Friday, December 16, 2011

Pulau Pinang 4: Pesta Penang 2011



Kata orang, tempat ini sangat menarik dan meriah. Kata orang juga kena pergi awal, seawal jam 5 petang. Tapi, kami kata pukul 6 petang pun boleh. Akibat tidak mendengar kata orang, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya sebelum masuk ke tapak pesta. Malang, tak dapat parkir di dalam tapak pesta. Sudahnya terpaksa parkir di luar dan dikenakan caj RM5 oleh ulat parkir. Namun, kami tetap bergembira. Hahahahaha



Caj masuk RM3 bagi dewasa sahaja. Kata penjaga tiket, kanak-kanak percuma sahaja walaupun. Tapi, kalau kau adalah bapak budak dan nak masuk percuma, kau boleh masuk selepas jam 11 malam.



Macam-macam ada di sini. Antaranya, gerai menjual pelbagai barangan. Dari pakaian, hinggalah ke jeruk buah.

Bunyi pun macam-macam bunyi. Setiap kedai pasang lagu dan hala speaker ke luar. Itu belum lagi speaker penganjur dan speaker tapak konsert. Serabut. Kalau nak cakap, kena jerit kat telinga. Haram jadah.

Selain tapak jualan dan tapak konsert, kedapatan juga  fun fair yang ada bermacam permainan. Aku tidak berminat untuk menaiki benda-benda pelik itu.
Sebab 1: Aku gayat.
Sebab 2: Aku rasa membazir nak menaiki benda ajaib itu. Paling murah RM4 sekali naik. Ada yang RM12. RM12 tu kalau aku beli pati sirap cap dua singa boleh dapat 3 botol besar. Boleh buat meniaga air balang. Hahahah.



Juga, terdapat bangunan yang memaparkan dan menjual barangan budaya dari Sumatera Barat dan Aceh. Tapi aku tak sempat masuk kedalam. Rugi. :-(



Sebetulnya, banyak lagi tempat menarik dalam tapak pesta ini. Samaada gambar aku tak ambil, atau gambar hilang entah kemana. Hahahaha. Antara yang mencuri tumpuan adalah:-
Satu: Bergambar dengan ular. Satu gambar yang diaorang ambil, dan siap print RM10.
Dua: Taman ala-ala iCity Shah Alam. Sempat juga bergambar dengan Pn. Nurul dalam suasama romantis. Uweek!!! Hahahahaha
Tiga: Konsert
Empat: Pertandingan/Pameran motor cantik
Lima: Air teh o ais percuma, macam air lori milo.
Enam: Tiada yang keenam, ada lima sahaja. aku tak sempat nak ranjau seluruh tapak pesta. Rasa malas nak berjalan dan serabut tengok orang ramai. Sebetulnya, aku kurang gemar pergi ke tempat yang ramai orang!

Tapi, kalau kau suka berpesta bersama keluarga, ini tempatnya! Memang menarik. Barangan yang dijual pun agak murah berbanding Jusco di Queensbay Mall.

Tapi, sewaktu membeli air, aku rasa tertipu. Air oren balang pun RM2 segelas. Cekik darah. Nak cepat naik haji agaknya. Huhuhuhuhu.

Thursday, December 15, 2011

Pulau Pinang 3: Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar

Usai bergembira dan berfoya-foya di Queensbay Mall, kami  mampir sebentar di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar. Tapau lauk nasi kandar.


Aku tak pasti secara tepat lokasi restoran ini. Maklumlah, pertama kali di Pulau Pinang. Hahahahaha

Menariknya, kena beratur untuk beli makanan.



Kalau aku, memang tak sunggup nak beratur! Nasib baik ada abang-abang ipar yang sanggup beratur. Huhuhuhuhu.

Aku difahamkan memang biasa di mana-mana restoran nasi kandar yang sedap, kau kena beratur untuk membeli.

Balik rumah, terus makan nasi kandar. Esoknya, ada yang mengadu sakit perut. Barangkali tak biasa dengan masakan mamak yang berempah dan pedas. Nasib baik perut aku dah tahap imun. Kalau kayu celup tepung boleh dimakan, pasti aku sudah mencubanya. Hahahahaha.

Pulau Pinang 2: Queensbay Mall - Daiso - Kedai Jepun RM5

Pagi Sabtu yang nyaman. Tapi tidak senyaman di Terengganu. Udara di Pulau Pinang agak hangat.

