Sunday, November 30, 2008

Ni Johor Punya Cerita

Taknak tulis banyak-banyak. Korang tengok keratan akhbar Sinar Harian kat bawah ni...

p/s: Walaupun aku kerja kat Terengganu, tapi, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Penilaian Berterusan J3009 (DAD5-S1) dan J3008 (DEM3-S2)

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah markah penilaian berterusan bagi subjek

KAJI DAYA BAHAN 1 (J3009) - DIPLOMA AUTOMOTIF DIESEL 5 - SEKSYEN 1
MEKANIK BENDALIR (J3008) - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK 3 -SEKSYEN 2

Diingatkan bahawa penilaian berterusan ini hanya mewakili 50% peratus dari markah keseluruhan. 50% lagi adalah dari markah peperiksaan akhir.

Diingatkan juga, jangan cuba meniru mahupun membawa toyol ataupun jin ketika peperiksaan akhir berlangsung.

Semoga berjaya! May force will be with you (bayangkan En. Yoda bercakap sambil menghunus pedang Jedi beliau)

Friday, November 28, 2008

Sejuk Menyucuk Tulang

Sekarang musim tengkujuh. Di Dungun ni dalam seminggu hanya sehari dua sahaja aku akan tengok matahari. Selebihnya mendung, gerimis atau hujan lebat. Cuaca menjadi sejuk, kadang-kadang rasa malas je nak mandi. Huhuhuhuh. Tapi yang best time hujan-hujan ni, badan tak lah berpeluh sangat, jadi, rasa segar sokmo dan kerja pun menjadi lebih efisyen.

Cuma, aku berharap cuaca menjadi cerah menjelang raya haji ni. Nak balik Johor. Dengan ketiadaan penyaman udara pada Iswara aku, memang agak sukar untuk memandu di kala hujan. Dan lagi, mengikut pengalaman aku jalan akan menjadi licin tatkala hujan dan akan melambatkan perjalanan aku. Paling ditakuti...banjir. Harapnya tahun ni banjir tidak seteruk tahun-tahun yang lalu. Kerana pengalaman meredah banjir untuk pulang ke Bandar Tenggara begitu mencabar kekuatan mental dan fizikal.

Thursday, November 27, 2008

Ko Makan Ke Melantak?

Berikut adalah hasil apabila aku habis makan...


Ramai kawan-kawan semeja makan sering hairan dengan gambo tersebut. Fuh! Licin Jam! Lapar betul ni nampaknya.

Sebenarnya, itu sudah menjadi tabiat aku. Sejak kecil aku di didik untuk tidak membazirkan makanan. Satu ayat bapak aku yang selalu aku ingat "Abah cari duit penat-penat, ko senang-senag je nak membazir, nak buang makanan tu"

Ini bukan soal gemuk atau kurus. Juga bukan soal kedekut dan bakhil. Ini soal sikap. Aku akan pastikan aku betul-betul lapar, baru aku pergi makan. Dan lagi, aku tanak jadi setan. Kan membazir itu amalan setan.... huhuhuhuhuhu

Wednesday, November 26, 2008

Owh! Aku Tertipu...

Pada suatu hari nan indah, aku ke You Hoe Dungun untuk membeli bekalan air kotak. Menurut papan tanda harga, air kotak Marigold Lemon Tea berharga RM15.50. Namun apibala aku ingin membayarnya di kaunter, harganya menjadi RM18++. Owh.....Sungguh durjana rasanya...

Monday, November 24, 2008

Jangan Engkau Membunuh Diri Engkau Sendiri

Sudah dua hari berturut-turut Buletin Utama TV3 memaparkan kejadian orang yang hendak mematikan diri sendiri. Yang menarik dua kejadian tersebut berlaku di Terengganu, satu di Kuala Terengganu, dan satu lagi di Hulu Terengganu. Menarik juga kedua-dua kejadian dilakukan oleh wanita.

Ada seorang sahabat aku di Bandar Tenggara pernah bekerja sebagai MA di Hospital Tampoi. Beliau mengatakan kebanyakan wanita yang berada di situ adalah disebabkan kekecewaan terhadap CINTA, dan kebanyakan dari mereka juga cenderung untuk membunuh diri. Manakala, kebanyakan lelaki yang berada di situ disebabkan masalah WANG dan mereka ini biasanya kelihatan tidak bersemangat untuk hidup.

