Friday, January 30, 2009

Buy Yahudi Last

Sesiapa yang berumur 40 tahun dan ke atas (en_me; barangkali) pasti mengingati kempen "Buy British Last" yang dilakukan oleh Dr. Mahathir semasa tahun-tahun awal pemerintahan beliau. Akibatnya, hubungan Malaysia-Britain sedikit dingin pada waktu itu.

Buy British Last adalah satu kempen memboikot produk dari Britain. Pada era selepas merdeka hingga awal 80-an, Malaysia amat bergantung kepada barangan keluaran Britain, dari sekecil-kecil jarum, sehinggalah sebesar jentera penuai padi. Secara tanpa sedar, ekonomi kita dijajah oleh Britain. Maka, oleh sebab itu kempen Buy British Last diadakan.

Selepas itu, mulalah kerajaan ketika itu membeli barangan keluaran negara lain seperti Jerman dan Sepanyol. Pada ketika itu juga, negara-negara Asia seperti Jepun, Iraq dan Iran mula meningkat naik dari segi ekonomi dan teknologi. Lalu, wujudlah dasar pandang ke timur. Hasil dari dasar tersebut, ramailah anak muda kita kini bekerja di kilang-kilang Jepun. Juga, sesetengah alatan pendidikan kejuruteraan adalah buatan Iran. Doktor dan jurutera kita juga pernah dihantar ke Iraq bagi mempelajari teknologi mereka.

Jadi, mengapa tidak kita menjalankan kempen Buy Yahudi Last? Jika Britain terkesima dengan tindakan kita dulu, barangkali yahudi juga boleh merasainya. Korang boleh cari diinternet senarai barangan keluaran Yahudi. Kemudian cuba gantikan barangan buatan Yahudi. Aku bagi beberapa contoh:-

Levi's
Beli jer pakaian kat pasar malam. Cap Heng Seng ke, Tat Meng ke. Tak pun kau beli yang Siam buat.

Starbucks
Buat apa beli kopi mahal-mahal. Pegi je kopitiam atau coffee house. Nak murah lagi pegi je warung. Nak murah lagi, kau beli kopi Cap Kapal Api, buat sendiri, lagi sedap!

Disney
Tengok kartun Malaysia. Orang Malaysia dan pandai buat kartun sekarang. Contoh, Upin dan Ipin.

Coca-Cola
Tahukah kau setin Coca-Cola mengandungi 9 sudu gula? Kalau nak mati cepat minumlah Coca-Cola dengan kadar yang kerap. Jika tak nak, minum air kosong je.

Maggi
Jangan kau ingat Maggi hanya mee segera. Banyak produk Maggi ni. Contoh, kiub ayam, rendang segera, rempah dan perasa. Apa kata ko tukar produk Maggi ni dengan IndoMee atau Adabi.

Loreal dan Maybelline
Owh! Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha. Mengapa kau menjadi model yahudi? Mengapa? Mengapa? Kenapa tidak kau jadi model Sendayu Tinggi atau Shahirah? Owh!

Johnson & Johnson
Tukar ke produk Anakku.

Nokia dan Motorola
Owh! Aku harus bertukar ke CSL atau Samsung...

Nike
Kalau mamat futsal, mesti gila barang-barang Nike ni. Apa kau tak boleh ke pakai JKing?

20th Centery Fox.
Perasan tak kebanyakan filem Hollywood ada promo kompeni ni. Ha! Apalagi! Boikot la! Tengok cite melayu. Apa? Kau kata geli tengok cite Melayu? Kau bukan Melayu ke? Geli jadi Melayu?

Ada apa-apa lagi nak tambah? Taruk kat ruangan komen.

Wednesday, January 28, 2009

Tag Keenam

Tag kesekian kalinya dari Halena

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (soalan tiada kaitan)
C) Continue this game by tagging 8 other people. (aku tidak mahu tag sesiapa. boleh?)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1.What have you been doing recently?
Mengular..

2.Do you ever turn your cell phone off?
Amat jarang berlaku

3.What happened at 10am today?
Kerja la. Kan hari keje nih. Apa punya soalan la...

4.When did you last cry?
Rahsia. Huhuhuhuhuh

5.Believe in fate/destiny?
Rukun Iman. Mestilah percaya

6.What do you want in your life now?
Aku tak tau. Kepala otak aku berkecamuk. Arggghhhh!!!

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Aku redah je kalau hujan

8.What's your favourite thing to do on the bed?
Kira duit.

9.What bottoms are you wearing now?
Seluar slack

10.What's the nicest things in your inbox?
Soalan ni untuk inbox emel atau inbox henfon?

11.Do you tend to make the relationship complicated?
Tidak sama sekali.

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Gila apa. Susah nak cari saiz macam aku

13.What was the last movie you caught?
Budak Kelantan. Best cerita ni.

14.What are you proud of?
Diri aku sendiri. Semacam ada motivasi tersendiri bila aku bangga menjadi diri aku sendiri.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Cis! Soalan meragukan. Lalu aku memutuskan untuk tidak menjawab. Huhuhuhu

16.What was the last song you sang out loud?
Memandangkan kereta aku tidak mempunyai radio, aku memang menyanyi kuat-kuat tatkala berpetualang sama ada dari Johor atau dari Terengganu. Dan semalam 1/10 dari masa perjalanan, aku telah menyanyikan lagu Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi.

17.Do you have any nicknames?
-Ijam
-Ijam buah (sebab bapak aku penjual buah-buahan yang berjaya)
-Roshaizul
-Ijam gemuk

18.What does the newest text say?
(aku membuat anggapan soalan ini untuk teks pada henfon aku)
Jam... aku mc hari ni, mintak tlg ko ckp kat syidah ek...Ckp aku mc...

19.What time did you go to bed last night?
1 pagi.

20.Are you currently happy?
Ya. Tapi tidaklah sehingga melompat-lompat kegembiraan.

21.Who gives you the best advise?
Awek aku. Dia kalau beri nasihat, aku boleh tertunduk keinsafan...

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Pernah jugak kadang-kadang. Huhuhuhuh

23.Who did you talk on the phone last night?
Cik Nurul.

24.Is something bugging you now?
Bugging tu apa? Maklum lah, aku lemah english. SPM dulu dapat 8.

25.Who was the last person to make you laugh?
Diri aku sendiri. Aku kan seorang yang lucu. (poyolah ko Jam!)

Tuesday, January 20, 2009

Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi 2

Sebelum ni, aku ada menulis mengenai kursus pengurusan kewangan peribadi. Bagi pengetahuan warga Dungun dan pantai timur, kursus ni akan diadakan lagi pada 13/3/2009 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Sebenarnya, kursus ni sudah kali ke-3 diadakan di Dungun, dan aku adalah antara peserta pada kursus pertama. Barangkali akan ada yang kehairanan, "eh, buat apa nak pergi kursus, gaji aku cukup beb!". Ye, itu tanggapan aku yang pertama bila mendengar mengenai kursus ni.

Dulu sebelum aku pergi kursus ni, gaji aku memang cukup. Cukup untuk makan, bayar sewa rumah, bayar kereta dan belanja awek. Lepas tu dapat lah saving RM100 atau RM200 sebulan. Ok la tu kan, korang ingat gaji pensyarah politeknik ni beso sangat ke? Huhuhuhuhuhuhu.

Tapi, lepas pergi kursus ni, banyak perkara yang aku tau mengenai bank dan hal-hal kewangan. Dan kini dengan gaji yang ada, aku dapat saving 10kali ganda dari yang dulu dengan perbelanjaan yang masih sama seperti dulu. Menarik tak? Huhuhuhuhuh

Tapi, kisah aku ni biasa-biasa je. Ada kisah yang lebih menarik di sini.

Jadi, kalau korang tertarik nak pergi kursus ni, boleh saja korang contact aku, roshaizul (019-722 3166) atau en.roswady (013-922 3252).

Yuran kursus RM100. Walaupun agak mahal bagi sesetengah orang, tetapi, percayalah, memang berbaloi! Lagipun ni bukan MLM, bukan sikim cepat kaya, bukan forex atau bukan pelaburan internet dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Ini mengenai bagaimana korang mengurus duit korang dengan jayanya...

Monday, January 19, 2009

Nota J3009 Kaji Daya Bahan 1

Khas untuk pelajar aku di politeknik Dungun. Nota J3009 Kaji Daya Bahan 1. Sesiapa yang bukan student aku pun boleh download nota ni. Nota dalam bentuk *.pdf.

