Kali kedua aku bermain bowling. Kali pertama kira-kira empat atau lima tahun yang lampau. Aku bermain bowling atas tajaan salah seorang bos aku, di KTB Bowl di Astaka Kuala Terengganu. Tapi, pada hemat aku, KTB Bowl ni boleh la juga dianggap cap ayam kerana ia hanya mempunyai 10 lorong sahaja.
Dan lagi, permainan hebatku senantiasa tergangu, oleh kerana terdapat agak banyak kegagalan sistem di situ.
Ganguan makin bertambah kerana secara tiba-tiba para pekerja di situ ingin membersihkan lorong, kononnya.Aku merasakan KTB Bowl menggunakan barang second hand. Oleh yang demikian, banyak peralatan yang tidak boleh berfungsi secara optimum.
Oleh sebab-sebab yang di atas, aku hanya mampu menjatuhkan kira-kira 120, 80 dan 140 pin bagi tiga game. Tapi, yang best kat sini orang tak berapa ramai, amat sesuai bagi newbie. Kiranya taklah segan sangat apabila bola masuk longkang atau masuk lane sebelah atau terpelanting ke belakang.
Kalau kau suka main bowling, tapi tak berapa pandai main, boleh la ke sini. Harga seperti tertera di atas.
6 comments:
aku 3rd time main boling,kasut boleh tecabut time nak baling boling tu.ape citer?
aku maw fight kau...ada berani???
@zairi,
huhuhu, kiranya aku lagi terre ah
@halena,
bila?
bila2 je free...hee~~
Duk kutuk dalam ni buat pe.. bazir air liur je...
Co g kutuk depan kt bowl.. x pun g ngadak taukey tempt tu..... bru lh aku tabit.
1- Tak bazir air liur, bazir elektrik memang ya.
2- Ini post lama, 5 tahun lepas. Barangkali KTB Bowl sudah banyak peningkatan positif
3- Ngadak @ menghadap?
4- Tabit @ tabik @ tubik?
:-)
Post a Comment