Saturday, May 21, 2011

Cubaan meniru

Pengalaman bersekolah selama 11 tahun, menuntut di pengajian tinggi selama 7 tahun dan mengajar selama 5 tahun membolehkan aku sangat arif dengan teknik dan taktik meniru. Antara teknik dan taktik tersebut,
1) Tulis kat tapak tangan
2) Bawa nota kecik, selit dalam kertas peperiksaan.
3) Selit nota/buku nota dalam jamban. Sambil memerut boleh curi baca nota.
4) Buat nota serupa dengan format kertas soalan. Bila masuk bilik peperiksaan, stapler nota bersama dengan kertas soalan.
5) Ada banyak lagi. Tak boleh bagitahu banyak-banyak. Nanti ada yang buat. Tak pasal-pasal aku dosa. Hahahahahah

Awas ye semua pelajar Politeknik Dungun. Aku dah ada sijil kejayaan tau! Hahahahaha

Friday, May 20, 2011

Karipap yang gebu

Suatu hari Pn. Nurul bertanya kepada aku.

"Abang! Macam mana nak buat karipap?".
Aku menjawab. "Entah".
"Eh, dulu Abang kata abang pandai buat karipap", balas Pn. Nurul.
"Err...intinya Abang tak berapa tahu. Kulitnya tahu la", aku menjawab.
"Macam mana?", tanya Pn. Nurul

"Panaskan majerin. Dah panas dan cair, curah ke dalam tepung gandum. Tunggu sejuk sikit. Kemudian gaul rata. Nak tahu rata atau tak, tepung akan jadi kuning sikit. Kemudian, curah air yang bercampur garam. Uli sampai terbentuk doh."

"Sukatannya?", Pn Nurul tanya lagi.
Aku: "Errr.... kan ada senarai resepi yang Abang print dulu"

Kami pun selak senarai resepi tersebut. Pada bahagian "Karipap Mudah", sukatannya adalah seperti berikut;
-Tepung gandun 500gram
-Majerin 1 cawan
-Air secukupnya
-Garam secukup rasa.

Lalu kami memutuskan untuk membuat separuh dari kuantiti di atas, dan menggunakan inti sardin sahaja.





Sebetulnya, aku tahu serba sedikit membuat kuih-muih. Pernah dulu aku bantu mak aku buat dan jual kuih. Tapi, sekarang dah tak berapa mahir. Sebab lama dah tak buat kuih. Hahahahaha. Tetapi, memandangkan harga kuih di Dungun sudah mencecah RM2 untuk 5 biji sekali suap, aku rasa sangat efisyen dan jimat jika membuat kuih sendiri.

Wednesday, May 18, 2011

Bukit Bauk

Kalau kau di Dungun, untuk bersenam, aku cadangkan kau panjat sahaja Bukit Bauk. Bukit Bauk terletak kira-kira 1km dari Politeknik Dungun.

Kalau kau sukar untuk membayangkan bagaimana rupa paras Bukit Bauk itu, kau boleh imbas kembali post aku mengenai Bukit Besar di Kuala Terengganu. Ataupun lebih mudah kau boleh tengok gambar di bawah.












Jujurnya, aku tidaklah sekerap mana mendaki Bukit Bauk. Jika kebun belakang rumah dah bersih, daun luruh di depan rumah dah tiada, kereta sudah berkilat atau jamban rumah aku sudah bersih, aku akan mendaki Bukit Bauk. Pada waktu petang selepas kerja.

Jujurnya juga, aku hanya sekali sampai ke puncak Bukit Bauk. Itu pun sudah lama dahulu, tahun 2008 aku kira.

Mendengar ayat di atas, pasti ada pertanyaan yang klise. "Apa barang naik Bukit Bauk tak sampai puncak".

Jujurnya, aku memang tak mampu untuk mendaki ke puncak Bukit Bauk. Dengan berat lebih 100kg, kemampuan aku amat berbeza dengan orang yang berat 65kg. Hahahahaha.

Tapi, aku memang ada target untuk tiba ke puncak Bukit Bauk dalam tempoh setengah jam. Sebab, mendaki pada waktu petang, aku dihambat oleh masa. Biasanya, aku akan mula mendaki Bukit Bauk pada jam 5.45 petang. Kira-kira setengah jam selepas itu aku akan turun, tidak kira aku berada di mana. Biasanya aku akan turun dengan mengambil masa kira-kira 20-30 minit. Jadi, 6.45petang biasanya aku sudah berada di bawah Bukit Bauk dan biarkan tenang kira-kira 10minit. Jam 7.10 biasanya aku akan sampai di rumah.

Juga, aku tak larat untuk jogging tatkala mendaki Bukit Bauk. Hanya berjalan sahaja boleh melelahkan aku. Huhuhuhuhuhuhu.

Tapi, awas ye. Pernah aku terjumpa ular dan lipan tatkala mendaki. Ada juga pengunjung yang mendakwa terjumpa kala jengking sebesar tapak tangan lelaki dewasa di Bukit Bauk!

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru kepada diri sendiri

Hari ini hari wesak. Semalam hari guru. Tidak seperti di sekolah, suasana hari guru tidak terasa di politeknik. Rasanya seperti hari kerja yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, aku terlupa semalam adalah hari guru, jadi, aku ucapkan hari guru pada hari ini kepada semua pendidik, dari guru tadika hingga ke professor universiti, dari guru silat hingga penceramah motivasi tersohor.

Wednesday, May 11, 2011

Aku salah ajar ke?

Sudah kurang lebih lima tahun aku mengajar mekanik bendalir. Kini, tiada lagi rayuan yang menjengkelkan. Tapi, aku semakin hairan, jawapan pelajar aku semacam semakin pelik aku rasa.

