Thursday, October 09, 2008

Tip Penjimatan Pada Hari Lebaran

Umur aku 27 tahun. Kalau ikut tahun hijrah, barangkali umur aku 28 tahun. Ini bermakna sudah 28 kali aku berlebaran. Katakan aku mumaiz di kala usia 7 tahun. Ini bermakna sudah 21 kali hari raya yang aku lalui secara sedar. Huhuhuhuhuhu. Aku pasti akan terdetik di hati korang "Kejadah betul la si Roshaizul ni. Apa kaitan penjimatan, hari raya dan umur?"

Berikut adalah tip penjimatan melalui pengalaman aku berhari raya sebanyak 21 kali.

Duit Raya
Zaman sekarang ni, duit raya paling ciput pun RM1. Itu pun ada budak-budak yang merungut. "Eleh, seringgit je. Cis, kedekut sungguh Pakcik Ijam ni". Ada sebuah keluarga di Felda Inas di Kulaijaya tidak memberi duit raya sebanyak seringgit. Tapi, mereka siapkan bungkusan kecik yang mengandungi gula-gula sebanyak empat biji dan duit siling sebanyak 50sen. Setelah diteliti, kos bungkusan dan empat biji gula-gula hanyalah 20sen. Ini bermakna korang hanya mengeluarkan modal 70sen untuk setiap bungkusan. Kalau seratus bungkus, baru RM70. Ini pastinya amat menjimatkan berbanding RM1. Barangkali budak-budak akan gembira. Ye la, duit dapat, gula-gula pun dapat.

Baju Melayu
RayaKorang pakai je baju melayu raya tahun lepas. Bukannya selalu korang pakai baju melayu tu. Paling kerap pun seminggu sekali pada hari Jumaat (melainkan korang kerap ke masjid dengan berbaju melayu). Ada sesetengah kawan-kawan aku mesti nak buat baju melayu baru setiap tahun. Alasan mereka "Raya kan setahun sekali". Aku tanya "Pas raya baju tu ko nak pakai ke?". Alasan mereka lagi "Kalau tak pakai aku boleh bagi kat umah anak yatim". Aku perli "Ko ingat anak yatim tu muat ke nak pakai baju ko yang dah jadi second hand tu?"

Kuih Raya
Korang pakat dengan 10 orang atau lebih kawan-kawan korang. Kemudian, belilah dengan kuantiti yang banyak. Kemudianya lagi, ko tanya tauke yang jual kuih tu "Ni saya beli banyak takde diskaun ke"? Nak jimat lagi? Buat sendiri la...

Langsir Raya
Pakai je langsir raya tiga tahun lepas. Orang tak akan perasan tu langsir lama. Tapi dengan syarat. Langsir tu mestilah langsir yang segar malar rupa parasnya. Tidak terlalu bercorak dan tidak banyak ropol-ropol yang melayut-layut.

Jalan-jalan Raya
Ni paling senang nak buat pada pendapat aku. Pertama, kongsi kereta. Kedua, rancang perjalanan. Ketiga, agak keadaan trafik. Keempat, kenal pasti jalan alternetif. (Macam iklan keselamatan jalan raya pulak rasanya)

Air Raya
Tak payah beli minuman segera berkabonat. Sebotol RM3. Takkan la beli sebotol untuk raya, paling kurang satu karton. Beli je kordial CNI. Nak lagi jimat beli pati berperisa cap dua singa. Nak lagi jimat, air kosong cukup la. Kalau mak mentua korang kata korang kedekut, ko jawab je begini "Air kosong bagus untuk kesihatan mak. Lagi pun, mak kan ada kencing manis. Jadi, tak boleh minum air manis-manis. Sebab saya sayang mak la saya hidang air kosong je ni"

Rumah Terbuka
Hari raya masanya untuk ziarah-menziarahi. Rumah korang pasti sentiasa terbuka di hari raya. Buat apa lagi nak buat rumah terbuka?

p/s: Just my 2 cent. Huhuhuhuhuh.

Wednesday, October 08, 2008

Drama Meleleh

Aku perasan, setiap kali raya, stesen televisyen di Malaysia berlumba-lumba menyiarkan rancangan yang menarik. Rancangan yang begitu klise sudah pastinya filem-filem, rancangan nyanyian lagu hari raya beramai-ramai dan juga drama meleleh yang tajuknya pasti akan ada perkataan "lebaran", "raya", "takbir" dan seangkatan dengannya.

Terus terang, aku tidaklah begitu teruja untuk menonton rancangan-rancangan tersebut kerana aku lebih suka beraya menziarah saudara dan rakan-rakan di serata pelosok negeri Johor, dari Muar ke Johor Bharu, juga dari Pontian ke Kota Tinggi, dan tidak ketinggalan di Bandar Tenggara.

Menarik, setiap kali aku berkunjung ziarah ke rumah orang, pastinya mereka akan menyalakan suis peti televisyen mereka. Kebetulan, kebanyakan rumah yang aku pergi rancangan drama meleleh sedang ke udara di peti televisyen mereka.

Pemerhatian aku, tidak kurang 10 drama meleleh telah ke udara sepanjang hari raya. Ini menunjukkan para pembikin drama Malaysia amat gemar menerbitkan drama yang pelakonnya mesti menangis. Jika ditanya oleh wartawan hiburan mengapa mereka ini gemar membikin drama meleleh sempana hari raya, barangkali ini jawapan mereka "Itu kehendak penonton. Kita buat drama untuk orang tengok. Tak guna buat drama yang orang tak nak tengok". Barangkali juga mereka akan menjawab begini, "Drama yang saya buat ni akan memberi keinsafan kepada penonton".

Aku setuju dengan pendapat mereka itu. Tapi, kalau sampai sepuluh drama leleh setiap kali raya, apa kejadahnya. Muak! Bukan ke Eidulfitri adalah tentang meraikan kejayaan? Bukan ke Eidulfitri adalah tentang kegembiraan?

Apa kata sekali sekali dibuat pula cerita tentang cabaran mualaf berpuasa, misalnya. Ataupun kisah perjalanan kejayaan seorang ahli perniagaan muslim. Boleh juga dibuat drama tentang kegembiraan seorang anak yang berjaya memajukan ekonomi keluarganya.

p/s: Gue suka bangat sinetron Diari Ramadhan/Raya Rafique.

Tuesday, October 07, 2008

Balik Bandar

Khamis, 25 Sepember 2008.

Encik B: Selamat hari raya Jam. Maaf zahir batin. Kosong kosong!

Aku: Ye, selamat juga untuk ko, maaf zahir batin.

Encik B: Tak balik kampung ke?

Aku: Tak...

Encik B: Aik? Ko nak jadi anak derhaka ke? Nak jadi malim kundang? Nak jadi si tanggang?

Aku: Jadahnya aku nak jadi malim kundang. Tu la ko, tengok sinetron malim kundang banyak sangat. Aku memang tak balik kampung, tapi aku balik bandar.

Encik B: Balik bandar?

Aku: Aah la. Aku balik BANDAR TENGGARA! Huhuhuhuhuhu

Encik B: ??????

Saturday, October 04, 2008

Selamat Hari Raya

Fuh! Akhirnya tamat sudah fasa hibernisasi aku dari dunia blog. Kira-kira 2 minggu lamanya aku tidak mengupdate blog aku. Owh!!! Sungguh durjana rasanya.

Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua pengunjung blog aku. Barangkali ada sesetengah post aku yang akan membuat korang marah ataupun seperti terasa ada sembilu dihati.

Aku bukan sengaja untuk tidak mengupdate blog. Tetapi, tempahan kerepek yang begitu menggila membuat aku tak menang tangan dan membuatkan aku tertekan! Huhuhuhuhuhuh. Tetapi, tekanan yang aku alami itu terbayar dengan keuntungan yang agak lumayan serta pasaran yang makin meluas!!!!

Dan lagi, kesibukan untuk persiapan raya juga membuatkan aku lalai dari mengupdate blog ini.

Kini, aku berada di Bandar Tenggara, bercuti untuk tempoh 2 minggu, hingga 12 November yang akan mendatang...

Thursday, September 18, 2008

Mencari Rumah Sewa

Aku nak cari rumah sewa kat Kuantan. Kalau boleh antara Gebeng dan Semambu. Dan kalau boleh juga, nak rumah kos rendah je, bajet dalam RM400 sebulan. Dan kalau boleh lagi, kawasan tersebut mempunyai kejiranan yang bagus.

Ada sape2 boleh tolong? Aku bukan ah long. Aku cuma minta tolong bagi pihak kawan aku, Hazree.

Sape2 yang ada maklumat, boleh terus kontek aku dengan mengomen post ini. Atau pun, boleh saja mesej ke no aku, 019-7223166 atau no Hazree 013-7442468.

Segala bantuan amatlah dihargai....

Monday, September 15, 2008

Buffet Ramadhan

Menjelang ramadhan ni, banyak pihak di tempat keje aku menganjurkan majlis berbuka puasa di resort2 yang bersepah kat Dungun ni. Rabu lepas, aku pergi majlis berbuka puasa secara buffet di Residence Inn, Paka. Ada beberpa benda aku perhatikan dan aku terfikir...

1. Aku bayo rm15 untuk buffet tersebut dan rm15 lagi disumbangkan oleh bos aku. Jumlah rm30. Ramai ke orang yang boleh makan dengan nilai rm30 tuh? Aku yang berat badan 95kg ni pun rasa mengah je nak makan dengan nilai rm30. Kesimpulannya, bisnes buffet memang boleh untung.

2. Cite rm30 lagi. Katakan la aku pergi bazar ramadhan. Lalu aku beli nasi minyak rm5, air soya rm 2, kuih-muih rm3. Jumlah rm10 dan aku boleh kenyang. rm20 lagi tu mungkin aku boleh buat iftar, sedekah kepada orang2 yang memerlukan.

3. Aku perhatikan ramai yang ambil banyak giler makanan. Tapi, makan cuit sikit je, tak habis. Barangkali mereka berfikir "Eh, aku dah bayo rm30 kan, suka hati aku la nak makan ke, atau nak buang je ke makanan tu". Erm...barangkali mereka terlupa bahawa "membazir itu amalan syaitan".

