Thursday, January 08, 2009

Daniel Yang Celik IT


Budak itu bernama Daniel. Beliau berusia 6 tahun. Beliau lahir dan membesar di Kuantan. Sesekali beliau akan ke Bandar Tenggara untuk berjumpa datuk dan nenek beliau. Selain itu, beliau gembira berada di Bandar Tenggara kerana di situ terdapat komputer usang milik bapak saudara beliau. Bapak saudara beliau adalah penulis blog ini.

Ternyata beliau celik IT berbanding bapak saudara beliau. Beliau mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi pakar IT apabila dewasa nanti. Pada ketika gambar ini diambil, beliau sedang mencari-mencari folder game yang telah disembunyikan oleh bapak saudara beliau. Apabila sudah berjumpa folder tersebut, beliau bermain game Mario Forever dan Stick Fighter.

Setelah gambar ini diambil, beliau bertanya kepada bapak seaudara beliau.
Daniel: Pak Ngah amek gambar Daniel ek.
Bapak Saudara Daniel: Aah. Kenapa?
Daniel: Boleh masuk dalam komputer ke?
Bapak Saudara Daniel: Boleh...
Daniel: Masuk ah gambo Daniel dalam komputer ni.
Bapak Saudara Daniel: Tapi kena ada bluetooth. Komputer tu takde bluetooth
Daniel: Ooooo....

Kemudian beliau berlari keluar rumah kerana terdengar bunyi loceng aiskrim...

4 comments:

zairi said...

budak2 skang dah bijak2.anak aku pun selamba jawab tipon kalau ada calling.tapi dia jawab dalam bahasa german laa.baru umur 2thn3bln tu.

Anonymous said...

huhuhuhu. kecik2 lagi dah pandai cakap jerman!

en_me said...

kawan bapak saudara daniel: pakai usb cable larrr.. ekeke

Anonymous said...

owh, usb cable pon takder....