Aku percaya, jika kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, perkara ini tidak akan berlaku. Bukan ke membunuh diri itu haram?

Dan lagi, sesiapa yang cuba membunuh diri akan didakwa di bawah Akta 309 kanun keseksaan.

Jadi, pikir panjang ye untuk membunuh diri..

p/s: Sila baca post ini dengan nada serius!!!! Huhuhuhuh

Sunday, November 23, 2008

CIDOS

Salam kepada semua pensyarah politeknik dungun. berikut adalah link untuk download tutorial asas CIDOS. Enjoy!!!

Saturday, November 22, 2008

Misi: Mencari Kedai Makan Untuk Sarapan Pagi

Sebagai orang bujang, hidup agak tidak terurus. Segalanya "main redah je", "belasah je lah", "pon boleh".

Cuma, sesekali agak teratur bila ada mak aku kat Bandar Tenggara menelifon. "Wes mangan Jam?". "Alamak Mak, lupa nak makan la..."

Atau, boleh juga seorang gadis idaman di Kuala Terengganu menelifon "Abang dah mandi ke?". "Alamak! Lupa nak mandi la..."

Dan pagi tadi, ketidak urusan kehidupan aku makin terserlah. Setelah bangun jam 10 pagi, aku terkocoh-kocoh bersiap kerana aku dijadualkan untuk mengajar jam 11. Setelah mandi dan bersiap lebih kurang, aku keluar rumah jam 10.15 pagi.

Kerana perut menyanyi-nyanyi dangdut, maka dengan senang hati aku ke kedai Selera Selatan. Cis!!! Tutup!!! Lalu aku dengan pantasnya bergeges ke kedai makan di sebelah stesyen minyak petronas baru di Dungun. Cis!!! Ramai pulak orang!!! Tak kan nak bersila kat tanah kot. Terus aku menekan pedal minyak kereta aku (yang laju itu) ke kedai makan berhadapan sekolah teknik Dungun. Cis!!! Tutup jua kedai itu....

Kerana nafsu hendak makan begitu meluap-luap, lalu aku pergi ke kedai Nasi Ayam Shake di Taman Permint. Setelah duduk selama 2 minit, awek kedai itu pun berkata, takde makanan lagi la bang. Cis!!!

Lalu aku terus memandu ke Jalan Lapangan Terbang. Lalu, terjumpalah sebuah kedai makan di suatu selekoh tajam. Aku pun memesan roti kosong dua banjir dan segelas nescafe kurang manis. Sementara tunggu makanan dan minuman sampai, aku tengok jam. Ciss!!! Dah 10.50pagi. Bila makanan sampai, tanpa berlengah atau mengunyah, aku habiskan kesemuanya dalam masa kurang 5 minit.

Aku sampai kelas ngam-ngam jam 11. Owh, rupanya En. Zawawi masih belum menamatkan kelas. Kemudian baru aku teringat. Ciss!!! Minggu ni giliran En.Zawawi mengajar. Apa kejadahnya aku datang nak mengajar hari ni!!!

Aku kecewa, terus naik opis, marking ujian budak-budak. Ciss!!! Kejadah betul bebudak ni, soalan dalam nota pun takleh jawab?

p/s: Cis sungguh post ini.

Wednesday, November 19, 2008

Jangan Kau Tertipu: Itu Duit Palsu

Sharing is caring (fuyooo! speking london aku)

Jalan-jalan di Kuala Terengganu, aku terjumpa suatu peringatan dari MydinMall Kuala Terengganu.

JANGAN TERTIPU
WANG PALSU
CIRI-CIRI PENGENALANNYA
- NO SIRI BERMULA ...530...
-JALIR PERAK TIDAK TIMBUL
-KERTAS YANG TIDAK BERMUTU (cap ayam - ni aku tambah)
Memiliki dan menggunakan WANG PALSU adalah satu kesalahan Jenayah

Monday, November 17, 2008

Bandar Tenggara Yang Tercemar

Aku belek-belek surat khabar Berita Harian yang lama. Terjumpa komen ni.

"Pencemaran alam sekitar terus berlaku apabila kilang memproses sawit di Bandar Tenggara, Kulai, Johor dibiarkan melepaskan asap ke udara tanpa sebarang kawalan. Asap berkenaan menimbulkan masalah kesihatan kepada penduduk, terutama kanak-kanak yang tinggal berhampiran. Keadaan mungkin bertambah teruk jika penghuni di situ mengalami masalah pernafasan. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan harus memantau perkara ini."

Kilang sawit ni memang aku tau sangat. Sebenarnya, kilang ni ialah Kilang Sawit Pengeli Timur milik penuh Felda. Kilang sawit ni terletak kira-kira satu kilometer dengan kawasan perumahan yang paling hampir.

Kalau dilihat pada gambar tu, ternyata ia difotokan pada waktu siang. Sebenarnya, kilang tersebut lebih aktif mengeluarkan asap pada waktu malam. Asap kilang tu dipercayai telah membantutkan pengeluaran bunga pokok durian bapak aku, juga menyebabkan kebun pisang bapak aku tidak menjadi produktif.

Memang biasa penduduk sekitar mencium bau asap tersebut. Baunya agak pelik, sukar untuk diceritakan bagaimana. Tapi, yang pasti, taik hidung aku akan hitam apabila aku menghidu bau tersebut untuk tempoh beberapa jam.

Tapi, siapa nak marah kilang tu kan. Felda punya tu! Takkan nak marah satu perbadanan yang disokong oleh Najib Tun Razak dan dipengerusikan oleh Yusof Nor? Jadi, terpaksalah Jabatan Alam Sekitar (JAS) menutup sebelah mata dan menyaman lori milik peniaga kecil (macam bapak aku) yang didakwa mengeluarkan asap hitam. Korang ingat murah ke kena saman dengan JAS? Sekali saman RM2000!!! Hilang income bapak aku setengah bulan....

p/s: Ops! Post ni agak emo skit. Maunya tak emo, asik hidu asap kilang tu je. Nasib baik aku dah duduk di Dungun yang nyaman ini...

Saturday, November 15, 2008

Nasi Goreng Sepuluh Suap

Ada satu kedai makan baru di buka di jalan pantai Dungun. Cukup menarik kedai tu. Rekebentuknya macam kapal, dan seolah-olah ingin segera berlayar.

Memang nampak gah kedai itu dari luar. Dan namanya juga melambangkan betapa gahnya kedai makan tersebut.

Aku bersama teman serumah aku, Abdullah pergi ke kedai makan ni minggu lepas, selepas empat hari kedai itu dibuka. Orang memang ramai. Semasa mencari tempat duduk yang sesuai, sempat juga kami mengendap bahagian dapur dan waitress

Juga, sempat juga aku meninjau di atas kapal itu. Wah!!! Rupa-rupanya ada tempat makan dibahagian atas (kagum ya amat nih!!!)

Lalu, seorang waitress yang cun tetapi sangat kelat wajahnya mengambil order. Aku pun memesan nasi goreng paprik serta nescafe panas. Manakala Abdullah memesan sesuatu yang aku tak ingat apakah ia.

Memandangkan kami duduk hampir dengan dapur, kami dapat melihat kekalutan yang amat sangat!!! Big boss tak habis-habis memarahi anak buahnya. Dan sesekali anak-anak buahnya merungut.

Setelah beberapa lama, makanan dan minuman yang dipesan masih lagi belum sampai. Dan disedari juga beberapa pelanggan pergi begitu saja dengan perut yang lapar dan hati yang panas. Oleh itu, terdapatlah beberapa makanan yang sudah siap, tetapi pemesannya sudah meninggalkan kedai. Lalu, kami memohon untuk diberikan saja makanan itu. Lalu, aku dapatlah sepinggan "NASI GORENG SEPULUH SUAP". Untuk saiz badan seperti aku ini, amatlah tidak memadai dengan sepuluh suap nasi goreng.

Manakala Abdullah mendapat "NASI GORENG SEPULUH SUAP BESERTA KEPAK AYAM BERBULU". Dan Abdullah makan dengan begitu berselera sekali.

Setelah kami selesai makan, nescafe panas aku pun sampai. Malangnya tidak disediakan sudu untuk melarutkan necsafe, susu dan air. Lalu, aku mencelupkan garfu yang aku gunakan untuk makan kedalam gelas nescafe panasku. Lalu terhasillah menu "NESCAFE PANAS BERSUDU GARFU". Sungguh unik bukan. Sepanjang 27 tahun aku hidup, inilah kali pertama aku bertemu dengan menu seperti itu. Harga makanan dan minuman kami berdua ialah RM12.50

Owh! Sungguh indah pengalaman aku di kedai makan cap kapal yang baru itu.

p/s: Difahamkan servis kedai makan itu telah bertambah baik sekarang
p/s/s: Difahamkan juga, pemilik adalah seorang Datuk yang berasal dari Kelantan, dan isteri beliau, Kak Ina berasal dari Muar, Johor.

Friday, November 14, 2008

Cis!!! Aku Di Tag!!!

Aku ditag untuk kali ke-2 nya setelah ditag oleh Mazudi beberapa bulan nan lampau. Kali ini aku di tag oleh Pakcik (bukan pak sedara aku). Beliau menulis, mengatakan bahawa blog aku seronok dibaca....ermmmmm...

Dah la....aku tak nak melalut. Dah la tag ni panjang berjela....

1. What is the relationship of you and him/her?

Bakal isteri

2. Your 5 impressions towards him/her.

Banyak cakap (bagus la...aku pendiam)
Banyak makan (dia kata nak sama besar dengan aku...)
Banyak pandai (kadang-kadang jadi memandai je. huhuhuh)
Banyak tanya (sebab cita-cita beliau adalah untuk menjadi polis, namun tak kesampaian)
Banyak pikir (nasib baik kepala tak jadi botak)


3. The most memorable things he/she had done for you.

Owh! Terlalu banyak. Dan terlalu peribadi untuk ditulis di sini. (sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Huhuhuhu)

4. The most memorable things he/she have said to you?

Bila abang nak masuk meminang? (Duitnya tak cukup lagi la...)

5. If he/she become your lover, you will…

Soalan ini sudah tidak releven. Kerana beliau telah menjadi my lover. Dan pastinya aku akan membahagiakan beliau (geli-geleman aku bila jawab soalan ni. eiiii..hush....hush)

6. If he/she become your enemy, you will…

Aku akan termenung panjang.....

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on…

Skill memasak dan membuat minuman. Ini kerana, apabila beliau membuat air nescafe, rasanya menjadi seperti air susu. Lagi, apabila beliau membuat mee rebus, rasanya menjadi seperti mee sup. Nasib baik awek, jadi, aku telan je la....

8. If he/she become your enemy, the reason is…

Sebab aku la kot...

9. The most desirable thing to do on him/her is?

Aku kata beliau selekeh. Sebulan lebih juga beliau merajuk....

10. The overall impression of him/her is…

Mula pandai berdikari. Pandai menyesuaikan diri. Paling best beliau terima aku seadanya. Hinggakan beliau tak kisah menaiki Iswara aku yang laju itu walaupun tidak mempunyai penyaman udara dan radio!

11. How do you think the people around you will feel about you?

Entah la ek.. Aku pun tak tahu. Tak pernah buat bancian. Nanti aku minta tolong pegawai banci buat bancian pasal soalan di atas.

12. The character of you for yourself is?

Tak banyak cakap. Pendiam. Tenang. Agak berstruktur.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

Suka berlengah.

14. The most ideal person that you wanna be is?

Tiada. Aku nak jadi diri aku sendiri.

15. For the people who care about and like you, say something about them.

Mami dan Abah: Terima kasih banyak-banyak. Tiada apa dapat membalas jasa kalian.
Nurulhuda: Sabo ek, duit tak cukup lagi. Huhuhuhuhuhu
Adik-adik: Korang ingat aku garang sangat ke?
Kawan-kawan: Bila nak bayar hutang? Nasib baik aku bukan ahlong, kalau tak aku dah simbah cat merah kat kereta korang.
Cikgu-cikgu: Terima kasih sebab jadikan aku orang yang berguna.

16. Ten people to tag:

1. Mongkut
2. Irda
3. Adanz
4. Syam
5. Sarom
6. Keroro
7. Mazudi
8. Wanhamery
9. Serinditrimba
10. Apis17
.

17. Who is no. 2 having a relationship with?

Owh...aku tak tahu. Kena pergi blog dia.

18. Is no. 3 a male or a female?

Lelaki. Aku pasti!!!

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

Sudah pasti. Kerana mereka berdua programmer yang berbakat

20. How about no. 5 and 8?

Rasanya ok kot. Sebab mereka pernah berjumpa

21. What is no. 1 studying about?

Tak tau la. Rasanya beliau sudah lama meninggalkan alam persekolahan.

22. Is no. 4 single?

Rasanya masih ada lagi 3 kekosongan. Huhuhuhu

23. Say something about no. 6

Banyak aku tau pasal Dungun melalui blog beliau

Thursday, November 13, 2008

Nasi Ada, Nasi Tiada!!!


Gambar dirakam di Warung Pak Ali yang terletak berhampiran lampu isyarat ke Jalan Melati di Dungun. Warung ini menjadi kegemaran bos aku, En. Nawi untuk bersarapan. Huhuhuhuhuh.

Setelah beberapa kali mengikut En. Nawi bersarapan di sini, aku perhatikan kebanyakan pelanggan Warung Pak Ali adalah terdiri dari para pekerja kontrak. Mereka akan makan di warung ini sebelum ke destinasi kontrak mereka. Juga, pelanggan Pak Ali terdiri daripada mereka yang suka membungkus makanan untuk dimakan di rumah.

Pada aku, harga makanan di warung ini boleh dikatakan sangat berpatutan. Sepinggan nasi kunyit (pulut kuning), secawan kopi o dan seketul kuih kayu keramat (ala-ala char kuey) hanya berharga RM2.20.

Dan lagi, servis di Warung Pak Ali ini memang pantas, sepantas Gaban menukar pakaian!!!!

Wednesday, November 12, 2008

Peminat Sejati

Suatu malam di Taman Permint Dungun...

Housemate aku tekun melihat sesuatu.....

Rupa-rupanya mereka sedang menonton siaran ZEE di Astro.

Sampai ke hari ini aku masih terfikir-fikir mengapakah mereka berkelakuan sedemikian. Walhal mereka bukanlah peminat saluran ZEE atau saluran yang seangkatan dengannya. Barangkali korang boleh mengemukakan teori kebarangkalian korang di ruangan komen...

Tuesday, November 11, 2008

Jangan Kau Basuh Tuala Itu

Walaupun jamban di bilik Hotel The Summit Subang begitu sungguh tidak praktikal, namun, ada sesuatu yang menarik perhatian aku ketika memasuki jambin bilik hotel itu.
Dear Valued Guest,
In effort to preserve the environment, the Hotel has taken necessary steps such as conserving water and reducing chemical usage from our daily operation.
You can play a part of this effort in preserving the environtment and the earth's natural resources by not cahnging your towels daily
When you hang your towels, it indicates that "I WILL RE-USE THE TOWELS'
Should yoy leave your towels in the bathtub it indicates 'PLEASE CHANGE THE TOWELS"
A little effort means a lot! Together we can make this earth a better place to stay.
Pada aku, ia satu usaha yang baik untuk memelihara alam sekitar, walaupun mesti ada yang kata "Hek eleh, nak save bajet la tuh!!!"
Dan lagi, ada pekerja house keeping di hotel ini dari golongan OKU yang pekak dan bisu...

Monday, November 10, 2008

Ujian 2 Kaji Daya Bahan DAD5-S1

* Post ini khas untuk pelajar kelas DAD5-S1 yang mengambil subjek Kaji Daya Bahan 1 dengan aku. Pembaca lain boleh juga turut sama membacanya...

Seperti yang dijanjikan... soalan ujian 2 subjek J3009. Sila download melalui link di bawah. Penerangan lanjut ada dalam fail tersebut.


Memandangkan aku merupakan pensyarah yang berdedikasi dan berhati nurani, dengan sukacitanya aku sudi memberi soalan bocor untuk peperiksaan akhir sesi Julai 2008 bagi subjek Kaji Daya Bahan. Sila download soalan bocor tersebut melalui link di bawah.

Mari Beristinjak!!!

Lama aku perhatikan perkara ni. Makin tinggi bintang sesebuah hotel, maka makin kuranglah kemudahannya untuk pengguna Melayu/Islam macam aku ni. Contoh, tandas.


Masa aku menginap di The Summit Subang, amat sukar bagi aku untuk bercebok. Selepas membuang air besar, aku terpaksa mengesat sisa-sisa yang tertinggal di b****t aku menggunakan tisu tandas. Huh! Sungguh pelik rasanya. Huhuhuhuhu. Kemudiannya barulah aku membasuh b****t ketika mandi. Uih! Sungguh syahdu...


Ataupun aku boleh saja bercebok di sinki mahupun tab mandi dengan gaya yang amat hodoh...

Sunday, November 09, 2008

Kita Yang Kerdil

Minggu lepas, aku ke Subang Jaya untuk suatu urusan kerja. Dari Dungun, aku melalaui Kuantan dan terus naik lebuhraya pantai timur (LPT) dan tembus di Gombak. Dari Gombak, aku terus ke Damansara melalui lebuhraya persekutuan. Kemudian aku terus naik lebuhraya Damansara-Puchong. Lepas tu, aku tak tau apa yang aku lakukan. Sedar-sedar je dah sampai di Hotel The Summit Subang USJ. Huhuhuhuhu

Maka, menginaplah aku di hotel itu selama 5 hari lamanya, di tingkat 12. Bila petang dan awal malam, aku suka melihat dari tingkat 12 itu ke jalan raya.


Aku lihat, semua kenderaan, rumah dan orang nampak begitu kecil dan kerdil. Macam semut, kalau boleh diibaratkan. Lalu terfikir aku, begitulah kerdilnya kita jika hendak dibandingkan dengan Allah..... Allah Maha Besar...

Tuesday, November 04, 2008

Langit Tidak Selalu Cerah

Mengajar memberi aku peluang untuk menimba sebegitu banyak pengalaman dan berjumpa dengan sebilangan ramai orang. Adakalanya pengalaman itu melucukan. Adakalanya juga pengalaman itu mengujakan. Ada juga yang menggerunkan.

Selain mengajar subjek-subjek teknikal, aku juga ada mengajar subjek Ping Pong dan Keusahawanan. Ada suatu tugasan keusahawanan yang aku berikan kepada para pelajar aku di politeknik Dungun. Tugasan itu mengkehendaki mereka menyenaraikan 100 idea bisnes. Dari jumlah 100 itu, mereka dikehendaki memilih 20 dan menyatakan sebab mengapa mereka ingin menjalankan bisnes tersebut. Lalu adalah pelajar aku yang menulis begini, sebab mereka ingin menjual payung...

Ada juga yang menulis begini...

Dari 20 pernyataan sebab tersebut, mereka diminta memilih satu daripadanya dan membuat kertas kerja dan portfolio perniagaan mereka. Lalu ada yang menulis begini, profil salah seorang ahli lembaga pengarah...

Aku sekadar gelak terbahak-bahak. Tak tau macam mana nak beri markah....

Erm....

Sunday, November 02, 2008

Ini Bandar Tenggara Punya Cerita

Ingatkan hanya ada cerita tentang Dungun sahaja. Rupa-rupanya ada juga kisah kebobrokan di Bandar Tenggara dalam Harian Metro edisi yang tak berapa nak lama.


Perangkap api


Pintu kecemasan sebuah kilang di Bandar Tenggara ini bukan saja dihalang dengan palang, malah di kunci. Bagaimana jika kebakaran berlaku? - ISNA71 [IMA24647]

Aku ucapkan tahniah kepada pelapor tersebut, kerana berani menyuarakan sesuatu yang benar. Dan lagi, ternyata pihak kilang tidak mematuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Erm....