Saturday, March 07, 2009

Pelancong Perlu Belajar Loghat Tempatan Elak Ditipu

Begitulah tajuk salah satu berita di Harian Metro. Minggu lepas aku rasa. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh presiden Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu.

Pengalaman aku, perkara tersebut memang berlaku. Bukan sahaja berlaku di Terengganu, malah di negeri-negeri yang mempunyai loghat yang ketara juga berlaku keadaan demikian. Juga, perkara tersebut berlaku di kawasan tumpuan pelancong.

Pernah aku ke Rantau Panjang di Kelantan. Masa tu aku masih kurang dapat menilai kualiti kain pelikat. Lalu aku dengan yakinnya membeli sehelai kain pelikat yang berharga RM15.Aku anggap harga tersebut murah. Ternyata aku silap.Kain tersebut hanya di jual RM8 oleh Abang Pakistan yang datang menjaja di rumah mak bapak aku di Bandar Tenggara. Kalau buat installment dua bulan, harga menjadi RM10; RM5 sebulan.

Menurut Acik, harga barang di Rantau Panjang agak mahal, terutama sekali pada musim cuti sekolah. Beliau mencadangkan agar pergi sahaja ke Pasar Besar Pasir Putih atau kedai-kedai biasa di Kota Bharu.

Keadaan sama sahaja di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Adalah lebih selamat dan menjimatkan jika kau membawa sekali orang yang boleh berloghat Terengganu dengan fasih jika kau ingin membeli-belah di Pasar Payang. Ataupun, boleh sahaja kau mebeli-belah di Perhentian Bas Kuala Terengganu atau Kedai Kain Desa Murni di Pengadang Baru.

Terkadang, aku terfikir, semacam ada kasta antara pembeli tempatan dan pembeli "luar". walhal kita sama-sama berada di dalam satu negara. Barangkali tidak semua peniaga mengamalkan kasta, tetapi aku rasa bilangan yang mengamalkan kasta ini agak ramai. Jika tidak, masakan akan ada kenyataan dari presiden Kimma Terengganu itu. Masakan pokok bergoyang jika angin tiada.

Pengalaman aku membantu bapak aku menjual buah-buahan sejak berusia 10 tahun; tidak pernah sekali bapak aku pesan "kalau bukan orang Johor, engko bagi harga mahal sikit tau!". Harga buah yang kami jual sama sahaja, samada kepada orang Johor, atau kepada pelancong tempatan atau kepada pelancong asing. Amalan tersebut aku amalkan hingga kini, dalam perusahaan kerepek aku.

p/s: Iklan. Aku sedang mencari ejen jualan kerepek di sepanjang Kuantan - Kemaman - Dungun - Kuala Terengganu. Ada minat? Klik di sini. Kalau kau adalah budak asrama, amatlah digalakkan.

p/s/s: Kenangan pengalaman. Pernah pelancong Belanda terkejut melihat harga rambutan. RM 3 sekilo. Di negara beliau, harganya mencecah RM 80++; dan dianggap buah yang mewah; dan rambutan itu akan di buang saja oleh rakyat Malaysia.

4 comments:

lemon said...

pasnie belajor cakap ganu!haha...

Anonymous said...

halena,
boleh dah skit2

lemon said...

bagus!anmum essential & tom tom bak bagus!

Anonymous said...

roshaizul lagi bagus