TAG Yang Kesekian Kalinya

Aku tak tahu apa masalah budak ni. Sudah 2 kali beliau mengetag aku...owh!

Tiga Perkara Tentang Orang Yang Telah TAG Kamu
1. Berasal dari Paka, Terengganu
2. Beliau menonton AJL TV3 semalam.
3. Ada 10 lagi perkara tentang beliau yang korang perlu tahu

Tiga Perkara Tentang Aku
1. Pernah membesar di Sarawak dan Kuala Lumpur.
2. Pernah menyertai acara lompat jauh semasa di sekolah
3. Kerap di kejar anjing

Filem Kegemaran
1. Sembilu (sedey cerita ini, begitu syahdu!)
2. Gerak Khas The Movie (ganas siut cerita ni)
Huhuhuhuhuhu

Saiz Pinggang
42 inci

Warna Seluar Dalam
Berwarna-warni. Jika digabungkan semua spektrum warna seluar dalam aku, maka, akan terhasil warna putih, iaitu satu warna yang tergabung semua spektrum warna. Ada paham?


Dan seperti biasa aku taknak tag sesiapa

Sunday, January 18, 2009

Yang Berhormat Roshaizul Nizam

Aku pasti ramai yang akan meluat dan menyampah melihat gambar ini. Hohohohoho. Ini kerana, walaupun Barisan Nasional menguasai parlimen Malaysia dengan majoriti mudah, tetapi aku percaya orang-orang yang celik IT kebanyakannya adalah dari Pakatan Pembangkang.

Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf Mempelam kerana berjaya memenangi kurusi parlimen Kuala Terengganu. Maka bertambahlah satu kerusi parlimen untuk Pakatan Pembangkang...

Walaupun aku memang tidak minat berpolitik; dan juga menjadi ahli politik tiada dalam senarai cita-cita aku semasa kecil; aku ingin membayangkan jika aku menjadi Yang Berhormat dari parti kerajaan memerintah.... errrrmmmm.

1. Sudah pasti aku akan jadi kaya-raya, banyak harta, wang berjuta. Tak payah susah-susah nak jual kerepek

2. Kalaupun aku masih menjual kerepek selepas menjadi Yang Berhormat, sudah pasti kerepek aku menjadi sangat terkenal dan begitu laku. Maklumlah, kerepek Yang Berhormat. Jadi, tak payah susah-susah aku nak buat marketing.

3. Pasti aku akan mempunyai rumah besar empat tingkat dan ada lif serta tangga bergerak di dalam rumah. Kemudiannya, aku nak buat rumah tu di sebelah rumah kayu yang nak roboh.

4. Kehidupan aku pasti tidak sebebas dulu. Barangkali ketika sedang berdating dengan yang bercinta, pasti ada yang mengerumuni aku untuk menandatangai surat sokongan.

5. Pasti juga secara tiba-tiba aku akan ada ramai kawan-kawan yang sanggup berhabis apa sahaja untuk aku. Pelancongan mewah, makan di hotel 17 bintang mahupun gadis-gadis yang comel.

6. Paling tak best mesti pada ketika pra pemilihan sebagai ketua bahagian. Pasti aku harus membelanja semua orang ketika sarapan, makan malam, makan tengahari, dan pada semua waktu makan. Kopak duit aku...

7. Aku kena pandai menabur janji syuga.....walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang hidup pada masa kini boleh menabur janji syurga...

8. Aku kena pandai bercakap dan berucap. Bukan hanya bercakap dan berucap dengan nada yang "biasa-biasa", tetapi perlu dengan nada yang tegas dan berapi (kiranya macam naga la, boleh sembur api)

Rasanya itu saja, sesiapa nak tambah, boleh masukkan diruangan komen

Saturday, January 17, 2009

Bukit Tebuk

Bagai kelapa ditebuk tupai....

Post ini bukan berdasarkan perumpamaan di atas.

Post ini agak serius, akan membincangkan mengenai Bukit Tebuk.

Sebenarnya Bukit Tebuk merupakan satu-satunya terowong yang ada di Daerah Dungun. Ia terletak di Kampung Che Lijah. Ia mula dibina pada 1935 dan siap pada 1936. Bukit Tebuk ini, suatu ketika dulu merupakan laluan keretapi yang membawa bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan Dungun.

Tetapi kini laluan keretapi di Bukit Tebuk ini telah digantikan dengan jalan bertar. Terowong Bukit Tebuk juga menjadi laluan penduduk di kawasan Nibung, Dungun untuk ke jalan besar menuju ke Kuala Terengganu-Kuantan.

Sayang sekali terowong Bukit Tebuk ini dibiarkan tanpa penyelenggaraan rapi. Terowong ini sebenarnya boleh menjadi satu produk pelancongan di Dungun. Barangkali boleh diadakan chelet di kaki bukit ini. Juga, boleh disediakan "tracking" untuk ke puncak bukit ini.





Thursday, January 15, 2009

Kisah Kunci

Hohohoho. Tajuk post macam "Kisah Kaisara"

Demi untuk memudahkan akses ke pejabat aku, aku memutuskan untuk men"duplicate" kunci pejabat aku. Lalu aku memutuskan untuk men"duplicate" kunci di kedai foto SAKURA yang terletak berhadapan KFC Dungun. Bukan para-para SAKURA ye kawan-kawan....


Mulanya seorang akak (barangkali pekerja kedai itu) telah men"duplicate' kunci yang aku mahukan. Setelah dikenakan RM3, aku dengan semangat berkobar-kobar mencuba kunci itu. Tetapi.... CIS! Gagal!

Aku kembali ke kedai itu. Kelihatan seorang Apek (barangkali tauke kedai itu) menjaga kedai itu. "Ah! Ni taukenya. Mesti cemerlang kerja duplikasi beliau", getus hati kecilku. Aku pun menyatakan kegagalan kunci yang dibuat oleh pekerja beliau. Kemudian, beliau dengan bersahaja men"duplicate" kunci yang aku mahukan. Setelah siap beliau berkata "Hok nih mesti boleh".

Aku kembali ke pejabat dan mencuba kunci yang "mesti boleh" itu. Tetapi....CIS! Sekali lagi kegagalan ditemui. Aku kembali semula ke kedai SAKURA itu. "Tokei, tak boleh masuk la". Kemudian si Tauke pun membelek-belek kunci itu. "Oooo...ini kunci limited punya. Takpe, saya cuba bikin ha". Lalu beliau pun mula melakukan kerja beliau.

15 minit berlalu.... Tiba-tiba beliau berkata kepada aku. "Tak boleh bikin la. saya pulang duit". Aku pun mengambil kembali RM3 daripada beliau dengan seribu kekecewaan. Kebetulan semasa kejadian aku pergi dengan Acik.

Acik: Kedai ni memang tak bagus
Aku: Apa yang tak bagusnya?
Acik: Dulu...aku pernah ambil gambo kat kedai dia, punyalah tak lawa. Dia ambil gambo aku melalui pandangan atas.
Aku:Dahtu apa jadi?
Acik: Gambo jadi tak lawa la. Nampak kepala aku besar.
Aku: Kepala ko memang beso.
Acik: Hampeh. Ko nampak tak kat kedai dia tu ada katil dan gambar amoi cun.
Aku: Perasan jugak beb.
Acik: Aku rasa dia tinggal kat kedai tu juga la. Pastu gambar amoi tu mesti awek dia. Pastu awek dia tinggalkan dia.
Aku: Pastu dia keciwa dan tinggal kat kedai tu sorang-sorang.
Acik: Kesian dia...
Aku: Aku peduli apa sama dia, kunci aku ni tak siap-siap ni. Dia ingat aku takde kerja lain ke selain pergi kedai dia.
Acik: Ala..ko pergi Dayabumi je.
Aku: Kat Kuala Lumpur ke?
Acik: Mu ingat Dayabumi ada kat Kuala Lumpur je ke? Kat Dungun pun ada.
Aku: Kat mana?
Acik: Tu...

Lalu, aku pun men"duplicate" kunci di Dayabumi. RM2.50 je. Menjadi kunci yang dia buat. Sekali cucuk terus boleh masuk, lancar, tiada halangan

Tuesday, January 13, 2009

Di Tag Sekali Lagi

Kali keempat aku di tag. Kali ini dari Halena. Ada 2 soalan je tag ni, iaitu:-

Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng'tag' dia

1- Bekas pelajar Politeknik Dungun
2- Tapi ternyata aku tidak pernah mengajar beliau, kerana aku mengajar di Jabatan Mekanikal, manakala beliau pelajar Jabatan Elektrik. Dan lagi, aku memang bengap kalau cerita pasal litar. Aku hanya tahu V=IR
3- Mula blogging sejak November 2008
4- Beliau seorang pelajar yang cemerlang.
5- Single but not available! (macam biasa nampak bf beliau, tapi bila ek, erm...)
6- Kini beliau bekerja separuh masa sebagai guru tadika
7- Dahulu beliau penggemar kangkung, kini tidak lagi...
8- Seorang yang celik IT dan mempunyai sebuah laptop
9- Anak ketiga dari 7 orang adik-beradik. Mempunyai seorang abang dan kakak. Juga mempunyai seorang adik lelaki dan 3 orang adik perempuan. Kenali keluarga beliau di sini.
10- Berusi 21 tahun. Barangkali.

Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara sesuatu pasal diri mereka.

Sebelum ni aku ada menulis perkara yang sama, tapi kali ni aku tulis lain sikit.
1- Masih dalam misi menguruskan berat badan.
2-Masih dalam misi mengumpul duit kahwin.
3- Tiap-tiap pagi Jumaat, sering menjalankan satu misi rahsia
4- Pernah meminati Gaban
5- Pernah menjadi ejen skim cepat kaya. Huhuhuhu
6- Menjadi ejen bebas kepada sebuah kedai bodykit kereta.
7- Kini, boleh memakan budu dengan jayanya.
8- Mempunyai satu blog rahsia (syhhhhh!)
9- Mempunyai sebuah kenderaan yang amat laju.
10-Penyokong setia Pak Lah (ye ke?)

Dan sekali aku aku tanak tag sape-sape. Huhuhuhu

Monday, January 12, 2009

Ombak Menghempas Jalanraya

Hari Jumaat di Dungun merupakan hari yang membosankan pada aku. Tiada aktiviti rancak yang boleh dilakukan. Kedai makan banyak yang tutup di kala pagi hingga menjengah lewat petang. Ternyata tauke roti dan mee segera mendapat keuntungan dari situasi tersebut.

Jumaat yang lepas pula suasana begitu nyaman sekali. Cuaca redup dan angin sepoi-sepoi bahasa menggalakkan aku untuk tidur hingga hampir tengahari. Selepas Jumaat, aku makan roti dan layan HBO hingga lewat petang. Malam, aku dercadang untuk membungkus kerepek, namun kerana kemalasan mengatasi kerajinan aku mengajak rakan kongsi aku, Acik untuk bersiar-siar dan juga mengeteh.

Kami bercadang untuk mengeteh di jalan pantai Dungun. Kami menjadi kaget apabila terdapat papan tanda

Kami bertambah kaget apabila kelihatan ombak menghempas tembok dan jalan raya.

Kami bertambah kaget apabila ramai yang menyaksikan fenomena tersebut dengan tenang dan bersahaja.
p/s: Maaf gambar tak berapa terang. Belum mampu rasanya membeli henpon yang bermegapixel 4 ke atas...

Sunday, January 11, 2009

Nasi Goreng Sepuluh Suap: Bahagian Ke-2

Belek-belek surat khabar Berita Harian Khamis lepas, terjumpa berita menarik.

Aku rasa, macam pernah nampak kapal tu..... Owh! Itulah kedai nasi goreng sepuluh suap!

Barulah aku tau tauke sebenar kedai itu. Datuk Zakaria rupanya. Orang yang bersongkok itu. Kelihatan juga isteri beliau berdiri disebelah beliau. Jejaka berbaju kuning itu pula bukanlah pekerja beliau, tetapi adalah bapak mentua beliau yang juga pengurus kedai tersebut. Manakala lelaki berbaju merah/hitam yang berposing seperti penyanyi nasyid itu aku rasa adalah penyelia di kedai tersebut.

Ternyata kedai itu mempunyai struktur organisasi yang agak mantap. Malangnya, perngalaman pertama aku di kedai yang menghadap Laut China Selatan itu begitu tidak menyelesakan.

