Pages

Wednesday, April 29, 2009

Mesin-Mesin Ajaib Untuk Dijual

Semalam, tamat sudah pameran projek semester akhir pelajar diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Dungun. Bermacam-macam mesin yang ajaib fungsinya dan pelik rupa parasnya.

Berikut antara mesin-mesin ajaib yang dihasilkan. Kita mulakan dahulu dengan projek-projek di bawah seliaan aku.


Mesin pengering ikan ajaib!!!
Mesin untuk mengeringkan ikan kering. Apabila cuaca cerah, ia akan terjulur dari oven. Apabila cuaca gelap, atau hari hujan, buzer akan berbunyi dan pengguna perlu berlari-lari anak untuk menekan butang supaya tray yang terjulur itu dapat dimasukkan kembali ke dalam oven. Seterusnya oven akan mengeringkan ikan itu


Mesin pemberi makan kucing automatik!!
Kalau kau ada kucing, tetapi malas memberi makan kepada kucing ini, kau harus menggunakan mesin ini. Makanan akan masuk sendiri ke dalam bekasnya apabila kucing kau terasa lapar. Hebat bukan?


Mesin pencucuk bebola ikan automatik
Owh! Minta maaf Haris, Saiful and the geng. Aku lupa nak ambil gambar mesin ajaib kau. Tetapi, mesin kau yang paling berjaya. Tahniah aku ucapkan!

Disamping itu, terdapat juga mesin-mesin ajaib yang mendapat sedikit khidmat nasihat aku,

Kincir angin
Ini kincir angin jenis horizontal. Tapi hanya kipas sahaja yang direka. Bila ditanya kepada penyelia mereka mengapa hanya kipas sahaja direka, beliau menjawab, kepala budak-budak boleh keluar darah kalau aku suruh di buat gearing dan power transmission


Mesin ajaib yang boleh memasukkan minyak gearbox dengan satu suis sahaja!!!
Jika dijual, pasti mesin ini menjadi rebutan tauke-tauke bengkel. Ye la, tak payah susah-susah nak pam minyak masuk gear box



Mesin pemampat spring kereta.
Budak-budak yang buat mesin ni pening-pening lalat nak buat analisis. Huhuhuhu


Mesin untuk menjujus brek kereta.

Kau tahu apa maksud menjujus? Tak tau? Kau tanya Dewan Bahasa dan Pustaka


Mesin mengangkat tayar lori.
Sungguh efisyen mesin ni. Tak perlu kau terkangkang untuk menolak tayar lori.


Juga, terdapat beberapa mesin ajaib yang lain, yang menaraik pada padangan aku.

Lelabah robot.
Best layan robot ni jalan. Dia punya best tu sama macam layan tiger show, agaknya la. Huhuhuhu


Motor roda 3.
Aku nak hadiahkan bapak aku menatang ini sempena hari jadi beliau yang ke 58 nanti. Pasti mudah bapak aku nak membawa pisang-pisang beliau.


Mesin pembuat keropok lekor.
Ini mesin yang paling ajaib. Masuk je ikan, terus jadi keropok lekor rebus. Siap boleh makan. Tinggal cari sos cili je.


Kuasa matahari
Menjana elektrik dari kuasa matahari. Tetapi, arus dia tak berapa kuat. Sekitar 2mA je. Tapi, ini inovasi yang menarik.


Troli ajaib.
Memang ajaib troli ni. Bila berat barang mencecah 25kg, terus mesin motor beroperasi untuk menolak mesin ni. Sesuai untuk makcik-makcik kantin yang tak larat nak tolok troli di pasaraya.

Mesin skodeng dalam air.
Mesin ini boleh masuk dalam air, dan mengambil gambar keadaan di bawah sana. Kalau kau berniat jahat, kau boleh memiliki mesin ini untuk skodeng gadis-gadis mandi di kolam renang. Kalau kau berniat baik, kau boleh gunakannya untuk cari henfon kau yang jatuh dalam air tatkala kau gelojoh menyauk ikan.

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Aku Adalah Pengarah Politeknik


Ada satu surat dari bank yang menujukannya kepada aku. Ternyata bank itu silap. Aku bukan pengarah. Aku hanya seorang pencacai...

Apa kata anda?

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Tuesday, April 28, 2009

ABC Tunjuk Langit, Nasi Ayam Gebu Membukit

Jalan-jalan bersama Cik Nurul ke Kuantan hujung minggu yang lalu. Singgah sebentar di Indera Mahkota untuk menyerahkan netbook kepada Cik Ayu yang merengek-rengek meminta Abang Ijam beliau membelikannya.

Oleh kerana badan terasa letih ditambah lagi dengan syaitan bergayut-gayut dikelopak mata, aku membawa kedua-dua cik tersebut untuk menjamu selera di sebuah kedai yang sederet dengan Bank Rakyat dan 7-11 Indera Mahkota.

Aku memesan nasi ayam, kerana aku lihat ramai orang beratur untuk mendapatkannya. Apabila nasi itu masuk kedalam mulut aku...fuh!!! Sungguh lembut, gebu dan enak berkrim. Memang sedap nasinya, walupun ayamnya hanya mempunyai rasa yang biasa sahaja.


Manakala Cik Nurul memesan ABC. Tanpa beliau sangka, ABC tersebut begitu unik. Tegak menjulang rupa parasnya. Ramuanya cukup mewah dangan segala macam manisan dan jeruk. Rasanya pun sangat sedap, manis. Cuma kurang sesuai untuk pesakit kencing manis.



Aku syorkan kau pergi ke kedai ini untuk memesan kedua-dua menu tersebut. Memang sedap dan menghairahkan.

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Sunday, April 26, 2009

Stesen CNG Petronas Teluk Kalong

Kepada orang Kemaman dan Kerteh, ada berita baik untuk kau. Stesen minyak Petronas di Teluk Kalong sudah menjual Compressed Natural Gas (CNG). CNG ni adalah bahan bakar bagi Natural Gas Vehichle (NGV).



Dengan kadar RM0.68 seliter (ye ke?) sudah pasti CNG lebih menjimatkan berbanding petrol yang berharga RM2.70. Juga, kerana kau memasang CNG kit pada kereta kau, kerajaan yang prihatin (ye ke?) sudi mengurangkan cukai jalan kau sebanyak 25%



Kalau kau pencinta alam sekitar yang sejati, kau harus mamasang CNG kit pada kereta kau. Pembakaran CNG lebih lengkap dan menghasilkan hampir sifar gas berbahaya seperti Oxygen Monoxide dan Carbon Diokside.

Tapi, aku masih tidak mahu menggunakan NGV sebagai bahan bakar kereta aku. Sungguh tidak efisyen untuk aku mengisi CNG di Teluk Kalong yang berjarak 45 minit perjalanan dari Dungun.

Kalau kau orang Kemaman dan Kerteh yang bersungguh-sungguh untuk memasang CNG kit, kau boleh berkunjung ke sebuah kedai berhampiran Risda Kemaman.

p/s: Ini bukan Iklan Layanan Masyarakat ye...

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Wednesday, April 22, 2009

Apabila Kura-Kura Lebih Laju Dari Celcom Bradband

Sudah masuk bulan kedua sebenarnya aku melanggan Celcom Broadband yang dipacu oleh modem cap Huawei. Pada aku Celcom Broadband tidak seperti yang aku harapkan...

Walaupun aku melanggan pakej 3G yang kononnya berkelajuan 3.6 Mbps, namun purata kelajuan yang mampu dicapai hanyalah sekitar 50-100 kbps. Pada tahap kura-kura seperti sekarang ini, kelajuannya hanyalah antara 0-20 kbps. Apa yang mampu aku buat dengan kelajuan sebegitu? Seingat aku, kadar kelajuan maksimum yang pernah dicapai adalah sekitar 500 kbps. Ternyata jauh dari kadar 3.6 Mbps.

Jangan kau terpedaya dengan iklan Celcom yang mengatakan broadband mudah alih mereka sepantas tahi bintang yang pantas berlegar-legar di alam semesta. Aku hanya percaya bahawa Celcom Broadband adalah sepantas tahi yang berputar dalam mangkuk jamban jenis duduk apabila tombol flush ditekan. Huhuhuhuhuhu....

Namun, sehingga ke detik ini, aku tidak berkira-kira untuk menukar ke kaedah mengakses internet yang lain. Sesungguhnya, di Dungun ini hanya Celcom Broadband dan Streamyx sahaja yang boleh beroperasi. Dan lagi, aku tidak menggemari Streamyx kerana kos permulaannya yang lebih tinggi dan kau perlu memberi komitmen kepadanya selama setahun.

Erm....

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Kucing Dua Mata

Apa kejadah la tajuk ni. Kucing memang dua mata. Ada ke kucing 3 mata? Kalau ada, itu kucing jin namanya. Ada ke kucing 1 mata? Kalau ada itu kucing lanun namanya.

Owh! Silap. Sepatutnya post ini bertajuk "Kucing Yang Mempunyai Dua Warna Mata"


Mula kucing tu gesel-gesel kat kaki aku. Aku rasa macam nak lambung beliau kemudian tendang sekuat hati, macam penjaga gol sepak beliau. Tetapi, bila aku terpandang beliau, hati aku menjadi sayu.

Gambar kucing itu diambil di sebuah kedai makan yang terletak di lampu isyarat menuju UiTM Dungun...

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Tuesday, April 21, 2009

Sapok Biki, Tumbuklah Gigi Gerahamku...

Gigi aku sakit. Tak boleh buat kerja. Jiwa kacau. Tu yang lama tak kemaskini blog ini. Owh! Sungguh pengalaman yang tidak indah. Jika Sapok Biki ada di sebelah aku, sudah pasti akan aku suruh beliau menumbuk gigi geraham aku yang berlubang ini.
Jika tumbukan pemenang pingat emas tinju lightweight Sukan Komenwel 1998 itu tidak berkesan juga, akan ku pinta Mike Tyson pula yang menumbuk gigi geraham aku.

Tetapi adalah diharapkan supaya Mike Tyson tidak menggigit telinga aku.

