Wednesday, December 31, 2008

Mencari Jalan Pulang

Aku mendapat ilham menulis post ini lama dahulu, kira-kira sebulan yang lepas, setelah membaca entry di aeropama. Memandangkan ketika itu aku banyak idea untuk menulis, lalu diabaikan dahulu ilham itu...

Ini berkenaan satu alat yang disediakan oleh Google untuk orang-orang yang tiada atau belum mempunyai kemampuan untuk membeli GPS (macam aku, huhuhuhuhuh). Alat ajaib ini dinamakan Google Maps!!! (Jangan ko ingat alat ajaib ni macam cite Doreamon ek. Alat ini merupakan perisian)

Lalu, aku mula mencuba acu perisian tersebut. Aku cuba mencari jalan pulang dari Politeknik Dungun ke Bandar Tenggara, dan inilah hasilnya.

Driving directions to Bandar Tenggara, Johor, Malaysia
469 km – about 6 hours 57 mins
[span class="fullpost"]

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Jalan Paka, Dungun, Terengganu, Malaysia

1. Head west on Jalan Paka toward Jalan Bukit Bauk 4.7 km
2. Turn right at Jalan Durian Mentangau 12.0 km

3. Turn left at Jalan Jerangau - Jabor Penghantar 3 7.9 km

4. Turn right at Jalan Jerangau - Jabor Penghantar
5 15.5 km
5. Turn left at Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah 73.0 km
6. Turn right at Jalan Bukit Kuantan 18.7 km

7. Turn right at Jalan Bukit Goh 1.4 km
8. Turn right at C4 0.3 km

9. Turn right 1.0 km

10. Take the ramp onto Lebuhraya Pantai Timur 22.8 km

11. Take the exit 0.6 km

12. Continue straight 1.6 km

13. Continue straight onto Lebuhraya Mec 2.2 km

14. Continue on 12 147 km

15. Turn left at Jalan Buloh Kasap 5.7 km

16. Slight left at Jalan Ibrahim 0.4 km

17. Continue on Jalan Kampung Genuang 3.5 km

18. Continue on 1 72.4 km

19. Turn right toward Lebuhraya Utara - Selatan 0.9 km

20. Slight left at Lebuhraya Utara - Selatan 13.8 km

21. Take the exit 0.3 km

22. Slight left toward Jalan Batu Pahat 0.4 km

23. Turn right at Jalan Batu Pahat 18.5 km

24. At the roundabout, take the 3rd exit onto Jalan Besar 1.5 km

25. At the roundabout, take the 3rd exit onto Jalan Yap Tau Sah 1.4 km

26. Jalan Yap Tau Sah turns slightly left and becomes Jalan P. Srinivasan 0.4 km
27. Turn right at 91 Go through 1 roundabout 39.9 km
28. Turn left 0.3 km

29. Turn right 0.9 km


Dari analisa ringkas aku, didapati Google Maps ini akan mencadangkan jalan yang paling dekat tanpa mengambil kira samada jalan tersebut sesak atau tidak, atau samada jalan tersebut bertol atau tidak. Mengikut pengalaman aku, jalan pada item 3,4 dan 5 akan dilalui oleh banyak lori balak yang lebih muatan dan berkelajuan purata 40km/j. Owh! Sementara itu, terdapat jalan bertol seperti pada item 10 dan 20. Owh!

Terdapat juga jalan yang aku merasa ragu tentangnya. Seperti jalan pada item 13. Lebuhraya Mec? Aku tidak tahu dimanakah ia. Tapi aku merasakan ia adalah jalan selepas exit gambang di LPT menuju ke persimpangan jalan kuantan-segamat.

Namun, cadangan perjalanan oleh Google Maps ini adalah pendek berbanding jalan yang aku selalu lalui kira-kira 480km jauhnya.

Google Maps juga mencadangkan kelajuan purata kenderaan adalah 67.48km/j. Nilai tersebut diperolehi apabila 469km dibahagi dengan 6.95jam.Ternyata kereta aku aku laju!

Apa-apa pun, Google Maps ini amatlah berguna jika ko hendak berkelana ke tempat yang ko tak tahu bagaimana hendak ke sana...

Sunday, December 28, 2008

Kalau Aku Adalah Mawi

Post ini didekasikan untuk Mawi yang mengadakan majlis beliau di Felda Taib Andak pada hari ini. Untuk pembaca yang lain, post ini hanya untuk dibaca sahaja, bukan untuk dihafal atau dikenang. Huhuhuhuhu

Kalau roshaizul adalah Mawi:-

1- Pasti peminat akan menggelakkan kereta Iswara aku yang laju itu. "Apa kes raja SMS ni pakai Iswara?"

2- Pasti para pengkritik akan berkata "Apa pasal la ramai sangat orang suka budak tembam ni. Dah tak ensem, suara macam Kiteretsu pulak tu"

3- Pasti M. Nasir akan tanya aku "Kalau nak nyanyi lagu aku ni kena joget2 skit. Ko bole joget ke?"

4- Pasti aku sudah kaya-raya. Banyak harta pusaka. Tak yah mak bapak aku sibuk-sibuk nak kerja.

5- Pasti orang akan lebih mengenali Bandar Tenggara berbanding Felda Taib Andak.

6- Pasti lebih ramai student nak masuk kelas aku. Maklum la, Incek yang popular itu yang mengajar, bole cerita ngan orang kampung "Ko jangan tak tau, artis yang popular tu mengajar aku Kaji Daya Bahan tau!"

7- Pasti aku akan banyak batalkan kelas kerana hendak memenuhi undangan show.

8- Pasti awek aku akan merajuk tatkala kami dating. Maklum la artis popular. Mesti ada gadis-gadis manja yang nak bergambar dan mengambil autograf aku tatkala kami sedang berdating.

9- Pasti blog ni mempunyai sejuta unique visitor sehari. Berbanding sekarang hanya 20 unique visitor sehari.... :-(

10- Pasti aku ada helikopter sekarang. Duit banyakkan, apa kelas naik Mercedes. Naik helikopter la beb...

11- (dari en_me) Pasti aku akan kahwin dgn EKIN sampai akhir hayat, tak seperti artis-artis glamor yg lain kannns.. ehehe

12. (dari halena) if dia ni mawi..time jwb exam mmg conpirm dpt jawab ngn pnuh semngt...hoho....

Erm..... apa lagi ek. Korang tolong bagi idea sikit....

Friday, December 26, 2008

Aku Cuti Lagi!!!

Setelah berhempas-pulas menanda kertas peperiksaan sehingga terpengaruh dengan tabiat-tabiat yang luar biasa, aku pulang ke Bandar Tenggara semalam. Perjalanan aku mengambil masa 11 jam lamanya, bermula jam 11.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Dan itu merupakan tempoh masa yang normal kepada aku.

Dalam perjalanan pulang ke Bandar Tenggara, sempat aku singgah di Paka dan Kemaman untuk menghantar saki-baki minyak hitam dan tiub motosikal yang masih belum lagi kehabisan.

Singgah juga di Gebeng untuk berjumpa Hazree bagi membincangkan beberapa projek sulit lagi menyulitkan seperti ini. Juga singgah juga di Taman Mahkota Aman untuk berjumpa pakcik aku (yang ini bukan pakcik aku). Setelah itu, singgah mengambil adik aku di Indera Mahkota 5 dan anak sedara aku di Stadium Darulmakmur.

Singgah di Pekan untuk berjamak qasar asar dan zuhur. Kemudian berhenti makan di Mersing. Dan akhirnya terus ke Bandar Tenggara.

Sekian roshaizul melaporkan lagi.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berguna lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

p/s: Pantun tiada kena-mengena dengan cerita. Hanya kerana ada yang berkehendakkan aku berpantun pada post yang lepas.