4. Suasana yang kusut dan serabut. Orang ramai. Hingar-bingar. Aku lebih suka buka puasa kat rumah. Relek, tenang bersama kawan-kawan atau keluarga.

Apa yang ada di atas adalah pandangan peribadi aku. Dan bertujuan juga untuk mengingatkan diri aku sendiri....

Senarai Harga Kerepek

Layari ke web kerepek aku http://kerepeksedap.com

Tuesday, September 09, 2008

Stesen Bas Dungun

Suasana di Stesen Bas Dungun. Saje je ambil gambar waktu malam. Malu nak tunjuk gambo waktu siang. Huhuhuhuh. Lagi pun, suasana malam di Stesen Bas Dungun lebih meriah berbanding waktu siang. Terutamanya pada malam Sabtu. Pada waktu itulah peluang untuk aku meng"fewit" awek2 yang cun. Huhuhuhuh

Jam 9 malam

Jam 10 malam

Jam 11 malam
Jam 12 malam
Jam 1 pagi

Monday, September 08, 2008

Itu Bukan Sebarangan Jamban...

Bukan niatku untuk menulis tentang pekara yang kelihatan keji iaitu jamban. Cuma, sesekali aku melalui lebuhraya, dan berhenti di kawasan R&R, kadang kala terdapat bilik kecik berhampiran jamban. Lalu, pada suatu hari, aku dengan nekadnya telah memasuki bilik kecil itu.

Wah! Terkejut aku. Hebat sungguh bilik itu. Ada sinki, ada bedak, ada syampu skit, ada tisu, ada heater untuk buat air panas, dan macam-macam lagi. 

Bilik itu adalah bilik persalinan bayi yang biasa terdapat di R&R lebuhraya. Memandangkan aku masih bujang, aku sebenarnya begitu heran melihat bilik itu. Aku pun tak tau kenapa. Huhuhuhuhu

Thursday, September 04, 2008

Empangan Mengkuang

Errr..aku sebenarnya tak pasti nama sebenar empangan ni. Mengkuang? Mengkarung? Mentadak-mentadu?  Tapi, aku agak-agak empangan mengkuang lah kot.

Empangan ni terletak di Pulau Pinang, bersempadan dengan Kulim. Dekat la juga empangan ni dengan bandar Kulim, agak-agak dalam 20 minit rasanya. Kawasan empangan mengkuang ni memang lawa. Unik. Tenang je rasa bila lepak-lepak kat sini.

Sempat juga aku mengambil gambar pemandangan sekitar mengkuang dengan henpon "cap ayam" aku. 

Masa aku ambil gambo ni suasana cerah. Tah macam mana bila dah snap jadi mendung pulak suasananya

Amacam? Korang suka tengok gambo ni? Kalau suka sila lompat bintang 5 kali sekarang!!!

Sedang sibuk-sibuk Hazree dan Wan diambil gambar oleh jurukamera, aku pula mengambil gambar mereka? Jadi, siapa yang hebat sebenarnya???

Fuh, rasa nak tangkap jer ikan-ikan tu. Buat lauk. Jinak gila ikan kat sini. Tapi malangnya terdapat peringatan "Dilarang Memancing". Barangkali empangan mengkuang ni menjadi tempat pembiakan ikan kot...

Wednesday, September 03, 2008

Nota Keusahawanan R2001

Seperti yang dijanjikan kepada pelajar Kokurikulum 2 (Ping Pong) sesi julai 2008 Politeknik Dungun, berikut adalah link untuk korang download nota keusahawanan.

Nota Keusahawanan R2001 Politeknik Malaysia

Kepada sesiapa yang berminat dengan nota tersebut, dialu-alukan juga untuk memuat turun.

p/s: Terima kasih kepada mygstt.com

Johor ---->>> Kedah

Kisah lama, masa hantar Hazree ke Kulim. Buat pertama kalinya aku melalui lebuhraya PLUS ke utara. Wah! kagum aku. Kalau kat Johor nampak landai je. Tapi kat utara ni, penuh dengan bukit, terowong dan tidak ketinggalan kilang simen (barangkali).

Bukit apa tah ni. Yang aku pasti ianya lebih tinggi berbanding Bukit Bauk di Dungun

Ni pun aku tak tau terowong apa. Yang pasti aku ambil gambar ni semasa memandu. Dan pasti juga korang jangan meniru aksi aku itu

Kilang simen kot ni. Agaknya la...

p/s: Maaf, gambar tidak memuaskan. Hanya diambil dengan henpon "cap ayam"

Wednesday, August 27, 2008

Ko Bila Nak Kahwin Jam?



Ko bila nak kahwin Jam?

Itu soalan klise yang selalu ditanya kepada aku asal saja aku pergi ke kenduri kahwin. Bukan sahaja kenduri kahwin, malah kenduri doa selamat, kenduri arwah, kenduri hari jadi, kenduri hari raya, kenduri buka puasa, kenduri-kendara, juga aku ditanya soalan yang sama. Huhuhuhuhu

Dan jawapan klise yang aku akan bagi ialah "Ko ada RM10 ribu. Bagi aku boleh? Aku nak buat kahwin" Huhuhuhuhu

Dan biasa orang wajah yang bertanya soalan itu akan terkulat-kulat atau termanggu-manggu atau tersipu-sipu atau berkerut-kerut dahi atau terpinga-pinga. Huhuhuhuh

p/s: Gambar atas tu bukan gambo aku. Selamat pengantin baru buat Hazree dan Noorhin. Sempat juga aku pergi ke majlis diorang, Noorhin di Kulim dan Hazree di Felda Taib Andak. Ke pergi dua-dua beb, dua-dua kawan aku. Huhuhuhuhu

Tuesday, August 26, 2008

Roshaizul Nizam Dah Besar Nanti Nak Jadi Apa?

Itulah pertanyaan yang agak sering diajukan oleh cikgu-cikgu aku dulu. Berikut adalah antara jawapan aku
  • Bomba
  • Polis
  • Askar (sojar)
  • Juruteknik
  • Jurutera
  • Drebar kapal (kapten kapal laut)
  • Drebar kapal terbang
  • Ustaz

Dalam banyak-banyak kat atas tu, satu pun aku tak pernah buat! Isk..isk..isk..
Berikut pula antara pekerjaan yang pernah aku lakukan
  • Kerja kilang
  • Jual buah (bukan buah yang "itu", buah-buahan la..)
  • Pekerja ladang

Berikut pula kerja part-time yang pernah atau yang sedang aku lakukan

  • Jual insurans
  • Jual kerepek
  • Logo Designer
  • "Cap Ayam" Flash Animator
  • Ejen skim cepat kaya
  • Multi Level Marketing

Dan akhirnya kini aku hanya menjadi pensyarah politeknik...

Monday, August 25, 2008

Beruk Siapakah Ini???

Sabtu lepas. Aku dating kat Kuala Terengganu. Jalan-jalan kat kedai Uncle Din (MydinMall). Lalu aku terjumpa seekor beruk tergantung. Sungguh murung wajah beliau. Kasihan... barangkali tuan punya beliau tidak mahukan beliau lagi...

Friday, August 22, 2008

Bila Pak Lah Naik LRT

Aku tengok Buletin Utama TV3 malam tadi. Pak Lah yang berjiwa rakyat itu telah mencuba untuk menaiki LRT. Barangkali itu kali pertama beliau menaiki LRT dan beliau terkejut melihat kesesakan di stesen dan dalam LRT. Dan beliau juga terkejut apabila mendengar keluh kesah pengguna LRT. Dan beliau berjanji akan memperbaiki sistem pengangkutan di ibu negara.

Barangkali juga, Pak Lah perlu turun ke seluruh negara bagi melihat sendiri sistem pengangkutan di seluruh negara. Jika di ibu negara Pak Lah merasakan bahawa sistem pengangkutan begitu teruk, di tempat yang bukan ibu negara keadaan barangkali lebih teruk!!!

Barangkali Pak Lah perlu turun ke Bandar Tenggara misalnya. Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk samada ke Kulai/Johor Bahru, atau ke Kluang, atau ke Kota Tinggi di stesen bas Bandar Tenggara. Barangkali Pak Lah boleh menulis sebuah novel sementara menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur dari bandar Dungun. Barangkali juga Pak Lah boleh meminta pengawal peribadi beliau membawa payung dan kerusi lipat sebagai persediaan untuk menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh mendengar rungutan pelajar Politeknik dan UiTM Dungun yang tiada kenderaan sendiri tatkala mereka perlu dengan segera ke bandar Dungun. Mereka perlu membayar RM2 sehala, dan RM4 untuk pergi dan balik. Dan barangkali lebih menjimatkan jika mereka menyewa kereta kancil selama sejam dengan bayaran RM5 dan boleh dinaiki seramai 5 orang yang mempunyai berat badan kurang 50kg. Barangkali juga bisnes kereta sewa di bandar Dungun mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Err...cuba korang kira berapa banyak "barangkali" yang aku guna dalam post ni, termasuklah "barangkali" dalam ayat ini.

p/s: Barangkali cikgu Apis17 boleh menggunakan post ini sebagai contoh penggunaan perkataan "barangkali" dalam karangan Bahasa Melayu darjah 5.

Wednesday, August 20, 2008

Aku Di Dungun

Aku baru sampai dari Johor semalam dengan membawa bekalan kerepek Parit Raja sebanyak lebih kurang 100kg. Aku berkira-kira untuk mengabiskannya dalam tempoh 2 minggu mulai hari ini!! Dan sape2 orang Dungun yang ingin menikmati kerepek Parit Raja yang enak, boleh kontek aku. Ada kurang lebih 10 jenis kerepek yang aku jual. Senarai harga akan aku update kemudian.

Aku sampai rumah sewa aku kat Taman Permint lebih kurang jam 11 malam semalam.

Hari ni konon-kononnya nak study PTK. Tapi hampeh!!! Dah 2 jam aku layan internet...