Sebenarnya, gigi ini lama dah berlubang. Di kesan lama dulu, setahun nan lampau. Tetapi kerana sikap bermalas-malasan aku, diabaikan sahaja gigi yang berlubang itu. Akhirnya, aku betul-betul tak tahan pada jam 10.00 malam. Terus aku memandu dengan gaya Alex Young menuju ke klinik pergigian Norlela.


Doktor tu dah nak nak tutup klinik,
Aku: Doktor! Tolong! Gigi saya sakit!
Doktor: Saya nak tutup dah ni...
Aku: Tolonglah doktor, sakit sangat ni, tak boleh buat kerja, rasa nak lompat bintang 1500 kali je.
Doktor: Ok la...nga nga sikit.
Aku: Aaaaa
Doktor: Geraham bongsu.... bengkak teruk tu. Sakit ke?
Aku: Kalau tak sakit, saya tak ke sini.
Doktor: Jap ye,
(Beliau menyediakan ubat-ubatan aku)

Doktor: Ni ada 4 jenis ubat, yang ni makan 3 kali sehari...bla...bla...bla...bla...
Aku: Ni berapa hari boleh baik ni.
Doktor: 3 hari je, sebab saya bagi awak ubat banyak ni.
Aku: Oooo..ok, berapa hengget ni?
Doktor: 25 hengget.

Aku pulang, nak makan ubat yang aku beli. Setengah jam juga aku baca arahan pada sampul ubat tu. Tu la, doktor cakap kau berangan!!! Lalu, aku dengan nekadnya makan ubat-ubatan tersebut...


Tiba-tiba aku rasa mengantuk dan khayal. Agaknya ni rasa makan pil kuda. Terus aku tertidur....zzzzzzzzzz

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Thursday, April 16, 2009

Iklan Layanan Masyarakat 8: Gambar Konvo PSMZA

Satu lagi iklan layanan masyarakat sempena konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Kalau kau, para graduan Politeknik Dungun yang ingin mengabadikan gambar kenangan kejayaan, boleh saja ke gerai no.12, Sasmeta Photo. Harga RM80 yang mengandungi pakej
1- Gambar seorang 1 keping 8R
2- Gambar seorang 1 keping 4R
3- Gambar bersama keluarga 1 keping 8R
4- Gambar bersama keluarga 1 keping 4R
5- CD
6- Kos penghantaran pos.

Berikut adalah hasil kerja Sasmeta




Lagi hasil kerja Sasmeta, klik disini

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Iklan Layanan Masyarakat 7: Teddy Bear Convo

Minggu depan, Pesta Konvokesyen akan berlangsung di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Pada kesempatan itu, rakan-rakan aku membuka gerai jualan, dan mereka meminta aku untuk mempromosikan gerai mereka di blog ini. Gerai mereka bernombor 28. Antara barangan yang dijangkakan hangat di gerai itu adalah Teddy Bear Convo. Hanya RM10 sahaja.

Berikut adalah reka corak teddy bear yang ada...


1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


11

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Tuesday, April 14, 2009

Air Minuman Ustaz Khairi

Kalau kau di Pantai Timur, pasti sudah biasa mendengar, mengetahui dan menikmati Air Minuman Ustaz Khairi. Biasanya air ini dibotolkan dalam botol yang besar (10 liter barangkali).

Tapi kini Air Minuman Ustaz Khairi datang dalam pek dan botol baru. Botol 500ml. Harga air tersebut RM16 sekotak. Sekotak mengandungi 24 botol.




Kalau kau ingin mendapatkan Air Minuman Ustaz Khairi dalam pek baru ini, boleh menghubungi aku (roshaizul) di talian 019-7223166. Harga RM16 tu adalah harga maksimum, bergantung kepada berapa jumlah kotak yang hendak dibeli.

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Peminat Sejati 3

Suatu malam yang lain di Taman Permint, Dungun...

Taksub mereka dengan lakonan Erra Fazira, barangkali. Aku tak tahu kenapa. Ternyata mereka sehati sejiwa.

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

Sunday, April 12, 2009

Runtuhkan Jambatan Itu!!!

Setelah berjaya menenggelamkan kapal, aku menjalankan satu lagi misi kemusnahan. Misi tersebut dinamakan "Runtuhkan Jambatan Itu". Tapi, misi ini bukanlah untuk tujuan peperangan atau khianat, tetapi ia adalah projek yang aku beri kepada pelajar Diploma Automatif semester 5 dagi subjek Kaji Daya Bahan.

Pelajar aku dikehendaki membina sebuah jambatan menggunakan hanya kayu penyepit baju dan gam sahaja. Saiz jambatan pula, ikut suka hati kau la, yang penting jambatan itu mampu kau bawa masuk ke dalam kelas.

Objektif projek. Jambatan itu tidak runtuh jika diletakkan satu batu bata, tapi MESTI runtuh apabila diletakkan 2 batu bata.




Kebanyakan kumpulan berjaya mencapai objektif itu. Namun, ada satu kumpulan yang jambatan mereka tidak runtuh walaupun diletakkan empat batu bata. Ajaib sungguh...huhuhuhu.

Berikut jambatan-jambatan yang berjaya dirobohkan!














Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin