Pages

Tuesday, February 17, 2009

Khidmat Layanan Masyarakat 2: Air Boom


Memperkenalkan satu alat ajaib. Air Boom. Suatu alat penjimatan minyak yang yang menggunakan nano teknologi. Sekali tengok macam sekeping getah je. Tapi ia sebenarnya mempunyai ion-ion negatif yang mempunyai tenaga nano sebnyak 6000cpm. Ion-ion negatif ini akan menggetarkan ion-ion positif dan ini akan menyebabkan pemindahan tenaga berlaku.


Air Boom ni bukan hanya boleh digunakan di dalam kereta, malah boleh dipelbagaikan kegunaannya seperti ini. Harga seunit Air Boom adalah RM180. Maklumat lanjut boleh lihat di sini atau boleh saja hubungi En. Khairil di talian 0139927213.

Monday, February 16, 2009

Tag ke 10

Tag lagi. Macam biasa, dari Halena

1. What is your name?
Roshaizul

2. A four letter word?
Rose

3. A boy's name?
Rosman Alwi

4. A girl's name?
Rosalinda Ayamour

5. An occupation?
Racer

6. A colour?
Red

7. Something you wear?
Reject Shop

8. A food?
Rojak Petis

9. Something found in the bathroom?
RJ Hair Shampoo

10. A place?
Rasah, Negeri Sembilan

11. A reason for being late?
eRRRRRR............

12. Something you shout?
Rosak! Rosak!

13. A movie title?
Raja Laksamana Bentan

14. Something you drink?
Roselle

15. A musical group?
Revolvers

16. A street name?
Jalan Rahman Rashim,. Kampung Dato’ Mufti, 68000, Ampang

17. A type of car?
Renault

18. A song title?
Rozana - Search

19. A verb?
Reinforce

Dedicated this tag to no one.

Thursday, February 12, 2009

Masing-Masing Masin-Masin

Kisah lama. Amat lama. Kira-kira 35 bulan yang lalu.

Pada waktu itu, aku baru di Dungun. Amat baru. Bagi memenuhi syarat-syarat lantikan kerja aku sekarang, aku dikehendaki membuat "medical check-up". Pada suatu fasa, seorang akak misi di Hospital Dungun memeriksa tekanan darah aku. Wah! Tekanan darah aku mencanak naik. Lalu beliau bertanya dengan aku beberapa soalan.

Akak Misi: Nape daroh awok tinggi ngat nih?
Aku: Tak tau la kak...
Akak Misi: Pale awok ade wase sakit dop?
Aku: Tak, segar je rasa kepala ni.
Akak Misi: Nikoh dok lagi?
Aku: Belum, bujang lagi. Duduk serumah dengan kawan-kawan satu tempat keje.
Akak Misi: Ooo...ni mesti slalu makang luor ork...
Aku: Tak jugak, makan malam biasa saya masak.
Akak Misi: (sambil menulis sesuatu) Awok makang masing-masing ni...
Aku: Makan masing-masing? Eh, tak jugak, kadang-kadang masing-masing gi makan sendiri, kadang-kadang kami pergi makan sama-masa.
Akak Misi: Bukang tu maksud saye. (sambil menyebut satu-persatu) MA-SING-MA-SING.
Aku: Huh?
Akak Misi: Bukang masing-masing yang tu, ni masing-masing, takdok huruf G blakang ye.
Aku: Owh! Masin
Akak Misi: Ho la! Masing. Awok makang masing-masing ke sampai daroh naik ni?
Aku: Err....

p/s: Darah aku ok sekarang, setelah kerap meminum teh misai kucing.
p/s/s: Kau paham tak cerita aku? Tak paham? Lantak kau la. Huhuhuhuhuh
p/s/s/s: Aku menulis kisah ini setelah terserempak dengan akak misi itu di Tabung Haji Dungun

Wednesday, February 11, 2009

Jangan Kau Berahi Pada Buah Betik Itu

*ini bukan post yang lucah ye kawan-kawan

Pertama kali tiba di Terangganu aku begitu terkesima mendengar kawan-kawan dan para pelajar aku yang gemar menyebut perkataan berahi. Owh! Di kala itu aku merasakan begitu lucah sekali orang di Terengganu ni. Tetapi, mereka tidaklah menyebut perkataan tersebut sebagai BE-RA-HI. Perkataan tersebut disebut BRA-HI atau RUA_HI atau WA-HI atau UA-HI mengikut loghat pertuturan Terengganu.

Namun, itu sebenarnya tidak membawa maksud yang lucah. Di Terengganu, "berahi" bukan satu frasa perkataan yang membawa maksud sesuatu yang lucah atau yang boleh membawa kepada kelucahan melampau. Di sini, 'berahi' adalah seerti dengan 'suka' atau 'gemar'.

Jika kau bukan orang Terengganu, dan tidak fasih menutur loghat Terengganu, jangan sebarangan kau gunakan perkataan itu di Terengganu. Contoh, "Aku berahi betul lah dengan buah betik". Jika kau degil dan melakukan perkara sedemikian, nescaya kau akan menerima nasib seperti seorang pemuda Johor; atau sesuatu yang lebih buruk akan menimpa kau. Contoh ayat tadi harus berbunyi begini, "Kite wahi ngat ngang betik".

Atau juga, lebih senang sebenarnya kau (yang bukan orang Terengganu) berkata "Aku suka buah betik".

p/s: Makan betik bersama ultraman, silalah komen.

Tuesday, February 10, 2009

Keretapi Di Terengganu

Aku kene tipu masa belajar Geografi tingkatan dua. Cikgu aku kata di Terengganu takde keretapi. Tapi, aku tak salahkan cikgu aku, barangkali ketika itu belum ada keretapi dari Kerteh ke Gebeng.Atau juga, tiada tertulis dalam buku teks mengatakan Dungun ada keretapi suatu ketika dahulu.

Setelah tiga tahun di Dungun, baru aku tahu adanya keretapi mengangkut barang dari Gebeng ke Kerteh.Setelah tiga tahun juga baru aku mengetahui secara agak mendalam kewujudan dan kesan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Kalau kau seorang ahli sejarah atau sekadar orang kampung yang minat sejarah, apabila ke Dungun kau harus melawat ke replika keretapi di Sura Gate yang terletak dipersimpangan menuju Kuala Dungun. Keretapi tersebut melambangkan kemajuan yang dikecapi Dungun pada era 30-an hingga 50-an.





Terdapat satu cerita pada bahagian bawah replika tersebut. Tapi, memandangkan henpon keluaran Yahudi yang aku gunakan adalah dari jenis yang murah, hanya perenggan pertama dapat ditafsirkan.
Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Mr Kuhara datang ke Hulu Dungun pada 1918. hasil daripada kajian tersebut, wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan itu. Ini telah mendorong Syarikat KuharaMining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong secara tidak rasmi pada tahun 1922. Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease" kepada Syarikat ini.


Sebenarnya, replika tersebut terletak di sebuah taman awam yang diberi nama Taman Mini Sura Gate. Boleh juga lepak-lepak di situ. Pada waktu malam, akan ada gerai-gerai peserta Amanah Iktiar Malaysia berhadapan taman tersebut. Makanan kat situ agak sedap pada harga berpatutan, dan suasana di situ juga agak meriah.



p/s: Kalau ada anak jati Terengganu yang ingin membetulkan atau menambah fakta di atas, boleh saja ditulis di ruangan komen.

p/s/s: Kalau kau nak tahu lebih lagi pasal keretapi di Terengganu, kau boleh pergi ke sini. Tulisan oleh En. Awang dari daerahdungun.blogspot.com

Monday, February 09, 2009

Yakin Sedap

Pada satu petang yang sepi, aku yang kelaparan teramat sangat pergi ke Kedai Makan Saiful di sebelah CIMB Dungun, keseorangan. Sementara menunggu makanan dan minuman yang dipesan tiba, aku ternampak sebotol sos cili yang begitu unik namanya.


SOS CILI YAKIN keluaran syarikat YAKIN SEDAP SDN. BHD. Tetapi, aku tidak yakin dengan logo halal yang dipaparkan pada sos cili berkenaan. Lalu aku menaip HALAL dan aku hantar ke 32728

Cis! Rupa-rupanya sijil halal sos cili tersebut sudah tamat setahun yang lalu...

p/s: Teringat aku kisah kuda terbang.

Sunday, February 08, 2009

Award Ke 3 dan Tag ke 9

Macam biasa, Halena tag aku. Barangkali, untuk menyedapkan keadaan, beliau memberi award kepada aku.