Dan hari ni juga, Dungun akan dimasyurkan jadi perbandaran. Dan pastinya COLA aku akan naik 100%!!! Huhuhuhuh. Cerita lanjut tentang permasyhran perbandaran Dungun, boleh tengok kat dungun.net

p/s: Aku rasa post ni paling tak best. Tapi lantak ah, aku nak tulis jugak!! Peduli apa aku. Ni kan blog aku. Huhuhuhuhuh

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu

Monday, August 04, 2008

Important Service Notification (Part 2)

Ini cerita adalah sambungan dari Part 1. Setelah aku meng'forwad'kan emel fraud yang aku terima ke Maybank, mereka membalas dengan emel berikut,

En Rohaizul,

Terima kasih di atas emel anda. Pihak Maybank ingin memaklumkan kepada pelangan bahawa emel ini adalah tidak benar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari URL di bawah:- http://www.maybank2u.com.my/online_security_watch/phishing_web_site.shtml

Bagi sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Eksekutif Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 66 88 atau 03 7844 3696 (luarnegara) 24 jam, 7 hari seminggu.

Terima kasih
Pauline
Maybank Group Customer Care

Jadi, anda boleh memeriksa link fraud melalui URL di atas tu..

Thursday, July 31, 2008

Important Service Notification

Jumaat lepas, aku ada dapat emel berikut:-


Dear Maybank member :

Our comprehensive fraud-prevention program is one of the key reasons Maybank is a safe way to pay online. We believe that innovation and careful analysis is the way to beat fraud. That's why Maybank has developed industry-leading models to review every transaction. and help detect suspicious activity.

In order to continue to operate the Maybank service and to reduce the risk of fraud, Maybank . ("Maybank" or "we") must ask you to provide us information about yourself and your every requested information on our secure page;.

To do so please follow the link below.

http://www.may2ucontacts.com/Maybank2u_com.html

We believe that innovation and careful analysis is the way to beat fraud. That's why Maybank has developed industry-leading models to review every transaction. and help detect suspicious activity. Our Fraud Investigation Team is dedicated to creating a safe Maybank community. If we suspect fraud in your account, we'll contact you immediately. .


Aku ragu-ragu bila baca emel tu. Terus aku call Maybank service centre di 1300886688 dan cerita pasal emel yang aku dapat ni. Awek maybank tu kata, emel tu adalah FRAUD!!! Jadi, awas ye semua...

Wednesday, July 30, 2008

Pindah Lagi...

Untuk kesekian kalinya, aku berpindah lagi. Sejak aku di Dungun ni, sudah 3 kali aku pindah. Owh!!!!

Kali ni, aku berpindah ke Taman Permint. Rumah lama yang aku duduki bersama Stim dan Faruk Si Gagak Hitam terpaksa dibubarkan. Ini kerana Stim akan berpindah ke Kolej Komuniti Segamat. Jadi, agak kebosanan dan tidak jimat jika aku hanya tinggal bersama Faruk. Dan, amat sukar juga untuk mencari rakan-rakan yang bujang untuk tinggal bersama kami.

Lalu, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Aku berpindah ke Taman Permint dan Faruk berpindah ke rumah Jai. Dan rumah kami akan diganti dengan gadis-gadis bujang yang tak berapa nak genit...

Aku dan Stim bergambar bersama haiwan belaan kepunyaan bakal penyewa yang akan menggantikan kami

Saturday, July 26, 2008

Apabila Harga Minyak Naik...

Rizam sahabat lama aku yang berada di Melaka telah menghantar satu emel yang menarik...



Barangkali ini bahana apabila harga minyak naik. Huhuhuhuhu

Barangkali juga kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur.

Dan amat pasti aku tak pernah balas emel-emel yang dikirim oleh Rizam.

Friday, July 25, 2008

Pejabat Pos Itu Tidak Akan Lengang Lagi


Semasa bercuti di Bandar Tenggara hari tu, sempat lah juga aku memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta aku yang sangat unggul itu. Dan aku juga berkira-kira juga untuk mendapatkan RM600++ yang dikurniakan oleh kerajaan yang amat bermurah hati dan berjiwa rakyat.

Lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dan penuh perasaan tamak, aku ke pejabat pos Bandar Tenggara yang hanya 30 saat perjalanan dari rumah aku dengan menaiki motosikal bapak aku yang top speednya hanya 40km/j.

Sampai di pejabat pos yang hanya mempunyai 4 buah kipas, 10 kaunter, dan 2 orang kerani itu, aku terkejut! Kaget! Wah! Apa sudah jadi dengan ini pejabat pos? Ramai orang! Biasanya tak sampai 2 orang yang beratur! Tapi ini sudah jadi 11 orang! Wah...takjub aku kok cenggini!

Akhirnya, berjaya juga aku mendapatkan cukai jalan aku dan RM600++ itu setelah beratur selama 50 minit...

Thursday, July 24, 2008

Barang Naik!

Kisah lama gak ni. Tapi, seperti sebelumnya, ia tak la berapa lama. Masa aku cuti dan berfoya-foya di Bandar Tenggara hari tu.


Sedang aku dok ngeteh bersama kutu-kutu lepak di Bandar Tenggara itu, aku terpandang satu iklan/notis/bantahan yang menarik di banyak dinding, tiang lampu dan pokok di sekitar Bandar Tenggara dan jajahan takluknya.


Dua tiga hari selepas itu, aku tatkala aku bersiar-siar di Felda Pengeli Timur, aku ternampak pulak iklan/notis/bantahan yang sama. Tetapi dengan sedikit inovasi.


p/s: Ngeteh = Bahasa orang Johor/Jawa. Kata dasar, "minum teh". Bermaksud melepak sambil minum dan makan di kedai sehingga berjam-jam! Huhuhuhuh

Wednesday, July 23, 2008

Lelaki Itu Berbaju Bunga


Kisah lama, tapi tak berapa lama la. 2 minggu lepas. Masa pendaftaran subjek di Politeknik Dungun. Aku ternampak seorang budak lelaki yang berpakaian pelik, tapi menarik. Ada gaya hippies 70-an kot. Aku tak tau nama apa budak lelaki ni, tapi asal Kelantan. Beliau mengatakan beliau mendapat baju tersebut dari kedai bundle.


Perhatikan bunga hijau pada baju beliau

Suasana kehingar-bingaran semasa hari pendaftaran subjek

p/s: Sekali lagi tajuk tidak mengambarkan cerita. Eh! Apa dah jadi dengan kepala otak aku ni???

Friday, July 18, 2008

Jangan Engko Beli Kek Ikan Itu.

Ada satu hari tu aku teringin nak buat sup cendawan. Bagi menambah kesedapan sup cendawan itu, aku bercadang untuk memasukkan sekali kek ikan ke dalam sup cendawan itu. Lalu, aku pun singgah di Saimah Kedai Runcit yang berhadapan dengan SM Teknik Dungun. Lalu aku pun mengambil sebungkus kek ikan.




Aku tengok kat bungkusan kek ikan tu ada logo halal. Tapi entah mengapa, aku merasa ragu. Lalu aku pun menghantar SMS untuk mendapatkan kepastian.


Aku taip Halal (kod bar) dan hantar ke 32728 (DAPAT)


Seketika kemudian... "Tuit tuit, tuit tuit, SMS!"


Halal (kod bar) tiada dalam senarai!


Ceh! Rupanya dia guna logo halal tanpa kebenaran. Sungguh tidak beretika!


p/s: Tak jadi nak buat sup cendawan. Aku pun buat cendawan goreng celup tepung. Fuh!!! Begitu lemak dan berminyak!!!

Sunday, July 13, 2008

Kursus Kad Hijau CIDB

Pada satu pagi Jumaat yang nyaman. Tatkala aku sedang diulit mimpi.

Kring...kring...kring

Aku: Hallo!
Taufik: Wei Jam! Bangun!
Aku: Assalamualaikum!
Taufik: Waalaikumusalam.....
Aku: Apa hal Fik?
Taufik: Wei, bangun! Gi kursus
Aku: Kursus? Kursus apa? Aku tak tau pun
Taufik: Kursus Kad Hijau CIDB. Ko ganti orang. Nak tak?
Aku: Apa faedah aku dapat?
Taufik: Dapat safety helmet, booklet panduan keselamtan, kad hijau dan insurans nyawa 2 tahun.
Aku: Kena bayo ke?
Taufik: Tak payah. Poli kita dah bayokan dah. RM50 sorang
Aku: Kursus kat mana?
Taufik: Kat poli kita ah?
Aku: Poli kita?
Taufik: Politeknik Dungun!!! Dekat Dewan Kuliah Awam
Aku: Lagi 10 minit aku sampai!!!


Aku pun mandi, bersiap lebih kurang dan terus pegi kursus tu. Menarik gak. Banyak tips dan ilmu pasal keselamatan di tapak binaan. Dan yang paling best, makan free aku hari tuh! Huhuhuhuhu.

Thursday, July 10, 2008

Pantai Teluk Bidara

Ini merupakan salah satu pantai yang menarik kat Dungun ni. Kalau dari bandar Dungun, lebih kurang 10km. Pantai ini terletak diantara Dungun-Rantau Abang. Kalau korang dari Dungun ke Rantau Abang, korang akan nampak signboard ke Pantai Teluk Bidara di sebelah kanan, masuk simpang tu dan ikut jer signboard Pantai Teluk Bidara.

Pantai ni memang lawa, tapi sayang orang tak ramai. Jadi, kalau lepak-lepak kat sini memang best. Tapi, aku tak galakkan korang mandi kat Teluk Bidara ni, pantai dia curam, banyak dah makan nyawa. (jeng jeng jeng....)



Amacam? Lawa tak?

Monday, July 07, 2008

Kisah Seorang Ejen Insurans Yang Berperangai Keji

Tadi, dalam pukul 5.30, tengah aku menaip kat opis aku di Politeknik Dungun, aku menerima panggilan dari 03-27818181, dan pemanggil bernama Helmi, seorang ejen insurans AIA.

Aku adalah ahli Rakan Cop. Jadi, Rakan Cop ada buat JV ngan AIA. Beerti, AIA akan sediakan satu polisi insurans khas untuk ahli Rakan Cop. Jadi, mamat bernama Helmi ni call aku, mintak nama aku, IC aku, nama mak aku, pekerjaan aku, no 16 digit kad kredit aku serta gaji aku selepas beliau menerangkan polisi yang dia nak jual tu. Bual punya bual, si Helmi keji ni terus nak closing, dia kata permohonan encik akan diproses.

Wah! Aku terkejut gile! Tetiba je nak closing tanpa bagi aku peluang berpikir. Gila! aku cakap ngan dia, bagi saya pikir dulu ye, nak tanya pendapat financial consultant saya dulu. Pastu dia pujuk2 aku lagi, dan ofer premium yang lebih rendah. Aku still tanak lagi, sebab nak pikir. Pastu dengan nada agak marah dan kurang ajar, beliau berkata "Aik? Takkan RM24 sebulan pun nak tanya financial consultant. Kalau gitu awak amek insurans yang free je lah!" Terus dia letak telepon.

Pergh!!! Memang kurang ajar! Details dia seperti di bawah

Nama: Helmi
Kompeni: AIA (Insurans)
Telefon: 03 2056 1111 ext 6162

Aku pun penah jadi ejen insurans, tapi tak penah aku buat kurang ajar macam tu.

p/s: Untung juga aku penah jadi ejen insurans. Jadi aku dapat "tepis" hujah2 si Helmi keji tuh! Huhuhuhuhuuh

Sunday, July 06, 2008

Kerja Kosong

Politeknik Malaysia memerlukan calon2 berkelayakan untuk menjadi pensyarah politeknik

Kelayakan minimum, degree dalam bidang berikut
-kejuruteraan (mekanikal, awam, elektrik, marin, aeronautik, mekatronik, dsd)
-IT
-akaun
-biz admin
-hospitaliti (fesyen, masakan dsd)
-teknologi makanan
-matematik
-english
-agama/moral

kalau minat, layari http://www.spp.gov.my/home.php

Wednesday, July 02, 2008

Giant Penipu!!!

Selain menjadi seorang tokey kerepek, aku juga merupakan seorang tokey air di pejabat aku. Kesian peti ais kat pantry tuh, daripada biar kosong, baik aku letak air kotak/tin dalam tuh. Sape-sape yang haus boleh bukak peti, masuk duit RM1 pastu amik je apa-apa air dalam peti tu (tapi amik satu jer la. kalau nak 2, masuk RM2. ada paham?)

Jadi, aku mendapat bekalan air ni dari banyak tempat. Nirwana Dungun, You Hoe Dungun, Mydin Kuala Terengganu atau Giant Kuala Terengganu. Jadi adalah satu hari tu aku pergi Giant Kuala Terengganu, sebab awek aku kata kat Giant tengah sale (awek aku ni cukup cergas pasal sale ni).

Memang betul ada sale! Huhuhuhu. Ada tanda harga di situ menunjukkan


Season
asian drinks
300ml (assort)
1 for Rm 0.99
6 for RM 4.99



Green Love
asian drinks
(asst flavours)
12's x 320 ml
RM 9.99

Aku dengan gelojohnya mengambil


24 (1 karton) Seasons Cincau
12 Seasons Water Chesnut
12 Seasons Rose Soya With Selasih
24 (1 karton) Soytalk Soya Milk
8 Green Love Wheatgrass
8 Green Love Sour Plum
8 Green Love Syrup With Lemon Juice
24 (1 karton) Green Love Asam Jawa

Aku menjangkakan dengan harga yang dipaparkan aku akan membayar sebanyak lebih kurang RM100. Tapi bil menunjukkan RM110. Aku keliru. Aku teliti balik resit. Cis!!! Aku tertipu. Aku gi jumpa awek casher tadi.

Aku: Kak. Apsal harga dia jadi RM110? Saya kira RM100 kalau ikut tanda harga.
Awek Casher: Dok tahu la. Saya cume scang, sistem yang bagi harga. Cuba tanya ketua casher

Aku pun gi jumpa ketua casher.
Aku: Kak. Apsal harga dia jadi RM110? Saya kira RM100 kalau ikut tanda harga.
Ketua Casher: Sistem yang bagi harga...
Aku: Kat papan tanda tulis air Green Love (asst flavours) 12 for RM9.99. Saya beli 24, jadi harga dia patutnya RM19.98. Ni tak, dia kira berasingan 8 Wheatgrass, 8 Syrup dan 8 Sour Plum. Dan dia kira 8xRM0.99x3. Sefaham saya "asst" bermaksud pelbagai, jadi saya rasa saya boleh campur untuk dapat harga 12 for RM9.99.
Ketua Casher: Eh, dop gitu. 12 tu kena dari jenis yang sama. Dok leh campur-campur.
Aku: Owh! Ye ke? Tanda harga mengelirukan!
Ketua Casher: Minta maap banyok-banyok. Tu kerje bahagiang grafik harga.
Aku: Dah akak tak leh wat apa-apa?
Ketua Caher: (geleng-geleng kepala)

Aku bengang. Kalu aku jumpa artis grafik harga, mesti dia salahkan orang lain. Dan orang lain tu pun akan salahkan orang lain. Last-last nanti, Pak Lah yang salah. Huhuhuhuhuhuh

p/s: Giant yang salah ke atau aku yang salah? Kalau aku, aku kata Giant yang salah. Sebab ni blog aku. Suka hati aku lah. Huhuhuhuhuhuh (dengan nada jahat lagi bengis serta kejam)

Monday, June 30, 2008

Lihat Perutku...Rampingkan!!!

Berat aku 95kg. Tinggi aku 1.70m. Kiranya aku ni obes tahap 1 lah ni. Huhuhuhuh. Aku sejak kecik memang gemuk. Kuat makan. Semua yang boleh dimakan, aku telan tanpa mengunyahnya. Huuhhuuhuu.


Selalu juga aku menjadi bahan ejekan. Tapi aku dah lali semua itu. Kebetulan housemate aku, Faruk si Gagah Hitam telah membeli alat senaman untuk mengempiskan perut. Beliau membeli alat itu kerana merasakan saiz perut beliau semakin menghampiri saiz perut aku. Huhuhuhuhuh.


Aku pun tumpang sekaki menggunakan alat semanam tersebut. Seringkali housemate aku yang sorang lagi, Stim mengutuk aku. "Hahahahahah (dengan nada yang keji)! Jangan mimpilah ko nak kurus!!" Tapi, aku akan buktikan aku akan menjadi jejaka yang paling slim dan tough serta kacak di Dungun!!!! Huhhuhuhuh

Wednesday, June 25, 2008

Misi Getah Posmen



Aku menghadapi masalah dalam bisnes kerepek aku. Kerepek aku lemau, tak rangup. Pikir punya pikir punya pikir, aku rasa ni berpunca dari ikatan yang kurang kemas pada bungkusan kerepek aku. Lalu Acik mengusulkan untuk menggunakan "Getah Posmen"
Maka bermulalah penjelajahan kami ke seantero Dungun untuk mencari "Getah Posmen".






Pustaka Seri Intan Dungun

Aku: Dik, ada jual "Getah Posmen" tak?

Awek Pustaka Seri Intan: Getah Posmeng?

Aku: Bukan Getah Posmeng. "Getah Posmen". Ala, getahnya beso, biasanya kaler putih.

Awek Pustaka Seri Intan: Takde kot. Sumur idup saye, dok penah saya tengok Getah Posmeng...

Aku: Ge...Tah....Pos...MEN!


Pustaka Bentalib Kat Bank Hong Leong

Aku: Bos! Ada jual "Getah Posmen"

Tauke Bentalib: Ade, mentar ek. (Beliau pun mencari-cari). Takde ah. Cube gi kat cawangang kita se lagi yang kat Sura Gate...

Aku: Makaceh...


Pustaka Bentalib Sura Gate

Aku: Ada jual "Getah Posmen" tak?

Awek Bentalib: Dok tahu gok

Aku: Tadi tauke kata ada kat sini?

Awek Bentalib: Mentar ek. (Beliau pun menelipon tauke beliau dan kemudian beliau mencari-cari). Ha...ada pung

Aku: Berapa hengget?

Awek Bentalib: 3 riyal jah sebungkus nih!

Aku: Ada berapa helai sebungkus tu

Awek Bentalib: Dok tahu gok

Aku: 3 riyal ke tiga hengget?

Awek Bentalib: 3 Ringgit Malaysia!

Tuesday, June 24, 2008

Kekusutan Melanda Jiwa

Kisah ni dah lama. Kira-kira 2 bulan lepas. Aku kena observe budak-budak poli Dungun yang buat praktikal di Lembah Kelang kerja selama tiga hari. Sebelum ini aku memang tak pernah ke Lembah Kelang dengan berkereta. Adalah dua tiga kali aku ke Lembah Kelang dengan bas dan ronda-ronda ibukota dengan keretapi (komuter, LRT, STAR, Monorel). Mula-mula cuak juga hendak ke Lembah Kelang. Tapi, aku redah, janji kerja aku siap!!!

Sepanjang di Lembah Kelang, ada beberapa perkara menarik yang aku hendak kongsikan bersama. Mungkin pada pandangan orang Lembah Kelang perkara yang akan aku nyatakan di bawah adalah perkara biasa, tapi pada aku ianya adalah luar biasa bagus (sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan --- gaya CNI --- apa yang aku repekkan ni?)

1. Di Jalan Brunei, Pudu, aku tengok daging babi di jual di tepi jalan. Selamba. Lalu aku dapatlah melihat kaki babi yang gebu digantung bagi menarik perhatian pelanggan. Huhuhuhuhuhuh

2. Sedang aku dan rakanku berpusing-pusing di Shah Alam untuk mencari Seksyen 13, tiba-tiba aku dengar bunyi hon dari sebuah kereta bernombor pendaftaran KL yang dipandu oleh seorang kakak yang cun. Dia tanya aku. "Dik, macam mana nak pergi Seksyen 27?". Aku dengan muka yang kusut menjawab, "Tah la kak, saya pun tengok peta ni, nak cari Seksyen 13". Tapi dalam hati aku berkata "Aik? Orang KL pun tak tahu jalan KL?" Huhuhuhuh, sungguh syahdu

3. Jalan di Shah Alam banyak bulatan. Bulatan Kemajuan, Bulatan Pinggiran, dan bermacam-macam nama bulatan lagi(di kampung aku, Bandar Tenggara hanya ada satu bulatan sahaja). Bila kami sesat di bulatan-bulatan tersebut, kami akan pusing bulatan tersebut empat lima kali sambil menelifon rakan-rakan yang mahir dengan bulatan-bulatan di Shah Alam. "Hello Jul, aku kat Bulatan Kemajuan nak pergi Seksyen 13, aku nak ikut pukul berapa ni?!!!"

