Surau Hj Mat Kerinci ni terletak di antara Dataran Shahbandar dan Astaka Kuala Terengganu. Menariknya surau ini, bahagian sembahyang lelaki dan perempuan sama besar luasnya.
Tetapi, yang peliknya di surau ini, pengunjung dikenakan bayaran 20 sen untuk masuk ke tandas surau. Barangkali bertujuaan untuk menampung kos penyelenggaraan dan pembersihan tandas. Tetapi, kebersihan tandasnya tidak seperti yang aku harapkan.
Lagi yang menarik tentang surau ini, aku tidak berasa panas ketika bersembahyang di dalamnya walaupun pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2 petang. Barangkali kerana aliran pengudaraan yang mantap, atau bahan binaannya atau kedudukannya di tepi laut atau kesemua sebab tersebut.
Lebih menarik tentang surau ini, terdapat ukiran seni pada sesetengah bahagian. Walaupun nampak biasa, tetapi pada aku ia memang menarik.
Aku rasa surau ni juga boleh dijadikan tarikan pelancong di Kuala Terengganu. Malangnya aku rasa tiada usaha dilakukan ke arah itu. Malah ini merupakan kunjungan aku yang pertama ke surau ini walaupun amat kerap kiranya aku ke Dataran Shahbandar atau Astaka.
8 comments:
macam pernah pergi je..ntah dah lupe!hee
ukirannya menarik
ape tujuan ko g KT jam?huahuahua...tp bagus...cepat la skit...kawan kita mawi pon dah settle...aper lg ko tgu..?hehhehe
@halena,
isk,isk,isk
@mongkut,
memang menarik beb
@pais,
aku pergi rombongan sambil belajar
promosi tewwww.. usaha yg baik harus diteruskannns..
silalah datang...
pun 1st time ada suru kena bayar duaposen masuk tandas ni.heran aku.
padang astaka adalah stesen bas express suatu ketika di tahun 2009.
Dimana ramai pelancong bukan jemaah surau mahu tumpang kencing.
caj 20sen untuk mngurangkan penggunaan tandas?
sebagaimana pengguna higway sedaya upaya mengelak laluan bertol?
Post a Comment