Friday, December 19, 2008

Jam 2 petang



Gambar di atas diambil di hadapan Sekolah Teknik Dungun pada jam 2.oo petang kira-kira 3 minggu yang lepas. Dan pada minggu itu juga, orang-orang di Dungun tidak nampak matahari kira-kira seminggu lamanya. Dan itu juga menjadi kebiasaan pada orang pantai timur tatkala musim tengkujuh menjelma. Sekian roshaizul melaporkan.

Wednesday, December 17, 2008

Selamat Pengantin Baru

Dua orang sahabat aku kahwin Jumaat lepas.

Pertama, Sarom housemate aku beberapa tahun yang lalu selamat dinikahkan oleh bapak mentua beliau di Damansara.

Kedua, housemate aku kini, Arip yang berjaya mengurat student beliau dan mengahwininya di Kuala Terengganu.

*gambar tidak kaitan dengan cerita. hanya memenuhi kehendak Arip untuk membolehkan dunia melihat beliau bersama dengan keretanya.

Tuesday, December 16, 2008

Huhuhuhuhuhu

Huhuhuhuuhuhu. Pada satu hari aku mendapat surat dari Petronas Dagangan.


Huhuhuhuhuhuh. Rupa-rupanya aku mendapat hadiah kerana kerap mengisi minyak di Petronas.

Huhuhuhuhuhuh. Lalu aku menuntut hadiah aku di Petronas Dagangan Kuantan.

Huhuhuhuhuhuh. Taklah banyak, tapi lepas duit minyak aku setengah bulan!

Monday, December 15, 2008

Tahap Longkang

Gambar sebuah longkang di suatu lokasi rahsia di Dungun. Macam-macam jenis sampah ada di dalam longkang itu. Ternyata longkang di Malaysia memang menjadi tempat pembuangan sampah. Hingga ada satu istilah "tahap longkang", yang bermaksud suatu tahap yang hina dina lagi keji.

Jadi, tidak hairanlah di sesetengah tempat yang jauh dari sungai dan pantai, banjir mudah berlaku. Lalu bila harta mereka musnah, kerajaan yang disalahkan tanpa mengambil kira sikap mereka yang suka membuang sampah merata-rata. Mungkin dirasakan membuang sampah itu perkara yang kecil, tetapi perkara yang kecil dilakukan banyak kali, sudah tentu ia menjadi suatu perkara yang besar. Keadaan menjadi lagi buruk apabila sampah-sampah itu memenuhi longkang-longkang, lalu air sukar mengalir dan banjir pun berlaku.

Tanak tulis banyak-banyak. Sendiri mau ingat!

Sunday, December 14, 2008

Apabila Tekanan Menguasai Jiwa

Sekarang, di politeknik Dungun, peperiksaan sedang berlangsung. Tekanan pasti dirasai oleh para pelajar. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang senantiasa bermalas-malasan sepanjang semester.

Namun, pensyarah juga merasai tekanan peperiksaan akhir. Barangkali mereka kebingungan apabila menanda kertas jawapan para pelajar yang begitu menguji kesabaran. Juga, barangkali kerana terlalu banyak dateline perlu dipatuhi.

Oleh yang demikian, terdapatlah beberapa gelagat pensyarah untuk melegakan perasaan yang berkecamuk.

Situasi satu
Pada suatu hari, roshaizul berjalan untuk ke unit peperiksaan, lalu kedapatan beberapa pensyarah sedang berbincang sambil memerhatikan sesuatu.
Roshaizul bertanya, "Buat apa tu?". Mereka diam. Rupa-rupanya mereka melihat..
...kolam yang tiada ikan

Situasi dua
Pada suatu pagi nan sejuk, roshaizul melihat ada seorang gadis dan seorang ibu beranak dua tekun melihat sesuatu di jendela
Roshaizul bertanya "Buat apa tu kak?". Mereka menjawab "Saja, tengok kereta kat bawah"
Roshaizul bingung. Tetapi roshaizul turut menyertai mereka selama beberapa minit.