4.
Sykt Lekir Jati: Bangi ngan Putrajaya dekat jer
Aku: Ye ke dekat? Kalau tengok peta ni macam jauh je
Sykt Lekir Jati: Iye... memang dekat
Aku: Brapa dekat tu?
Sykt Lekir Jati: Dalam 20 minit jer..
Aku: ????

(Perbualan Telifon)
Aku: Jul, dekat tak Klang dengan Shah Alam?
Azrul: Dekat jer...
Aku: Brapa dekat?
Azrul: lebih kurang 20km jer...
Aku:???

Orang Lembah Kelang kata 20km, 20 minit dekat. Aku rasa jauh!!! Aku dari Dungun hendak ke Paka pun rasa malas. Orang Lembah Kelang setakat Bangi-Putrajaya, Klang-Shah Alam dekat jer...

5. Jalan sikit tol. Jalan banyak sikit lagi banyaklah kena bayar tol. Tol, tol dan tol... Kini aku fahamlah kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang...

6. Jalan di Lembah Kelang berselirat! Aku jadi keliru dan bingung. Dari Shah Alam kami boleh sesat sampai Lapangan Terbang Subang dan nyaris-nyaris nak sampai Rawang. Dari Keramat ke Pudu kami ambil masa lebih sejam! Walhal jalan tidaklah begitu sesak...

7. Muka orang Lembah Kelang ketat dan kelat. Barangkali kerana tekanan kerja, kesesakan lalu lintas dan kos sara hidup tinggi. Syukur aku kerja di Dungun. Bandar yang tenang sehingga lembu boleh menguasai jalan raya. Huhuhuhuhuuh

Kesimpulannya Lembah Kelang memang kusut!!!

p/s: Er... ada kaitan ke cerita aku dengan tajuk?

Monday, June 23, 2008

Aku Di Bandar Tenggara

Fuh....bestnya cuti. Relek jer. Takde perkara yang boleh mengusutkan kepala aku. Huhuhuhuhuhuh

Aku sampai Bandar Tenggara Khamis petang. Besoknya, Jumaat, aku gi beli rumah kat Taman Anggerik, Bandar Tenggara. My first house! Huhuhuhuhuhu. Mula-mula ingat nak beli yang biasa jer, RM78,888, tapi atas nasihat mak, bapak, dan awek aku serta salesman tuh, aku terbeli rumah harga RM125,888. Huhuhuhu. Rumah corner lot, luas binaan 916 kaki persegi, luas halaman 1440 kaki persegi. Tapi bukan freehold. Aku pakai loan gomen. RM710 sebulan selama 25 tahun! Banyak gak ek RM710 tuh. Ini bermakna aku harus menggiatkan lagi bisnes kerepek aku!!!!

Sabtu, aku mengulor kat rumah. Sampai mak aku tanya, "ko tak penat ke Jam asik baring ngadap TV tu?"

Ahad, semalam, aku pergi kenduri kahwin kat Ulu Pengeli dan Bandar Tenggara. Dan seperti biasa aku akan ditanya soalan "Engko bila lagi Jam?"

Isnin, hari ni. Tadi aku tolong adik aku jual "Air Naga" kat sekolah dia, SMK Bandar Tenggara. Aku tengok adik aku boleh handle, terus aku blah, gi CC dan tulis post ni. Huhuhuhuhuhu

Thursday, June 19, 2008

Cuti 2 Minggu

Aku nak balik kampung hari ni, Bandar Tenggara. Aku cuti 2 minggu!!!! Huhuhuhuhuhuh. Jangan jeles!!!

Tujuan aku balik kampung.
1) Nak relek! Penat kerja.
2) Nak uruskan pembelian rumah
3) Nak ngeteh sampai lebam
4) Nak makan nasi yang mak aku masak
5) Nak tengok kebun bapak aku
6) dll.....

Selamat bercuti kepada aku!!!!!

Saturday, June 14, 2008

Jangan Kau Beli Kereta Itu

Masa aku pergi Shah Alam tempoh hari, aku sempat berjumpa kawan serumah aku masa belajo dulu, Faiz. Tujuan utama perjumpaan tersebut adalah kerana Faiz ingin menerangkan kepada aku tentang satu bisnes, Hai-O. Faiz membawa bersama rakan beliau iaitu Sharil, Jack dan Han. Lalu dengan penuh provokasi dan berkobar-kobar, mereka telah menerangkan kepada aku pasal Hai-O. Pada satu tahap, Han bertanya kepada aku,

Han: Ijam, apa kereta impian ko?
Aku: Err....Nissan AD Resort...

Bila mendengar jawapan aku itu, mereka secara beramai-ramai telah menggelakkan aku sepenuh hati.

Faiz: Nissan AD Resort je Ijam?
Shahril: Itu impian ko sekarang, masa duit tak berapa nak ada!!!
Jack: Ok, ok. Gini Ijam, kalau ko join bisnes ni, tiap-tiap bulan ko boleh beli Nissan AD Resort tu!

Aku turut sama mentertawakan diri aku sendiri. Tapi sebenarnya, aku terasa kecil hati.... Tak tau kenapa. Barangkali aku tidak berfikiran seperti mereka. Memang segalanya perlukan duit. Tapi duit bukan segalanya... Dan lagi, pada aku aku tak mahu jadi kaya, tapi aku harus jadi kaya!!!

Friday, June 13, 2008

Shah Alam Yang Best

Seminggu aku tak update blog nih. Seminggu jugalah aku ke Shah Alam, berkursus.

Aku bertolak dari Dungun hari Isnin, dalam pukul 11 pagi. Nasib baik naik van politeknik aku, kalau tak mampus aku nak bayo duit minyak. Huhuhuhuhu

Aku sampai Shah Alam dalam pukul 7 petang. Punya lah lama (van yang aku naik tu tak leh laju-laju, nanti tercabut enjin!!!) Sampai jer terus check in kat Concorde Shah Alam (Fuh! Best hotel ni. Malangnya sungguh tak best bila nak berak! Cis!!!)

Besoknya, selama 2 hari, aku berkursus di UiTM Shah Alam dan SIRIM (tak yah la korang tau kursus apa yang aku pergi, kusut kepala otak korang nanti).

Shah Alam best sebab
1) Jalan tak berapa sesak
2) Bandar dia terancang
3) Banyak kopitiam yang best
4) Ramai orang Melayu/Bumiputera
5) Ramai gadis yang cun lagi seksi (pasti awek aku akan call aku selepas beliau membaca pernyataan ini)
6) Banyak kemudahan

p/s: Walaupun Shah Alam best, best lagi Bandar Tenggara!!!

Saturday, June 07, 2008

Minyak Oh Minyak

Ermmm...tadi aku termenung kejap.

Mula-mula teringat kat awek, tah macam mana pemikiran ku bertukar kepada ongkos yang perlu aku tanggung akibat kenaikan harga minyak. Owh!

Aku selalu juga balik kampung aku, Bandar Tenggara. Dungun ke Bandar Tenggara sebelum kenaikan harga minyak menelan petrol sebanyak RM50 dengan menggunakan kereta aku.

Tapi, kenaikan harga minyak sebanyak 40% menyebabkan kos petrol dari Dungun ke Bandar Tenggara meningkat menjadi RM70. Owh!

p/s: Aku terpaksa menggiatkan perusahaan kerepek aku!!!

Friday, June 06, 2008

KL Yang Kusut

Minggu lepas, 27-29 Mei, aku kena pergi kursus "Komunikasi Berkesan" di Gem Beach Resort, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Instructor tu suruh kami membuat satu cerita dengan lima ayat, dan setiap ayat mesti mempunyai perkataan yang sama. Aku memilih perkataan "kusut" untuk dijadikan cerita....
.
.
.
.
.
.
Pada satu hari yang kusut dan berserabut aku telah ke Kuala Lumpur.

Aku pergi ke Kuala Lumpur dengan menanaiki Iswara 1.3s aku yang comot dan kusut.

Ahhhh........ Kuala Lumpur, sungguh kusut hingga Iswaraku hanya mampu merangkak-rangkak walaupun ia mampu memecut laju.

Oleh kerana Kuala Lumpur sangat kusut, aku yang sedia kusut jadi bertambah berserabut.

Aku tertekan, lalu aku berhenti di Pasar Budaya dan jumpa seorang lelaki berambut kusut bermain gitar.
.
.
.
.
.
p/s: Cuba korang try

Thursday, June 05, 2008

Harga Minyak Naik!!!

Cis!!! Harga minyak naik lagi!!!

Petrol naik RM0.78, menjadi RM2.70
Diesel naik RM1.oo, menjadi RM2.58

Pengumuman yang amat mengejtkan dari Pak Lah. Orang kata Pak Lah umum tengahari, masuk berita pukul 1.30 kat TV3.

Aku tau pukul 5.30, selepas balik kerja, sebab jiran aku, Jai menggelupur nak pergi isi minyak.

Suasana kegelupuran bertambah apabila Stim kelam-kabut pulang ke rumah sewa kami dan mengajak aku untuk mengisi minyak

Aku, seperti biasa, tenang dan bersahaja; kerana tidak mahu mengusutkan kepala.

Suasana di bandar Dungun sungguh sesak pada petang hingga tengah malam semalam. Aku rasa seperti berada di Kuala Lumpur!

Semua stesen minyak begitu kelam-kabut dan kusut. Petronas baru, petronas depan sekolah sains, esso, caltex dan shell semuanya mengalami kesesakan. Cuma di beritakan petronas di simpang Kampung Che Lijah kurang kadar kekusutannya.