Pagi itu, ketua rombongan memutuskan untuk ke berbelanja di Queensbay Mall. Membeli baju sehelai dua untuk anak-anak beliau di Jusco. Aku dan Pn. Nurul ikutkan sahaja, walaupun kami tiada niat untuk berbelanja.

Aku suka pemandangan apabila memasuki jalan yang menuju ke Queensbay Mall. Cantik. Itu Allah punya kuasa.



Tiba di situ, semua meluru ke Jusco. Aku ikutkan sahaja. sempat membelek-belek baju sehelai dua. Tapi harganya agak mahal walaupun tertulis "SALE 70%". Musykil. Aku rasa harga sebelum sale lagi murah. Errm...keji.

Aku  meluru keluar dari Jusco bersama Pn. Nurul. Kami meliau sekitar mall. Hiasan Hari Natal kedapatan di seluruh pelusuk mall. Kedai-kedainya macam biasa sahaja, tidak yang luar biasa.  Akan tetapi tiba-tiba aku ternampak sebuah kedai...


DAISO. Aku cuba masuk dan terpaku sebentar di televesyen promo di hadapan kedai. Menurut promo itu dan suasana kedai, Daiso merupakan kedai serbaneka yang asal jatinya dari Jepun. Yang menarik, barang yang dijual juga dari Jepun!

Macam biasa kita akan kagum dengan barang buatan Jepun. Hahahahaha. Ada macam-macam barang yang dijual di sini. Kebayakannya barangan kegunaan rumah dan pejabat yang kecil-kecil. Seperti bekas pensil, bakul, fail, alat tulis, pisau, lilin dan sebagainya.




Tapi, ada satu barang yang aku rasa lucu tapi menarik.

"Marker sticker" Sticker ini kau lekatkan ke mangkuk tandas. Jadi, bila kau kencing, kau halakan pada sticker itu. Jadi, secara psikologinya kau akan mengarahkan najis kau itu tepat ke sasaran. Hahahahahaha. Agak geli geleman aku menulis perenggan ini. Jepun punya idea.

Paling menarik, semua barang di kedai ini berharga RM5. Jadi, kau kena pandai pilih. Ada barang yang nilainya terlalu rendah bagi RM5, tapi, ada yang nilainya tinggi berbanding RM5.


Pn. Nurul sempat sambar tiga barang. Gunting dapur. Whiteboard fridge magnet. Pencedok serbaguna.

Belasah je la sayang... hahahahaha.

Wednesday, December 14, 2011

Pulau Pinang 1: Perjalanan Pergi

Beberapa post selepas ini, akan berkisar mengenai tempat menarik (pada aku) di Pulau Pinang dan sepanjang perjalanan ke sana dan dari sana.

Sebetulnya, aku tidak pernah bersiar-siar, berfoya-foya atau bersuka-ria di Pulau Pinang. Malah, aku juga tidak pernah ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Tetapi, adalah dua atau tiga kali aku sekadar melalui negeri Pulau Pinang apabila mahu ke Perlis dan Kedah dari selatan atau timur.

Aku ke sana atas ajakan kakak ipar aku yang sulung. Mulanya terasa malas juga, kerana baru sahaja pulang dari Johor. Tetapi memandangkan aku tidak pernah ke Pulau Pinang dan atas hasutan dari Pn Nurul, aku terima sahaja ajakan itu. Hahahahahaha. Turut bersama dalam rombongan sambil belajar itu adalah abang ipar aku sekeluarga, mak mertua aku dan kakar ipar aku yang masih belum berpunya itu.

Secara rasminya perjalanan kami bermula di Setiu. Bertolak dari Setiu sekitar jam 10.30 pagi. Aku dan Pn. Nurul sekadar menumpang kereta Exora kepunyaan abang ipar aku. Adat menumpang, kena membawa. Hahahahaha. Aku memandu Exora itu kerana abang ipar aku dalam keadaan mengantuk kerana makan ubat selsema.

Dari Setiu perjalanan lancar menuju ke Machang. Dari Machang, kami menuju ke Jeli melalui jajahan Tanah Merah. Singgah sebentar di Masjid Batang Merbau untuk melepaskan hajat dan meregangkan urat yang berbelit.

Kemudian, perjalanan di teruskan melalui jalan Grik yang berliku itu. Ternyata Exora masih gagah untuk mendaki bukit dan menuruni cerunan di jalan Grik, walaupun agak perlahan. Ialah, dengan muatan penuh, dapat melalui jalan itu pun sudah boleh dianggap cemerlang. Jujur, aku amat suka suasana di jalan Grik itu. Tenang dan menyamankan.




Kami cuba berhenti di perhentian Titiwangsa dan Tasik Banding, tetapi penuh. Barangkali kerana musim cuti sekolah sekarang ini. Lalu, kami memutuskan untuk berhenti di Sungai Lebey.



Oleh kerana kami membawa bekal, tempat ini agak sesuai kerana disediakan wakaf yang agak banyak. Juga, terdapat tandas, surau dan juga gerai makan di sini.

Memandangkan kami tiba sekitar jam 1.00 petang di Sungai Lebey dan perjalanan kami adalah pada hari Jumaat, jadi, menjadi kewajipan (bagi yang lelaki) untuk bersolat Jumaat. Walaupun kami bermusafir, akan tetapi memandangkan laluan yang kami lalui terdapat masjid, jadi kami wajib untuk bersolat Jumaat. Ketua rombongan memutuskan untuk berjumaat di Kampung Bandariang, kira-kira 5 kilometer dari hentian Sungai Lebey.



Suasana di masjid itu mengingatkan aku suasana seperti masjid Kampung Parit Kasan, Bukit Gambir, Muar.

Usai solat dan makan, kami meneruskan perjalanan. Melalui Baling, kami terus ke Kulim. Suasana di Kulim agak menarik kerana kami dapat merasai seolah-olah jalan raya merentasi sawah padi. Suasana yang tidak kedapatan di Johor atau Terengganu.



Dari Kulim, kami melalui lebuhraya hingga ke Jambatan Pulau Pinang. Dua kali dikenakan tol sebanyak RM1.60, masing-masing. Juga, dikenakan tol sebanyak dua kali juga akibat sesat sebanyak 5 kupang, masing-masing. Jumlah tol sebelum tiba di Jambatan Pulau Pinang adalah sebanyak RM4.20.

Jambatan Pulau Pinang mengenakan bayaran RM7.00 sehala, dari seberang ke pulau. Dari pulau ke seberang tiada bayaran dikenakan. Tapi, kalau kau ada kad Touch N Go yang dibeli di tol di situ, kau mendapat potongan harga sebanyak 20%. Jadi, kau hanya perlu membayar RM5.60.

Teruja aku melalui jambatan yang terpanjang di Malaysia itu.


Jika tidak sesat, kami tiba jam 5.00 petang. Kerana sesat, kami tiba jam 6.00 petang di rumah abang ipar aku yang lain di kuartes kakitangan awam berhampiran USM.

Letih, malam itu tidak kemana-mana. Hanya berehat-rehat dan beramah mesra. :-)

Sunday, December 04, 2011

Ini 'baik' punya rekod

Satu
Ini betul-betul rekod. Aku sudah tidak menulis di blog ini selama hampir tiga bulan. Argh!!! Tapi, itu tidak berapa dahsyat punya rekod. Kalau kau rajin tengok arkib aku, kau akan lihat aku mula menulis di blog ini mulai tahun 2006. Kemudian menyepi. 2008 kemabali menulis semula! Lebih setahun tu!

Tapi, tahun 2011 ini post aku adalah yang paling kurang, sejak tahun 2008 itu.

Aku terasa tersangat sibuk sekarang. Erm... umur meningkat dan tanggungjawab juga meningkat barangkali. Barangkali juga ini merupakan ujian Ilahi. Tak tahu. Hanya Dia yang tahu.


Dua
Pantai timur mula memasuki hawa musim tengkujuh. Cuaca sejuk. Tetapi basah. Ialah, kita di iklim khatulistiwa. Panas dan lembap sepanjang tahun. Setakat ini, Dungun masih belum banjir. Walaupun Sungai Golok turun naik paras airnya, Kajang dilanda banjir kilat, Dungun masih steady. Cayalah!

Musim sejuk (fikir: bukan sejuk macam di Okinawa) agak selesa pergi kerja dengan berselipar atau bersandal. Perlu realistik. Amat tidak efisyen mengenakan kasut tatkala terpasa mengharung lopak air.

Juga, payung perlu disediakan dimana-mana sahaja. Aku ada tiga payung. Satu di rumah, satu dalam kereta dan satu lagi di pejabat. Itu baru betul namanya sediakan payung sebelum hujan!