Bahagian Satu: Award
You are special, i luv u this much. Cik Nurul, jangan salah faham.





Bahagian Dua: Tag

1. Put Your I-Tunes, Windows Media Player, Etc. On Shuffle.
2. For Each Question, Press The Next Button To Get Your Answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 Friends.
5. Everyone Tagged Has To Do The Same Thing.
6. Have Fun!

Aku sedang membuka Windows Media Player

>IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Selamat Tinggal Pujaan. Penyanyi aku tak tahu. Dari album dangdut 60'an

>HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Putera Dan Bumi. Penyanyi aku tak tahu. Ni pertama kali aku mendengar lagu ini.

>WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Love Of My Life. Penyanyi Queen.

>HOW DO YOU FEEL TODAY?
Heart's Done Time. Aerosmith.

>WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Gerimis Singgah Dihujani Debu. Penyanyi ku tak tahu. Dipercayai lagu lama rock kapak.

>WHAT’S YOUR MOTTO?
Namunku Punya Hati. Revolvers

>WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Gerhana Cinta Luka. Iklim

>WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Child In Time. Deep Purple

>WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Nothing Else Matter. Metallica

>WHAT IS 2 + 2?
So Far Away. Dire Straits

>WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Diantara Gadis. Dinamik

>WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Sesat Dalam Rindu. Damasutra

>WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Cinta Untuk Nabila. Melissa

>WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Soldier of Fortune. Deep Purple

>WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Hatiku Kau Guris. Sweet September

>WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Gugurnya Bunga Cinta. Laksamana

>WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Misteri Cinta. Suhaimi Mior Hasan

>WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Sekuntum Bunga Di Gurun Sahara. Mega

>IS YOUR BIGGEST SECRET?
Hidup Bersama. Penyanyi tidak diketahui. album dangdut 60'an.

>WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Like An Angel. Penyanyi tidak diketahui. Album Sweet Rock

>WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
The Call Ktulu. Metallica

>WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Biar Putih Tulang. Dinamik

Apasal jawapan semua macam gampang? Aduss!! Tension aku, lalu aku tak mahu tag sesiapa. Huhuhuhuhuhu

Saturday, February 07, 2009

Mari Berkaroeke Bersama Roshaizul

Hari ni aku kena kerja. Cuti berganti. Cis! Malas masuk kelas, jadi aku mengadakan suatu 'take home quiz" untuk pelajar aku.

Bagi mengisi masa lapang kerana tiada lagi kelas pada hari ini, aku mengemas almari yang sudah berhabuk dan terjumpa beberapa keping CD. Lalu, aku tergerak untuk melihat kandungan CD tersebut. Owh! CD koleksi kesukaan aku tatkala belajar di Parit Raja dahulu. Macam-macam ada! (sila sebut seperti pakcik Astro dan buntangkan biji mata).

Antara banyak-banyak fail dalam CD-CD tersebut, aku terjumpa satu fail Flash karoeke lagu Love nyanyian Nat King Cole yang aku buat untuk diberi sebagai hadiah kepad Cik Nurul.

Jadi, aku dengan murah hati ingin berkongsi fail tersebut kepada korang semua. Tapi, ini versi yang telah diedit. Kalau tak edit, pasti korang akan menyatakan bahawa aku seorang mamat yang jiwang! Huhuhuhuhuhu

p/s: Fail tersebut dalam bentuk *.exe. Ia bukan virus. Ia adalah fail Flash versi "stand alone".

Thursday, February 05, 2009

Nota J3008 Mekanik Bendalir Politeknik Malaysia

Berikut adalah nota bagi subjek Mekanik Bendalir J3008 Politeknik Malaysia. Nota dalam bentuk *.pdf

unit 0
unit 1
unit 2
unit 3
unit 4
unit 5
unit 6
unit 7

Untuk memudahkan proses download, boleh saja download semua di atas dalam bentuk *.rar. kalau takde winrar, boleh download dulu di sini.

Nasi Goreng Sepuluh Suap 3

Ada suatu hari yang sejuk, aku kembali semula ke kedai nasi goreng 10 suap di pantai Dungun bersama Pais dan Jack. Lalu sempat aku merakam gambar bahagian atas kapal itu dengan menggunakan henpon cap kambing gurun.