Stim memilih untuk mengisi minyak di esso, bukan kerana minyak esso lebih murah, tetapi kerana kad mata ganjaran Smile milik beliau. Oleh yang demikian, kami menunggu selama satu setengah jam untuk mengisi minyak kereta Stim.

Barangkali harga barang-barang keperluan akan meningkat tidak lama lagi.

Sunday, June 01, 2008

Kerja Part-Time

Post ni bukan cite pasal keje part-time aku. Kalau aku nak tulis jugak, mau makan 29 post aku tulis. Huhuhuhuhuhu

Begini sebenarnya. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) nak setup 45 program kemahiran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dalam bidang IT dan kejuruteraan. Setiap satu program perlu 10 orang panel yang berkelayakan untuk menggubal kurikulum dan modul.

Jadi sesiapa yang berminat, boleh emel resume/CV kepada aku. Katakan korang terpilih, korang akan dipanggil untuk sesi brainstorming di Hotel Singgahsana. Sesi tu akan memakan masa minima 2 hari, dan setiap hari korang akan dibayar RM350.

Tawaran ni adalah tawaran kerja part-time, ataupun kerja sumbangan kepada negara (ceeewah!). Jangan pulak korang berenti kerja bila dah hantar resume kepada aku.

Resume boleh dihantar ke roshaizulnizam(at)yahoo(dot)com.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku 019-7223166 atau 017-9698722
ataupun boleh berhubung dengan En. Khairul Anuar (013-3740234)

Cepat-cepat!! Tawaran ni sah hingga 4 Jun 2008!

Thursday, May 29, 2008

Ahhh.....Kusut!!!!

Lama aku tak update blog ni...

Kerja terlalu banyak....barangkali

Ataupun aku terlalu malas, kerja last minutes....itu sudah pasti....

Semua itu membuat aku kusut....

Aku pun tak tau sebab apa aku tulis blog hari ni....

Barangkali ingin meredakan kekusustan yang ada...

Huhuhuhuh

Sunday, May 18, 2008

Pulau Itu Bukan Pulau

Kejadah punya tajuk tu? (mesti korang terpikir camtu kan? Huhuhuhuhuh)

Suatu hari, perbualan antara aku dan pelajar aku, masa mula-mula aku mengajar kat Politeknik Dungun ni.

Aku: Cis! Apsal ko lambat ni?
Pelajar: Maaf encik...
Aku: Asyik muka ko je yang lambat. Apa masalah ko ni sebenarnya?
Pelajar: Saya dok jauh encik
Aku: Buat apa sewa rumah jauh-jauh?
Pelajar: Bukang rumoh sewa encik. Rumah mok. Saya dok mampu nok sewa umah laing kat dungung
Aku: Dah tu rumah mak kat mana?
Pelajar: Pulau Serai encik...
Aku: Isk! Jauhnya. Naik bot ke datang poli ni?
Pelajar: Dok ah encik, naik moto...
Aku: Ada feri ke?
Pelajar: Dok ah encik, naik moto je
Aku: Ko ni biar betul. Ko naik motobot ke?
Pelajar: Motosikal la encik...
Aku: Dah tu ko naik motosikal redah laut ke? Huh! Hebat ko ni. Boleh jadi Polis Angkasa Gaban ni.
Pelajar: Bukang gitu encik. Nama je Pulau Serai, tapi ye bukang kat laut nung, kat darat gok. Kalu encik nok gi Tranung ke, Rantau Abang ke, encik akang jupe Pulai Serai dulu..
Aku: Ooooo...ye ke... Dah dah. Gi duduk. Lepas kelas jumpa saya!

Begitulah, kat Terengganu ni banyak tempat nama pulau, tapi bukan letak kat laut. Contoh, Pulau Kerengga (Marang), Pulau Kambing (Kuala Terengganu), Pulau Rusa (Kuala Terengganu). Memang mula-mula aku keliru, tapi sekarang ok dah....

p/s: Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Wednesday, May 14, 2008

Mengetag

Mazudi telah mengetag aku... pikir punya pikir... dapat juga idea...

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Mesin pembungkus kerepek
2. Nissan AD Resort 1st model
3. Rumah kayu ala Johor
4. RM40,000
5. Kerusi urut OSIM


LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Aku tokei kerepek. Kecil-kecilan. Penat ooooo bungkus secara manual. Kalau ada mesin kan senang. Siapa-siapa yang nak jual mesin pembungkus kerepak, jual lah kat aku dengan harga berpatutan. Aku serius ni!!

2. Tak tau la kenapa aku suka kereta ni. Macam best je rasanya....

3. Terkenang rumah arwah atuk aku kat Muar, Johor.

4. Aku nak kahwin. Tapi duit tak cukup. Huhuhuhuh. Awek aku dan bakal mak mentua aku selalu tanya. Bila nak masuk meminang? Adus!!!

5. Badan aku selalu lenguh-lenguh. Ingat nak pergi berurut. Tapi mak aku pesan "ko jangan sesekali pergi ke rumah urut!!!"


THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS : Mazudi


5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

1. Beliau satu opis ngan aku. Tapi jarang kami berbual. Just smile and play fool. Uhuhuhuhuh

2. Dulu kat Politeknik Kota Kinabalu setahu aku beliau ni Ketua Kursus. Sampai Politeknik Dungun ni beliau jadi pensyarah biasa je. Pastu beliau buat-buat bodoh (tapi bijak mamat sorang ni). Memang low profile

3. Ilmu blogging beliau amat tinggi

4. Beliau mempunya kereta GEN2 yang laju. Lagi laju dari Iswara 1.3s aku. Korang bayangkanlah berapa laju kereta beliau

5. Beliau suka membawa anak-anak beliau bersiar-siar. Selalu aku terserempak beliau ini bersama anak-anak beliau. Tapi tak tau la beliau perasan akan aku ini.


MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

Beliau mengetag aku. Sungguh terharu. Huk huk huk!


MOST LOVED INVENTION (doesn’t have to be technically advanced)

Alat pencedok kerepek. Dengan alat ini, akau mampu menbungkus 6 bungkus kerepek seminit. Berbanding dengan menggunakan tangan, aku hanya mampu membungkus 2 bungkus seminit. Sekarang ni aku tengah pikir untuk membina MESIN PEMBUNGKUS KEREPEK!!!! (sila sebut dengan nada Doreamon mengeluarkan barang dari poket ajaibnya)


WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:

Orang tikam belakang. Aku selalu kena. Kalau korang tak percaya, boleh tengok tulang belakang dan modula oblogata aku. Memang banyak kesan tikaman..... :-(


6 PEOPLE YOU WANNA TAG:

1. en_me

2. ahcap

3. faizgagahberani (cis! poyolah)

4. gigi aku

5. kambing belaan aku

6. tah la, tak tau sape2 lagi. kawan-kawan aku ramai buta IT. huhuhuhuh

Tuesday, May 13, 2008

Kuiz Matematik

Semalam, 12 Mei 2008, jam 6.30 petang, Alur Tempoyak, Dungun

Aku dan kawan serumah aku, Farok telah bertandang (dengan tanpa rasa malu dan segan) ke rumah jiran kami untuk menonton cerita Bella.

Tatkala iklan McDonald terpampang di kaca televisyen, Faruk bersuara...

Farok: Jam, aku nak bagi ko satu pop kuiz...
Aku: Pop kuiz?
Farok: Gini, kata la ko ada anak.
Aku: Ok
Farok: Anak ko minta ko RM25. Pastu dia minta bini ko RM25. Jadi berapa duit yang dia ada?
Aku: RM50 la.
Farok: Pastu dia beli mainan yang harganya RM45. Jadi berapa baki duit dia sekarang?
Aku: RM5 la
Faruk: Ok, pastu dia bagi ko RM1 dan bini ko RM1. Berapa duit dia sekarang?
Aku: RM3 la
Farok: Jadi sekarang berapa anak ko hutang ko dan bini ko?
Aku: Aku RM24, bini aku RM24
Farok: Persoalannya.... RM24 campur RM24 campur RM3
Aku: Err..RM51 la
Farok: Jadi, mana datang RM1 tu, tadi anak ko pinjam baru RM50
Aku: Er......misteri ni....

p/s: Ada sape-sape boleh jelaskan?

Sunday, May 11, 2008

Ko Mimpi Apa Jam?

Post kali ni takde kena mengena dengan apa yang aku mimpi semalam...

Hari ini Hari Ibu. Mula-mula aku tak tau. Tapi Stim telah memberitahu aku. Lalu aku menelifon Mami aku di Bandar Tenggara

Aku: Hello. Assalamualaikum Mi
Mami: Waalaikumusalam Jam. Ada apa Jam?
Aku: Mi, Selamat Hari Ibu!
Mami: Ha?
Aku: Selamat Hari Ibu. Hari ni Hari Ibu kan. Mami tau tak?
Mami: Tau. Tapi ko mimpi apa Jam?
Aku: Takde mimpi apa-apa pun. Saja nak ucap. Kenapa?
Mami: Tak la, Mami pelik. Tak pernah ko ucap Selamat Hari Ibu kat Mami. Biasanya adik-adik pompuan ko yang ucap.
Aku: Huhuhuhuhuhuhhu

Kemudian adalah tiga empat minit kami berbual. Pasal adik-adik aku, Abah dan Mami sendiri.


Terima kasih kat Mami aku sebab buat aku berjaya sekarang ni.
Masa aku kecik-kecik, Mami garang kat aku. Selalu pukul punggung aku. Tapi kat adik-adik tak pula. Mungkin aku buas sangat kot masa tu. Huhuhuhuhuhuhu

Terima kasih kat Mami aku, sebab aku pandai masak sekarang ni.
Aku anak kedua. Aku ada 5 orang adik. Kadang-kadang Mami tak sempat nak masak, sebab nak layan karenah adik-adik. Lalu, sejak aku umur 10 tahun, Mami dah paksa aku masuk dapur. Belajar masak!!!