Tiga
Tiba-tiba hilang idea. tak tahu nak tulis apa. Hahahahahahaha

Friday, September 23, 2011

Mercedes Benz E260 untuk dijual

 Mercedes Benz E260
- Kondisi terbaik
- Enjin dan kotak gear takde masalah.
- Memang kereta dijaga baik
- Jimat minyak terutama bila jalan jauh
- Sunroof
- Boleh datang tengok sendiri.
- Lokasi kereta di Dungun
- Harga RM25,990. Boleh runding lagi ni. :-)
- Nak jual sebab nak beli kereta baru. :p
- Jika berminat, jangan segan untuk call Abdullah (019 -910 4345). Kalau segan nak call, SMS pun boleh.











Tuesday, September 13, 2011

Alah Dato' Najib, 6% pun nak berkira ke?

Assalamualaikum Dato' Najib

Sekarang zaman cukai. Terasa macam duduk pada zaman feudal. Cukai kelapa, cukai padi, cukai sampan. Bezanya sekarang makan kedai mamak kena cukai. Tengok tv kena cukai. Lalu lebuhraya kena cukai. Telefon kena cukai. Kereta kena cukai. Pendapatan kena cukai. Perkhidmatan kena cukai. Pos barang kena cukai. Surcaj kena cukai.

Tiba-tiba sahaja beli prepaid kena cukai. 6 peratus. Kalau Dato' Najib nak tahu sekarang ni, nak beli topup RM10 pun dah kena bayar RM10.50. Jadi kalau tambah cukai 6 peratus, topup RM10 sudah jadi RM11.13. Kalau Dato' Najib nak tahu, RM1.13 tu besar bezanya. Tambah beberapa sen lagi saya boleh beli sekilo gula. Jimat kos gula saya sebulan.

Owh, lupa. Dato' Najib tak pakai prepaid. Apa kelas kan Perdana Menteri pakai prepaid. Apa kelas Perdana Menteri minum air oren. Perdana Menteri mesti minum rebina. Kelas kau Dato' Najib. :-)

Tapi, kalau Dato' Najib nak tahu, telco prepaid memang cekik darah. Kalau topup RM10, tempoh penggunaannya sebulan je. Masuk bulan kedua, dah tak boleh buat panggilan keluar, boleh terima panggilan sahaja. Masuk bulan keempat tak topup, memang simkad tu saya boleh buat frame, buat kenangan. Walhal bakinya ada RM8.73 sen lagi.

Kalau Dato' Najib nak tahu, orang kampung macam saya tak berapa pakai telofon bimbit. Sekadar ada sahaja. Untuk kecemasan sahaja. Nak pakai telefon TM tak mampu nak bayar sewa bulanannya. Lagipun telefon rumah susah nak bawa kemana-mana. Kalau boleh bawa pun, nak cucuk kat mana wayar telefon tu?

Tapi, terima kasih la juga kepada Dato' Najib sebab dah suruh Dato' Rais bincang dengan kartel telco supaya ditangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan tu. Dengar khabarnya, kabinet akan bincang lebih lanjut pasal perkara ni esok ek? Harapnya perkataan "ditangguhkan" tu jadi "dimasuhkan" ye. Jangan senyap-senyap, tiba-tiba naik juga. Alah...macam kes Astro hari tu.

Harapnya, Dato' Najib ambil berat perkara ni. Bukan sahaja perkara cukai prepaid ni, cukai-cukai lain pun ambil perhatian ye. Bukan apa, negara kita kan kaya, minyak banyak, pelaburan asing pun banyak. Bagilah sikit pada rakyat jelata ni. Nanti kami tak undi baru tahu. Hahahahahhaha. Gurau je Dato' Najib, jangan kecil hati ye.

Dengar cerita, Datin Rosmah beli cincin RM24juta. Dengar cerita juga dia nak beli lagi sembilan, bagi cukup kuota 10jari. Betul ke? Tanya je ni, jangan marah ek. Huhuhuhuhuu.

Owh, melalut pula saya. Akhir kata, Dato'Najib dengarlah rintahan saya ni. Harapnya kes cukai prepaid ni tak jadi macam kes cukai kedai mamak, yuran Astro dan surcaj pos. Huhuhuhuhuhu

Selamat hari raya Dato' Najib. Maaf zahr batin. Salam SATU MALAYSIA! (Sambil mengacungkan jari telunjuk kanan ke udara).


Monday, September 12, 2011

Orang Gila Itu Mulia

Dulu, masa mula-mula menuntut di Parit Raja, aku merasa geli dan jijik jika melihat orang gila. Pernah ada orang gila datang ke meja tatkala aku berada di kedai makan. Beliau minta rokok dengan aku. Pada masa yang sama air liurnya tersembur ke makanan aku. Cis!

Semenjak dari itu, kalau orang gila itu datang ke meja aku, aku akan segera beredar.

Masa demi masa, persepsi aku terhadap orang gila mula berubah. Tak tahu kenapa. Pada tahun-tahun akhir aku di Parit Raja, kalau orang gila itu datang meminta rokok, aku akan berikan sahaja pada beliau. Kadang-kala, aku pelawa beliau makan bersama.

Aku pernah mempunyai kenalan yang bekerja di Hospital Tampoi. Beliau berkata kalau lelaki masuk ke hospital itu biasanya mempunyai masalah kewangan. Manakala wanita yang masuk ke situ mempunyai masalah cinta.

Ada pujangga mengatakan bahawa orang gila dan genius hanya dipisahkan oleh sehelai rambut. Jadi, orang gila barangkali lebih bijak dari aku. :-)

Juga, aku perasan yang orang gila jarang sakit. Antibodi mereka memang menakjubkan. Pernah kau tengok orang gila pergi klinik? Walaupun mereka berpanas, berhujan, makan makanan sisa, tidur di tepi tong sampah dan berjalan tanpa alas kaki.

Orang gila juga mulia. Mereka boleh masuk syurga. Kerana ibadat kepada Allah hanya untuk orang yang waras sahaja. Jadi, kita jangan pandang rendah dengan orang gila. Meraka boleh masuk syurga. Kita?





Sunday, September 11, 2011

Tempat Letak Kereta Yang Ajaib di Kuala Terengganu


Tempoh hari, menyelesaikan urusan di pusat bandar Kuala Terengganu. Cuba meletak kereta di belakang bank. Penuh. Lantas terus ke parkir di sebelah bangunan Umno. Kelihatannya di situ terdapat satu bangunan pelik yang berfungsi sebagai tempat letak kenderaan.




Aku rasa, itu merupakan parkir yang satu-satunya seumpanya di Malaysia. Rasanya aku pernah melihat rekabentuk tempat letak kereta berkenaan di internet, di negara barat.

Tetapi, yang aku hairan, sistem parkir tersebut masih dikawal secara manual. Apabila kereta hendak masuk ke parkir berkenaan, akan ada petugas yang akan menunggu. Setelah kereta masuk dan pemandu serta penumpang keluar, butang ajaib akan ditekan oleh petugas untuk menaikkan kereta ke atas. Proses sama akan dilakukan untuk kereta seterusnya. Jika mahu keluar, pengguna harus menunggu beberapa ketika bagi membolehkan kereta diturunkan ke bawah.

Ermm...aku rasa agak leceh juga untuk parkir di bangunan berkenaan. Juga, cajnya lebih mahal sedikit berbanding parkir yang biasa.

Mahal dan leceh. Murah dan mudah. Mana satu kau pilih?

Saturday, September 10, 2011

Mee Udang Simpang Renggam



Kalau kau singgah atau lalu di Simpang Renggam, Johor, kau boleh mencuba menikmati mee udang, kuew tiow goreng dan cendol di sebuah gerai buruk di tepi jalan. Gerai tersebut terletak di jalan keluar dari tol plaza Simpang Renggam.








Cendol dia, sedap. Rasa agak "light". Tak muak kalau makan banyak-banyak. Aku rasa dia guna susu, bukan santan. Tapi cendolnya sedikit masin.

Mee udangnya aku rasa terbaik. Walaupun udang hanya 3 ekor, tapi kuahnya memang rasa udang. Mee dimasak sekali, bukan dicelur. Makan memang tak rasa muak. Kuahnya ada rasa macam mee bandung sikit, ada rasa macam mee racun sikit, ada rasa macam kuah yong tau fu pun ada.

Kuew tiow goreng kerang. Gaya mamak. Kerangnya pun banyak. Makan tak payah taruk sos. Kalau tak fikir pasal kalori, rasanya aku boleh tibai sampai 3 pinggan. Hahahaha.




Tak macam mana secara tiba-tiba meja makan menjadi macam ni
Hahahahaha.

p/s: Selain 3 yang di atas, kedai tersebut juga menjual air tebu, minuman panas dan rojak