Setelah puas bergambar, kami pun duduk dan seorang gadis genit datang mengambil pesanan. Lalu aku pun memasan air kopi "o"panas, Jack memesan ho...ho...horlick panas, dan Pais memesan teh o ais berserta nasi goreng kampung + telur mata.

Sementara menunggu, aku sekadar mendengar Jack dan Pais berbincang tentang bisnes mereka. Aku sekadar ternganga, maklum la, aku bisnes kerepek je, untung seringgit dua je. Huhuhuhuhu.

Kira-kira 10 minit kemudian, gadis genit tadi sampai membawa dulung makanan. Pais agak tergamam melihat diameter nasi goreng beliau hampir sama dengan diameter telur mata. Ternyata Pais mengakui kebenaran aku tatkala membaca bahagaian pertama kisah ini.

Aku dan Jack juga terkejut bila meminum air yang kami pesan. Terasa bagai air tersebut baru keluar dari peti ais, walhal kami memesan air yang panas. Barangkali cuaca dingin pada waktu itu mempengaruhi suhu air tersebut...

Dan ternyata aku masih belum berpuashati dengan kedai tersebut...

Wednesday, February 04, 2009

Iklan Layanan Masyarakat 1

Memandangkan ramai rakan-rakan aku berniaga, jadi, aku dengan sukacita ingin mengiklankan secara percuma perniagaan mereka di dalam blog aku yang tak berapa popular ini. Lalu, setiap tajuk post akan berbunyi "Iklan Layanan Masyarakat"

Iklan yang pertama dari En. Pais. Beliau mencari kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat yang tersenarai di bursa Malaysia, untuk berkongsi satu perniagaan dengan beliau.

Walaupun beliau kini bekerja di Melaka, tinggal di Parit Rja dan berasal dari Shah Alam, beliau sanggup bertemu dengan mereka-mereka yang berminat di seluruh semenanjung Malaysia.

Beliau boleh dihubungi terus melalui 019-711 9369.

Rupa paras beliau adalah seperti gambar di bawah (sebelah kanan). Sebelah kiri gambar adalah Jack. Namun, Jack bukanlah warganegara Eropah, tapi, Jack adalah orang Jawa yang sejati. Jack merupakan rakan kongsi Faiz.

Tuesday, February 03, 2009

Johor vs Kelantan

Sudah sinonim, PAS dan Kelantan. Barangkali sinonim juga UMNO dan Johor. Kelihatan agak janggal juga bila seorang pemuda Johor adalah pengikut PAS. Juga kelihatan canggung jika seorang pemuda Kelantan adalah ahli UMNO. Hinggakan ada cakap-cakap mengatakan "kat Johor, letak tiang lampu jadi calon UMNO pun boleh menang". Atau ada suara-suara sumbang berbunyi "kat Kelantan letak batang buluh jadi calon PAS pun boleh menang".

Pemuda di atas adalah pemuda Johor. Memandangkan beliau adalah pegawai kerajaan, aku terpaksa menghitamkan mata beliau supaya beliau tidak dikenali.

Barangkali persamaan antara orang Kelantan dan Johor ni adalah atas dasar kenegerian mereka ketika berada diperantauan. Amat mudah rasanya untuk melihat orang Kelantan berkumpul dan berbual menggunakan loghat Kelantan seperti gambar di bawah ini. Juga, mudah rasanya untuk melihat sekumpulan pemuda Johor duduk mengeteh selama berjam-jam di kedai makan.

Monday, February 02, 2009

Al-Kisah Parit

Al-kisah, kalau di Johor atau Selangor atau Perak yang mempunyai komuniti Jawa pasti terdapat beberapa tempat yang dinamakan "Parit" yang barangkali seerti dengan "kampung". Contoh, Parit Raja, Parit Jawa, Parit Bugis, Parit Rasipan dan Parit dibelakang rumahku (huhuhuhuhu).

Al-kisah, pernah dulu aku bertanya kepada En. Sani Supar yang gagah. "Abah, apsal tempat-tempat orang Jawa dinamakan parit?".