Terima kasih kat Mami aku, sebab aku jadi seorang manusia yang gigih.
Kami hidup agak susah dulu. Adik-beradik ramai. Gaji askar Abah aku kecik je. Jadi, Mami buat macam-macam kerja untuk tampung kehidupan kami. Mami penah ambil upah gosok baju. Ambil upah kupas bawang. Ambil upah buat kulit popia. Jual kuih tepi jalan. Dan aku sangat kerap membantu Mami membuat kerja-kerja sedemikian.

Banyak lagi jasa Mami yang menjadikan aku seperti sekarang

p/s: Post paling sedih penah aku tulis...

Saturday, May 10, 2008

Orang Salah Buat

Pada satu hari nan nyaman, seorang pemuda Johor (yang bukan pemuda UMNO mahupun PAS) dengan berdebar-debar (bagai nak tercabut usus perut) telah bertandang ke rumah bakal mak mentua beliau yang terletak di utara Kuala Terengganu. Semasa duduk-duduk (dan menahan rasa cuak) beliau terlihat sebuah ukiran kayu corak kelawang yang halus buatannya. Lalu, dengan ramah beliau bertanya bakal mak mentua beliau...

Pemuda Johor: Lawa ek makcik ukiran tu..
Bakal Mak Mentua: Orang saloh wak tu...
Pemuda Johor: Eh, tak salah la makcik, lawa ukiran tu, halus buatannya...
Bakal Mak Mentua: Ye le... orang saloh wak ah tu...
Pemuda Johor: Orang betul buat la makcik...
Bakal Mak Mentua: Orang saloh...

Tiba-tiba anak makcik tersebut a.k.a awek pemuda Johor itu mencelah

Awek Terengganu: Ye dok pahang cek oyak mende. (Dia tak paham mak cakap apa)
Bakal Mak Mentua: Doh tu nok oyak nape ke ye? (habis tu, nak cakap apa kat dia?)
Awek Terengganu: Banduwang la... (Banduan la...)
Bakal Mak Mentua: Ho! Ye le, banduwang. Kek ganu ni orang dok sebut banduwang. Orang sebut orang saloh. Orang saloh tu banduwang ah. (Ha ah. ye la, banduan. Di Terengganu ni orang tak sebut banduan. Orang sebut orang salah. Orang salah tu banduan la.)
Pemuda Johor: Oooooooo

p/s: Lain padang, lain belalang

Thursday, May 08, 2008

Notis Kosong

Gambar ni aku rakam di tempat kerja aku, Politeknik Dungun. Aku pun tak tau sebab aku aku ambil gambar ini. Tapi aku rasa macam best je gambar ni. Hhuuhuhuhuhu

Notis kosong ni di hadapan pintu masuk Dewan Kuliah Mekanikal. Aku pun hairan macam mana notis tu boleh kosong. Erm...sungguh misteri....

Wednesday, May 07, 2008

Kursus Untuk Tido

Baru-baru ni aku ada pergi Kursus Protokol Dan Etiket Sosial di UiTM Dungun.


Kursus ini pada aku boring sikit, lebih kepada tatasusila menjaga adab sopan di majlis, protokol-protokol majlis rasmi, dan bla...bla..bla... (malas nak tulis banyak-banyak, lenguh le. huhuhuhuuh)


Semasa kursus berlangsung, beberapa sahabat aku telah mencapai tahap kebosanan tahap tertinggi...



Aku pun bosan juga. Sempat juga menguap 14 15 kali. Tapi memandangkan aku tokei blog ini, aku letak gambar aku sedang mengawal kebosanan dan kemengantukan. Huhuhuhu



p/s: aku suka pergi kursus....sebab....er......cuba lah teka! Huhuhuhuh

Monday, May 05, 2008

160km/j

Dengar tajuk, tengok gambar. Mesti orang gerun! Bayangkanlah kelajuan kereta Iswara 1.3 sedan 1997 boleh jejak 160km/j. Siap boleh ambil gambar. Kalau tak ambil gambar, boleh jejak 200km/j. Hahahahaha (dengan nada bongkak). Ada siapa-siapa yang berani lawan?

Gambar ini aku ambil dah agak lama juga. Lebih kurang empat atau lima bulan yang lepas. Masa aku perjalanan pulang ke Johor. Seingat aku, aku ambil gambar ini di jalan Rompin-Mersing. Hebat bukan?

Lalu, aku dengan bongkaknya menghantar MMS kepada awek aku dan dua orang sahabat baik aku. Dan ini balasan yang aku dapat.

Stim: Ijam...kelajuan membunuh
Awek aku: Belum nikah lagi dah nak jadi janda...
Hazree: Ijam, dengarlah nasihatku ini, tukarlah kabel speedometer ko tu. Tak sampai pun RM30. Gaji beso, tapi kedekut nak mampus.

Ternyata Hazree benar. Kabel aku rosak. Kalau nak ikutkan kereta aku mana boleh jejak 160km/j. Boleh tanggal pintu aku. Kelajuan sebenar di waktu itu hanyalah 65km/j...

p/s: Aku sungguh syahdu bila membaca SMS dari Stim dan awek aku
p/s/s: Jangan mengambil gambar ketika memandu!!!

Wednesday, April 30, 2008

Pantai Kelulut - Bulan Mengambang Di Kala Mendung

Fuh!! Aku rasa ini tajuk tulisan aku yang paling panjang!

Pantai Kelulut. Bukan Pantai KELUTUT! Pantai Kelulut terletak di daerah Marang. Kira-kira 10 minit dari Bandar Marang atau 15 minit dari Bandaraya Kuala Terengganu. Pantai Kelulut ini menarik juga sebagai tempat melepak. Kedai makan pun ada di sini (tapi hati-hati dengan harga dan kualitinya!)

Bulan lepas, aku ada bawa pelajar Politeknik Dungun main bola tampar di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Kelulut untuk makan dan solat maghrib. Waktu itu cuaca agak mendung, dan bulan mengambang. Jadi aku sempat ambil gambar ini. Enjoy!!!



p/s: Lantak korang la kalau tak suka gambar ni. Yang penting aku suka. (Gelak dengan nada jahat lagi kejam) Muuuuhahahahhahaha

Tuesday, April 29, 2008

Pop Kuiz!!!

Masih ingat lagi rancangan Pop Kuiz? (Dengan nada seorang kaki gosip a.k.a mengumpat) Ala...yang pengacara dia Aznil Nawawi dan Rina Khan. Rancangan TV3. Dalam tahun 90-an rasanya rancangan itu.

Tapi tulisan kali ini tiada kaitan dengan pop kuiz itu. Huhuhuhuhu. Memandangkan gusi aku masih berdarah dan luka lagi, jadi, aku rasa kurang selesa untuk bercakap dan mengajar. Tapi, pada masa yang sama, aku perlu meneruskan tugas aku untuk mengajar kelas DAD5-S1 subjek Kaji Daya Bahan di Politeknik Dungun. Erm....

Jadi, penyelesaiannya, aku buat kuiz untuk pelajar DAD5-S1 ini. Kalau anda rasa hebat, bolehlah mencuba soalan kuiz di bawah. (Dengan nada seorang chef yang lembut) Selamat mencuba ye puan-puan sekalian....Huhuhuuhuhuh


Saturday, April 26, 2008

Stim Masak Stim

Aku kenal Stim (bukan nama sebenar) sudah lama. Rasanya hampir 10 tahun, sejak tahun 1999 bila mana kami sama-sama masuk ITTHO, Parit Raja, Johor (kini UTHM), ambil "degree" mekanikal. Bila sudah habis "degree", Stim terus mengajar di Politeknik Dungun (kini Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin), manakala aku sambung buat "master" pendidikan teknikal. Lepas aku habis master, aku pun terus mengajar di Politeknik Dungun.

Sepanjang aku kenal Stim, aku tak pernah tengok dia masak!!! Sejak kami duduk bersama (mulai Feb 2008), memang tiap-tiap hari aku masak. Tapi kelmarin masa aku tengah risau hendak cabut gigi, Stim menawarkan diri untuk memasak!!! Kagum aku!!!

Stim masak menu istimewa. Ikan tenggiri masak kicap dan sayur sawi goreng. Erm...boleh tahan juga. Huhuhuhuh
Aksi Stim sedang memasak dengan "pose" yang tak berapa nak lucah.

Thursday, April 24, 2008

Cabut Gigi

Aku: Argh!!! Gigi aku berlubang!!!
Stim: Gi la cabut, bongok!
Aku: Sakit ke Stim?
Stim: (Dengan nada menakutkan) Pergh!!! Sakit giler siut!
Aku: (Dengan nada cuak) Ye ke?
Stim: Betul beb. Paling sakit masa dia taruk bius
Aku: Rasa camna?
Stim: Tak terbayang beb! Dia akan cucuk jarum kat gusi ko. Dalam giler. Pastu...
Aku: Pastu apa?
Stim: Kebas beb, rasa bengkak je mulut ko.
Aku: Then?
Stim: Doktor akan suruh relek 5 minit jap. Pastu baru dia cabut
Aku: Sakit ke?
Stim: Tak, sebab dah bius kan. Tapi 5 minit lepas gigi ko kena cubut, bius hilang, masa tu....pergh! Tak terbayang sakitnya...
Aku: Gulp!!!

Malam selepas perbualan tersebut, aku terus pergi ke Klinik Pergigian Norlela. Klinik tersebut di Jalan Bunga Raya, dekat dengan Jalan Melati, Dungun




Orang tak lah begitu ramai. Sambil menunggu giliran, aku tengok TV dan baca majalah Mingguan Wanita (sedap juga majalah ni). Tiba-tiba (jeng jeng jeng)

Nurse: Roshaizul Nizam
Aku: Ye, saya lah orangnya
Nurse: Jemput masuk

Aku pun masuk bilik "pembedahan". Huhuhhuhu

Doktor Norlela: Sakit gigi ke?
Aku: Sakit. Tapi tak la sakit sangat. Denyut sikit-sikit je. Rasa-rasa dah berlubang dah gigi saya ni
Doktor Norlela: Kat mana tu?
Aku: Gigi geraham, belakang bawah kiri.
Doktor Norlela: Meh saya tengok

Doktor pun membelek-belek gigi aku

Doktor Norlela: Oooo...dua batang ni yang rosak. Yang belakang sekali dan yang depan dia.
Aku: Jadi, nak buat macam mana?
Doktor Norlela: Cabut yang depan dulu la.
Aku: Bereh

Doktor pun membius mulut dan gusi aku. Tak lah sakit sangat (haram jadah ko stim!!!). Kemudian, doktor suruh aku lepak luar lima minit. Lepas lima minit, doktor panggil aku masuk. Terus dia cabut gigi aku, memang tak rasa sakit, sebab mulut aku kebas.

