenap aspek - enjin, body dan kebersihan.
Lokasi kereta di Kuantan.
Harga RM13000 (boleh nego, tapi tipis je la. Kereta ni memang dah murah dah ni)
Sebab nak jual: Nak modified kelisa pula.
Kos proses tukar nama akan ditanggung beres. Cuma sedia duit lebih sikit untuk insurans dan road-tax.
Kalau berminat, call Hazree 013-744 2468 (9am-9pm)









p/s: Aku kalau ada duit memang dah ambil kereta ni!