Situasi tiga
Tatkala roshaizul berjalan pulang dari unit peperiksaan, terlihat seorang jejaka tampan berjalan sambil tersenyum dan menggaru-garu siku.
Roshaizul bertanya "Kenapa engko berjalan sambil tersenyum dan menggaru siku?". Beliau menjawab "Aku bosan lah!!". Jadi, sesiapa yang merasa bosan di luar sana boleh saja berjalan-jalan sambil tersenyum dan menggaru siku.

Thursday, December 11, 2008

Roshaizul Yang Buta IT

1993, Kelas 6 Bestari, Sekolah Rendah Bandar Tenggara 1
Hadzrie: Jam, ko tak nak join kelas komputer ke?
Aku: Komputer tu apa?

1996, Kelas 3RKA1, Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai
Alan: Jam, ko nak outing nanti belikan aku disket.
Aku: Disket tu apa?

1998, Kelas 5 Jentera, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
Romlie: Ajax, camna nak gelapkan perkataan dalam Word ek?
Ajak: Ala, ko tengok kat bahagian atas skrin ko. Ada huruf B. Ko klik situ. B tu stand for Bold.
Aku: Err....Word tu apa? Bold tu apa? Bolt and nut ke? Ke bot pancung?

2000, Makmal AutoCAD, Institut Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja
Lecturer: Lepas siap drawing tu, save dekat desktop PC. Pastu save as jugak dekat dalam disket.
Aku: Encik, camna nak save dekat desktop? Pastu camna nak save as dalam disket?

2003, Pusat Penyelidikan Automotif, UTM Skudai
Aku: Bang, ada disket tak? Nak save file Word ni.
Mardani: Disket takde, thumdrive ada la.
Aku: Thumdrive tu apa?

2005, Makmal ICT, Kampus Bandar, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Aku: Ko buat apa tu Pis?
Hapis: Syyyhhh...aku tengah download ni.
Aku: Download tu apa?
Hapis: Syhhhhh...!! Jangan cakap kuat-kuat!

2008, Makmal Robotik, Politeknik Dungun
Mazudi: Jam, tolong aku boleh?
Aku: Tolong apa?
Mazudi: Tolong install FileZila dalam setiap PC dalam lab ni?
Aku: Fail Zila tu apa? Zila Jalil punya fail ke?

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Haji

Kiranya, masih belum terlamabat untuk aku mengucap Selamat Hari Raya Eidul Adha, kerana hari ini masih dikira hari tasyrik, dimana kita masih boleh lagi menjalankan urusan penyembelihan binatang korban.

Sekian lama juga aku tidak update blog, 5 hari kiranya. Tak tahu la, sejak akhir-akhir ni aku kehilangan idea untuk menulis dan kebanyakan tulisan aku tidak mempunyai sengat.

Dan lagi, Dungun mendung hari ni, tak hujan dan tak panas. Melihat berita di tv dan akhbar, Dungun ditimpa hujan yang teruk beserta ribut beberapa hari lepas. Kelihatan kesan ribut tersebut, dahan pokok patah dan ada papan iklan yang hampir tumbang.

Sebenarnya, aku bercuti selama 5 hari di Bandar Tenggara, dan baru malam semalam sampai ke Dungun. Alhamdullilah aku masih hidup, kerana semalam aku hampir mengalami kemalangan jalan raya kerana buah kelapa sawit 'gugur' dari lori. Sempat la juga aku menghon pemandu lori itu dan menjerit beberapa perkataan lucah kepada beliau. Huhuhuhuhuh. Apa-apa pun, pemandu itu sungguh tak beretika, hanya mementingkan untung sehingga menyumbatkan lori beliau dengan begitu banyak buah kelapa sawit.

Aku tak tau apa yang aku repekkan dalam post kali ni. Belasah je la....huhuhuhuhuhu

Thursday, December 04, 2008

Peminat Sejati 2

Dungun cerah dua hari kebelakangan ni setelah seminggu matahari tidak kelihatan. Tempoh seminggu itu amat menyeksakan pada aku. Selepas seminggu yang sejuk itu, aku mengalami batuk, sakit tekak dan sakit mata. Huhuhuhuhu.

Ada satu malam dalam seminggu yang sejuk itu, aku keluar untuk makan sup - memanaskan badan dan melegakan tekak. Lalu singgahlah aku di sebuah kedai makan di Jalan Lapangan Terbang, Dungun. Dan aku melihat sekumpulan peminat sejati...


Owh! Mereka sedang melihat gusti. Sungguh asyik mereka menonton. Teringat aku suasana di kedai makan Birin di Bandar Tenggara. Kedai itu pernah menjadi tumpuan peminat gusti untuk menonton CD gusti yang terbaru.

Tetapi, yang menghairankan aku, mereka di dalam gambar di atas agak tenang menonton gusti, berbanding dengan suasana di kedai makan Birin yang agak kecoh
"Ha! Hentam kepala dia"
"Ek eleh...pura-pura sakait la tu"
"Yang tu jahat tu!"
"Kasi hentak sikit dia punya k***k tu!"

Aku? Aku bukanlah peminat gusti, walaupun aku mempunyai gaya seperti Undertaker (si penggali kubur) .... Huhuhuhuhuh

Wednesday, December 03, 2008

Suasana Petang

Beginilah suasana setiap petang di jabatan kejuruteraan mekanikal, politeknik Dungun.





Semua orang berpusu-pusu untuk clock-out di sebuah komputer ajaib dan membaca notis terkini yang terletak dibelakang komputer ajaib itu.

Juga, kesesakan lalulintas amat teruk berlaku beberapa minit selepas itu...

Tuesday, December 02, 2008

Impiana Resort Cherating

*atas permintaan zairi, post ini diedit*

Minggu lepas aku menjalani sesi konsultansi dengan AzizCFP di Impiana Cherating. Tapi, lokasinya tak lah begitu Cherating, lebih tepat di Chendor.

Sempat juga aku mengambil gambar tatkala menunggu giliran aku. Pemandangan kat situ memang lawa.


Resort yang menghadap pantai. Best! Sambil melepak kat beranda, boleh nikmati pemandangan dan angin laut. Amat sesuai untuk lokasi berbulan madu


Antara bangunan resort. Aku memang takjub! Rekebentuknya kelihatan klasik tetapi praktikal.

Kepala gajah. Tak tau pulak aku betul ke tak. Tapi kalau ni kepala gajah betul, mesti kena repot kat Perhilitan! Huhuhuhuh


Lobi resort. Sesuai untuk lepak-lepak sambil bincang-bincang.

Pintu masuk. Memang berciri nusantara.


Pondok ini atas air. Kalau malam-malam, kadang2 ada nyanyian tradisonal kat sini.


Kolam atas bumbung. Memang takjub aku. Camna diorang boleh buat kolam atas bumbung? Dan bumbung tu searas bulak dengan lobi. Heran aku...

Monday, December 01, 2008

Skill Meniru Cap Kambing Gurun

Aku bersekolah wajib selama 11 tahun. Kemudian aku ke pengajian tinggi selama hampir 7 tahun. Kemudian, aku mengajar di politeknik Dungun menghampiri 3 tahun. Sudah pastinya banyak skill meniru yang aku tahu dan pernah juga aku aplikasikan. Huhuhuhu

Baru-baru ni aku buat ujian untuk subjek Mekanik Bendalir. Lalu terjumpalah aku beberapa skill cap kambing gurun oleh pelajar-pelajar aku.


Perhatikan betul-betul, ada BUKU NOTA di bawah meja. Si pelaku cuba menyelindungkan buku itu dengan tangan beliau.

Owh! Buku nota itu amat jelas dan nyata di belakang badan beliau!