Doktor Norlela: Ok, siap!
Aku: Sebatang je?
Doktor Norlela: Eh, satu-satu la. Bahaya cabut dua gigi sekaligus
Aku: Heheheheh. Ok. Err...boleh saya ambil gambar gigi berlubang saya tu?
Doktor Norlela: Ala...boleh bawa balik ni.


Pandangan hadapan




Pandangan isometrik


Pandangan atas


Aku pun bawa balik gigi aku. Nurse bagi aku ubat. Rm41 aku kena bayar. Ok la kan...

Sampai rumah aku tak rasa sakit lagi. Sampai bius habis pun tak rasa sakit sangat pun. Nampak sangat Stim pondan. Sakit sikit dah tak tahan...

p/s: Harap-harap tulisan ini boleh jadi panduan kepada siapa-siapa yang nak cabut gigi di Dungun. Klinik Pergigian Norlela buka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 9.00 pagi-1.00 tengahari, 2.oo petang - 4.30 petang, 8.00malam-9.30malam (kalau tak silap aku la). Kalau hendak kepastian, telefonlah klinik tu, 09-8481476

p/s/s: Cabut gigi tak sakit!!!

Tuesday, April 22, 2008

Basah Akhirnya

Wah..mesti semua orang suka bab basah-membasah nih..... Tapi aku tak nak cerita basah yang tu...

Pagi tadi aku bangun dalam 6.30pagi. Fuh!! Sejuk siut!! Aku mandi pun menggeletar. Lepas mandi aku jengah keluar tingkap. Mendung....

Biasanya sejak dua minggu kebelakangan ni di Dungun, bangun tidur pun rasa panas. Cuaca hangat... Tapi pagi tadi memang sejuk.

Aku "clock-in" jam 7.45pagi. Lepas tu terus pergi sarapan. Tup-tup, terus hujan. Lebat. Aku rasa lega. Lama tak hujan. Syukur...

Sekarang jam 11.12 pagi, hujan sudah reda, tapi cuaca masih mendung. Dungun jadi sejuk...

Monday, April 21, 2008

Cerita Panas....

Huh? Semua orang suka dengan cerita-cerita panas ni......
Tapi aku bukan hendak cerita cerita panas "yang tu"....
Ini cerita tentang CUACA NAN PANAS....

Kepala aku sakit giler (orang ganu kata - bapok sakit) sejak akhir-akhir ni. Mungkin disebabkan oleh cuaca panas sekarang ni. Aku perasan sudah lebih dua minggu hujan tak turun kat Dungun ni. Pokok semua jadi kuning. Siap ada belukar yang terbakar. Erm....memang panas

Tapi, itulah kuasa Allah. Ini baru panas di dunia, di akhirat nanti lagi la....

p/s: Aku takde idea nak tulis apa. Huhuhuhuhuh

Thursday, April 17, 2008

Ahhhh.....Puas

Hari ini kita belajar bahasa. Huhuhuhuhu. Berikut adalah contoh ayat dari perkataan puas.

Klasifikasi (U)
Puas aku makan hari ini. Tengahari tadi saja aku bedal empat pinggan nasi.

Klasifikasi (18SX)
Sayang puas tak ni? Kalau tak puas, jom kita buat pusingan yang ketiga...

Klasifikasi (18SG)
Isk! Aku tak puas hati betul dengan si Shahrul tu. Kalau aku jumpa dia, aku nak tumbuk hidung dia dua kali!!!

Klasifikasi (18PL)
Rancangan Misteri kali ini akan memaparkan kisah seekor pontianak yang tak puas-puas menghisap darah. (Sila baca dengan kadar perlahan)
.
.
.
Tetapi, di Terengganu puas juga mempunyai maksud yang lain. Sila baca dialog aku dengan awek aku (orang Terengganu).

Awek: Bang wei...Bi puas la..
Aku: Puas apa pulak? Kita belum makan lagi la
Awek: Bukan puas tu le bang wei
Aku: Isk!!! Kita belum kawin lagi la. Mana boleh rasa puas yang tu.
Awek: Bokpe kotor ngat otak Abang ni. Puas tu nak wat mende!!
Aku: Oh!!! Ni mesti tak puas tumbuk hidung si Shahruk ek?
Awek: Argh!!! Oooo bang. Wat mende Bi nok tumbuk muke orang!!!
Aku: Dah tu puas apa lak? Puas menghisap darah manusia ke? Huhuhuhuh
Awek: Bang.....Bi bosang la!!! Bosang!!! Boring!!! Puas!!!
Aku: Oooo...puas tu maksudnya bosan ke?
Awek: Ha la bang...
Aku: Ok lah. Jom kita gi Mydin. Shopping
Awek: Yeaaaa.....

Begitu lah maksud puas mengikut loghat Terengganu...

Monday, April 14, 2008

Dungun Nan Nyaman...

Dungun...
Dulu, tak pernah terbayang di fikiran aku akan kerja di Dungun. Tapi, tah macam mana, aku boleh berada di sini.

Terus terang aku katakan, Dungun adalah tempat yang bagus! Sebab apa aku berkata demikian?

1. Dungun tak ada kesesakan trafik. Rumah sewa aku ke politeknik tempat aku kerja jaraknya lebih kurang 5km. Jadi, kalau aku keluar rumah pukul 7.55 pagi pun, aku sempat lagi nak 'clock-in' sebelum pukul 8 pagi!!

2. Dungun ada pantai. Aku kalu boring tak tahu nak buat apa, aku pergilah ke pantai yang panjang dan banyak kat Dungun ni. Rasa tenang je (jiwanglah pula aku ni). Lagi pun aku rasa pantai kat Dungun ni cantik, laut biru kehijauan. Tapi, agak bahaya kalau nak mandi, pantai Dungun dah banyak makan nyawa. Kalau nak memancing memang sesuai. Sebab pantai dia curam.

3. Dungun bandar ketiga terbesar di Terengganu. Yup, memang betul, tapi pada pandangan akulah. Dungun bandar ketiga terbesar di Terengganu selepas Kuala Terengganu dan Kemaman. Jadi, mudah jugalah aku nak buat apa-apa urusan. Nak ke bank ke, buat kad pengenalan ke, dan sebagainya.

4. Ikan segar. Kalau kat kampung aku, ikan yang dijual di pasar mata dah merah, keras semacam je. Kalau makan rasa masin. Ini mungkin disebabkan kampung aku sangat jauh dari laut (kira-kira 80km). Tapi kat Dungun ni, ikan segar-segar belaka. Makan pun rasa manis. Isi ikan pun rasa gebu...

p/s: Itu je kot. Kalau ada lagi akan bersambung dalam bahagian ke dua

Sunday, April 13, 2008

Cari Makan Ke Cari Pasal?

Post kali ni berkisar tentang gelagat segelintir (bukan semua) pekedai makan di Terengganu.

Apa yang aku perasan, harga makanan di Terengganu ni sedikit mahal dari Johor, terutamanya di bandar-bandar Terengganu yang utama, Kuala Terenganu-Dungun-Kemaman. Kalaupun tak semua kedai yang mahal, tapi aku boleh kata kebanyakannya. Barangkali kerana limpahan minyak yang banyak di kawasan Kuala Terengganu-Dungun-Kemaman. Jadi para pekedai makan ni menaikkan harga makanan dengan anggapan pekerja-pekerja industri minyak dan gas di kawasan tersebut mempunyai gaji yang tinggi tanpa mengira golongan pekerja yang lain seperti buruh, kerani, mahupun guru. Contoh paling ketara kuih. Harga "piawai" di kawasan tersebut 40sen sebiji. Erm...

Seperkara lagi, ada segelintir kedai yang menaikkan harga sesuka hati jika diaorang tahu aku ni "orang luar". Penah sekali aku makan nasi campur di Medan Selera Batu Buruk. RM23 untuk tiga orang makan!!! Lebih kurang RM7 seorang. Walhal kami hanya makan yang biasa-biasa jer. Nasi, ikan/ayam, sayur. Penah sekali tu aku makan kat satu kedai kat Dungun ni (tapi kedai tu dah tutup dah-dah kaya kot tokei dia), kuew tiow gereng dan nescafe "O" ais - RM5.50. Dah la tak sedap. Aku masak lagi sedap! Huhuhuhuhu.

Jadi, aku kalau nak makan kat kedai yang aku tak biasa kat area Kuala Terengganu-Dungun-Kemaman, aku akan tanya harga makanan dulu. Kalau aku rasa munasabah, aku makan ah kat situ. Kalau aku rasa mahal, aku terus blah. Cara ni memang berkesan beb!

Penah sekali tu aku borak ngan Ikang (member aku sejak belajar kat ITTHO dulu), asal dari Paka, Terengganu
Aku: Kang, apsal harga makanan kat Terengganu ni mahal?
Ikang: Ye ke?
Aku: Aku selalu kena ketuk kat kedai makan siut.
Ikang: Huhuhuhuuh. Jangang katakang mung, aku pun kerap kena...
Aku: Kena apa?
Ikang: Kene ketuk ah...
AKU: Ye ke?
Ikang: Ye le. Aku buleh makang muroh kat Paka je. Sebab ramai kenal aku situ. Kalau aku gi mamang ke, ganu ke, dungung ke, kerteh ke aku kena supa mung gak jang.
Aku: Apsal jadik camtu ek?
Ikang: Tah la jang. Aku pung naik segang ngang kawang2 orang luor nih, selalu merungut pasal makang kat sini. Aku pong dok tahu nak oyak guane...
Aku: Ermm....

p/s: Kadang-kadang aku rasa cam nak cari pasal gak dengan tokei kedai makan cekik darah ni. HUhhuhuhuhuhh