Lalu, En. Sani Supar menjawab "Orang Jawa ni gagah berani. Dulu, diorang datang ke semenanjung dengan tangan kosong. Tapi diorang datang secara berkumpulan. Diorang ni datang semenanjung dan teroka hutan-hutan kat sini. Biasanya, tempat diorang teroka tu tempat yang orang lain (pada waktu itu) taknak duduk. Biasanya diorang teroka kawasan lembah atau paya yang mudah dilanda banjir.

Bagi mengelakkan kekerapan dilanda banjir, mereka membuat satu pakatan (bukan pakatan rakyat ye kawan-kawan). Dimana, setiap tuan tanah (peneroka) mesti membuat parit dihadapan tanah beliau. Dan parit tersebut akan disambung oleh tuan tanah bersebelahan. Dan rantaian parit ini sambung-menyambung hingga ke anak sungai. Jika didapati tiada tuan tanah pada kawasan-kawasan tertentu, tuan-tuan tanah yang "separit" ini akan bergotong royong menggali parit di kawasan berkenaan."

En. Sani Supar bercerita sampai di sini. Perenggan berikutnya adalah merupakan teori oleh anak kedua En. Sani Supar.

Memandang teknik ini digunakan secara meluas untuk menangani banjir pada ketika itu, maka, muncullah begitu banyak jenis parit. Lalu, bagi memastikan parit sesuatu kawasan itu kedengaran unik, maka diberikan nama bagi setiap parit. Lalu wujudlah bermacam-macam nama parit di seluruh pantai barat semenanjung Malaysia.

Al-kisahnya juga, kerja-kerja sengaraan menggali parit kini tidak lagi dilakukan oleh tuan-tuan tanah. Mereka kini lebih gemar meminta Jabatan Pengairan Dan Saliran untuk mendalamkan parit-parit mereka. Kata mereka "Eh, aku dah sokong kerajaan, jadi sekarang kerajaan kena tolong aku la pulak".

Begitulah al-kisah parit...

Sunday, February 01, 2009

Award ke 2: Freindship Award

Gila babi hari ni. Tak pernah aku buat 3 post satu hari. Ini rekod. Semua gara-gara aku banyak berhutang tag dari halena. Kali ni halena memberikan aku award


Dan dengan sukacita aku memberi award ini kepada follower aku (yang tak berapa ramai) dan blog-blog yang ada dalam senarai "Blog Lain Yang Best"

Tag ke-8

Dan lagi, tag dari halena

Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.

1. The age of next birthday
28. Dah tua dah aku. Kawin tak lagi. Owh!
2. Place I'd like to visit
Belanda. Selalu kita dengar peribahasa "belanda minta tanah". Ni aku nak minta tanah belanda!
3. A favourite place
Pantai. Owh! Sungguh damai
4. A favourite food
Nasi paprik. Hinggakan Cik Nurul tak perlu tanya "Abg nak makan apa?"
5. A favaorite thing
Tiada. Tak tahu kenapa
6. Nickname I had
Gagakhitambersepuhemas. Jangan tanya kenapa!
7. A favourite colour
Biru.
8. Collage Major
Mekanikal - Loji. Bukan loji tahi ye kawan-kawan...
dan pendidikan teknikal
9. Name of my love
Cik Nurul. Nama beliau hampir sama dengan jaguh menembak negara.
10. Hobby
Membaca. Bukankah membaca itu jambatan ilmu?
11. A bad habit
Suka bertangguh! Owh, durjana sungguh rasanya
12. My wishlist
Nak jadi kaya. Bukan kaya pandan atau kaya roti. Tapi kaya macam raja! Hahahahaha (Gelak stail orang kaya)

Itu saja, dan aku tanak tag sesiapa

Tag Ke-7: Sexy Or Seksa?

Sekali lagi. Tag dari halena.

Tag ini memerlukan aku menunjukkan 3 gambar aku yang dirasakan paling seksi, dan perlu juga diberikan "caption" terhadap gambar tersebut. Tapi, aku ingin memberikan EMPAT gambar aku yang paling seksi. Huhuhuhuhu
Caption bagi keempat-empat gambar sama. Ia diambil kira-kira 6 tahun nan lampau di Taman Manis, Parit Raja, Johor. Dan barangkali ini sahaja gambar kenang-kenangan aku pada ketika itu. Barangkali juga Cik Nurul terpikat dengan aku setelah melihat gambar-gambar ini. Amacam? Seksi tak? Dan seperti biasa aku tidak mahu tag sesiapa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin