Sekarang ini aku rasa BSN makin bertambah baik dari masa ke semasa. Gadis-gadis genit berbaju jingga begitu murah senyumannya dan mesra layanannya. Walaupun kebanyakan cawangan BSN masih terletak di kawasan yang agak pedalaman, tetapi suasananya dalamannya agak memikat. Air-cond sejuk, seat selasa. Selain itu, mudah bagi aku untuk berurusan dengan BSN kerana cawangannya banyak dan terletak di tempat-tempat yang agak startegik.
Dan lagi, produk BSN makin banyak dan sangat kompetitif berbanding bank yang lain. Contoh, yang aku gunakan sekarang kad kredit Al-Aiman. Dengan caj 15% setahun dan caj cash advance hanya RM50 bagi apa-apa nilai, ia amat berbaloi.
Tapi, yang aku sayang sangat dengan BSN sekarang (huhuhuhuhu) ni adalah perkhidmatan pelanggannya. Memang luar biasa bagus!
Akhir tahun lepas aku ada buat cash advance melalui kaunter di BSN Daerah Kota Tinggi. Kerana kegopohan aku, kad kredit BSN aku telah tertinggal di kaunter bank. Mulanya aku tak perasan. Tetapi, setengah jam kemudian, seorang akak (yang cun) telah menelefon aku mengatakan kad kredit aku tertinggal. Cis! Puaka aku rasa! Lalu akak tersebut berjanji untuk menyimpan kad kredit aku.
Kemudiannya, beberapa jam kemudian, seorang kakitangan BSN Kuala Lumpur telah menelifon aku bagi mengesahkan bahawa kad kredit aku tertinggal di bank. Aku mengiakan sahaja. Kemudian, beliau mencadangkan untuk aku mem"block" sementara kad tersebut untuk keselamatan. Memandangkan aku seorang yang kedekut, aku bertanya kepada beliau "kena caj ke ni?". Lalu beliau menjawab "Free of charge ! Nanti, bila Encik dah ambil balik kad kredit Encik, Encik boleh unblock." Dan aku bersetuju dengan cadangan beliau.
Aku mengambil kad kredit aku yang tertinggal di BSN Kota Tinggi pada awal tahun ini. Aku disambut dengan senyuman oleh akak yang menyimpan kad kredit aku. Sambil menghulurkan sampul surat bergam yang berisi kad kredit aku, beliau berseloroh kepada aku "Muda-muda lagi dah lupa...". Huhuhuhuhu
Setengah jam kemudian, BSN Kuala Lumpur telefon aku untuk unblock kad kredit aku. Dan aku setuju. Memang efisyen kerja BSN ni. Memang aku rasa dihargai sebagai pelanggan BSN...
9 comments:
biler tengok bsn, me teringat kete merz tewww.. biler me tengok kete merz tewww, me teringat bsn.. volleee gittewww
http://yginsaf.com/2004/12/03/not-dreaming/
bukan merc je en_me. tibi felat sekerin, moto, blender pun bole juga diingat
very good suggestion..i want to know more about it (term insurance)ijam!
Tu lah kan..Entah bila leh dapat hadiah kete besh2 tue...telan air liur je lah kan..
tikah,
nanti aku buat post khas untuk itu
pakcik,
mantapkan skill magik mu. bila dah tahap david blane, ko bole bagi caj mahal2. jadi bole la ko beli merc
kad kedit aku pong al aiman gaks..
gaji, aku guna BSN.. so malas bayo bill, BSN cut akaun aku.
he3.. ok lh.. skg ni personal loan pon lebih murah compare bank rakyat..
murah bape persen tuh?
ah..kau punya gamble nak ngorat awek tu memang bahaya.sajee je tinggal2 kan kad.
teknik yang terlampau
Post a Comment