 Jawab semua soalan. Bagus. Yang tak bagusnya markah tak lebih 15%


 ?????, Err...aku ada ajar ke ni?


 Ni nak cerita apa sebenarnya?


Ni menatang apa ni? Kapal angkasa berbentuk nenas?

Nasihat untuk bakal pelajar aku yang seterusnya.
1- Mesti ada modul. Masalah biasa pelajar aku, bila hujung semester baru tanya. "Encik, ada modul tak encik?"
2- Bila buat tugasan, buat sendiri. Bagi aku cabaran untuk menanda. Ini, kadang-kadang satu kelas tugasan sama je. Haram jadah.
3- Datang kelas. Walaupun aku sangat tak kisah kau datang atau tak kelas aku, tapi adalah lebih baik kau datang kelas. Apa kau fikir kau tu adalah Albert Einstein atau Thomas Edison? Pemerhatian aku, pelajar yang datang kelas akan lebih cemerlang, walaupun asalnya beliau adalah seorang yang bodoh. Biar bodoh, jangan malas.
4- Jangan banyak alasan. Alasan malas datang kelas. Alasan tak hantar tugasan. Alasan tak score ujian (walaupun ujian "open book"). Kalau hidup banyak sangat alasan, baik tak payah hidup! Hahahahahah


Tuesday, May 10, 2011

Gula naik, kerajaan juga yang salah.

Aku bukanlah penyokong Barisan Nasional yang sejati. Aku juga bukanlah rajin sangat untuk pasang bendera Pas. Aku sekadar orang biasa "atas pagar". Yang pastinya, aku lebih suka berfikir dahulu terhadap beberapa isu semasa. Tidak melenting dalam facebook, tidak juga menyalak dalam blog.

Isu terkini, berkenaan kenaikan harga gula. Kalau dengar Buletin Utama TV3, harga gula di Malaysia adalah antara yang terendah setakat ini, RM2.20, mahal 1 sen dari harga gula di Thailand.  Macam biasa, TV3 akan bermati-matian mempertahankan kerajaan (Barisan Nasional), walaupun kadang-kala tindakan kerajaan ini kelihatan jelik, pelik dan canggung.

Kalau kau baca media alternatif Pakatan Pembangkang, pastinya isu ini menjadi modal menghentam kerajaan.

Jujur, aku menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga gula secara mengejut ini. Sebab:-
1- Kalau kerajaan memberi tarikh sekian hari bulan baru harga naik, pastinya aka ada pemborong yang tamak akan menyorok bekalan.
2- Pastinya juga akan pembelian panik. Kalau biasanya beli gula sekilo, sebab panik beli 10kg! Bermakna, perlu ada stok 10 kali ganda.
Dua sebab itu akan menyebabkan kepanikan di seluruh negara? Kita juga yang rugi. Peniaga yang tamak juga yang untung.

Jadi, macam mana nak atasi masalah harga gula naik ini?
"Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman!"

Pengiraan ringkas.

Katakan kau guna gula sebanyak 20g sehari.
Jadi, bagi 1kg (1000g) kau boleh habiskan dalam tempoh 50 hari. 1000/20 = 50.
Harga lama gula RM2.10. Jadi, sehari kau membelanjakan 4.2sen untuk 20g gula. [2.10/1000]x20 = 0.042

Oleh itu, aku cadangkan kau belanjakan juga 4.2sen sehari untuk gula, tapi kurangkan sikit kuantitinya.
Harga baru gula RM2.30.
[0.042x1000] / 2.30 = 18.26
Jadi, kau gunalah gula sebanyak 18.26gram sehari. Beza setakat 1.74g mana ada rasa beb.

Yang aku hairan, orang paling kaya di Malaysia adalah tauke gula. Agaknya, dia kaya dengan subsidi kot. Hahahahaha

Sunday, May 01, 2011

Bila Najib Datang...

Bila Najib datang
Jalan jadi rata, tiada lagi lubang
Batu dijalan hadis dibuang
Sampah bersepah juga tidak terlepas pandang

Bila Najib datang
Bendera parti kerajaan dipacak berkibar
Pengerusi JKKK berkobar-kobar
Menyambut pemimpin yang cakapnya berdegar-degar

Bila Najib datang
Orang Umno kata Najib pemimpin penyayang
Orang Pas kata pilihanraya bakal menjelang
Aku kata, lantaklah korang

Bila Najib datang
Orang Kemas menyinsing lengan
Orang kampung macam tak menang tangan
Orang politik pasang angan-angan

Bila Najib datang
Yang baik harus dinampakkan
Yang buruk harus disorokkan
Biar imej baik kampung ditonjolkan

Bila baca seloka ini
Orang akan kata aku anti-kerajaan
Walhal aku adalah orang kerajaan
Bersungguh-sungguh melaksanakan dasar kerajaan
Eh, lantaklah bukan korang yang bagi aku makan

Bila baca perenggan di atas
Orang akan kata aku orang Umno
Tapi, aku tak pernah isi borang ahli Umno
Bila orang tanya bila nak isi borang Umno
Aku akan kata no, no, no!

Bila baca seloka di atas
Pasti akan ada terasa panas
Tapi, siapa makan cili, dia yang terasa pedas
Siapa yang makan nenas, dia yang terasa lidas!
Huhuhuhuhuhu..

p/s: Seloka di atas adalah berdasarkan pemerhatian aku tatkala anak Dato' Razak (mak mertua aku kata begitu) datang melawat Manir dan Batu Enam (Kuala Trengganu). Sedikit trivia, Tun Razak pernah juga melawat Batu Enam sewaktu beliau memerintah dahulu. Juga, sepengetahuan aku, di Manir dan Batu Enam, pengaruh Pas agak kuat juga. :-)