Aku juga begitu ragu-ragu dengan pernyataan "berharap pengunjung menikmati makanan di restoran kami dengan tenang". Aku tidak tenang di kedai itu kerana servis dan kualiti masakannya tidaklah begitu cemerlang. Dan lagi, gadis-gadis pelayan di situ membuat jiwa aku kacau! Huhuhuhuhuhuhu

p/s: Aku akan cuba untuk "revisit" kedai itu. Mana lah tau banyak kemajuan yang dicapai...

Thursday, January 08, 2009

Polis Angkasa Gaban

Teringat aku masa aku umur 9-10 tahun. Masa tu aku duduk di Taman Pelangi, Johor Bharu. Tahun 1990 atau 1991 kalau tak silap aku. Masa tu juga, pelbagai siri tv menjadi kegilaan budak-budak sebaya aku. Antaranya Tranformers, Saber Rider, Ultraman, dan paling aku suka Gaban! Aku tak tau kenapa, tetapi aku memang gila Gaban. Aku sanggup mengikut jalan pintas yang banyak anjing liar (dan sudah pasti aku akan dikejar) selepas balik dari sekolah agama. Korang bayangkanlah, cerita Gaban tu mula 3.30 petang, aku habis sekolah agama pun 3.30 petang. Sekalipun mengikut jalan pintas, jarak sekolah dengan rumah aku hampir 1km jugak. Fuh!

Sekarang, mari kita lihat aksi-aksi Gaban yang gagah itu.


Naga Gaban

Kapal Angkasa Gaban

Gaban bersedia untuk melompat longkang

Gaban di planet Marikh

Gaban terkena renjatan elektrik

Awas! Gaban sedang marah!

Mainan Gaban

Aksi Gaban sebelum melaksanakan Hikmat Potong Dua

Poyolah kau Gaban

Gaban meminjam pedang Jedi dari En. Yoda

Gambar IC Gaban

Gaban bersama Moto Gaban

Gelagat Gaban dan rakan-rakan di set penggambaran

Gambar Gaban ini diambil semasa beliau dalam tahanan polis Israel. Israel peduli apa ko Gaban ke, ko polis angkasa ke, dia main bedal je.

Ni Gaban ke Darth Vader?

Eh? Mana satu Gaban ni?

Apa kau buat tu Gaban? Mana ada rasaksa sekarang ni.

Patung lilin Gaban

Gaban terbang

Kapal Angkasa Gaban sedang berlepas

Wajah Gaban sejurus selepas menukarkan diri beliau dalam masa 0.005 saat

Kapal Angkasa Gaban bersedia untuk menggerudi. Dipercayai Inul mendapat idea gelek gerudi melalui Gaban.


Selain aksi Gaban yang begitu hebat, aku juga menyukai lagu tema Gaban. Korang boleh muat turun lagu Gaban di sini. Lagu Gaban ni menjadi nada bunyi utama bagi henpon cap kambing gurun aku. Boleh juga korang berkaraoke lagu Gaban kerana aku turut menyertakan sekali liriknya.

-----------------------------
Tajuk: Uchuu Keiji Gavan Op
Penyanyi: Kushida Akira
——————————————–

otoko nandaro! guzuguzu suru na yo
mune no enjin ni hi wo tsukero
ore wa koko daze hito ashi osaki
hikari no hayasa de ashita e dasshu sa

wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
aitte nanda tamerawanai koto sa
gaban! abayo namida
gaban! yoroshiku yuuki
uchuu keiji gaban!

warui yatsura wa tenshi no kao shite
kokoro de tsume wo toideru mono sa
ore mo omae mo namonai hana wo
fumitsukerarenai otoko ni naru no sa

wakasa wakasatte nanda akiramenai koto sa
aitte nanda kuyamanai koto sa
gaban! abayo kinou
gaban! yoroshiku mirai
uchuu keiji gaban!

wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
aitte nanda tamerawanai koto sa
gaban! abayo namida
gaban! yoroshiku yuuki
uchuu keiji gaban!

Daniel Yang Celik IT


Budak itu bernama Daniel. Beliau berusia 6 tahun. Beliau lahir dan membesar di Kuantan. Sesekali beliau akan ke Bandar Tenggara untuk berjumpa datuk dan nenek beliau. Selain itu, beliau gembira berada di Bandar Tenggara kerana di situ terdapat komputer usang milik bapak saudara beliau. Bapak saudara beliau adalah penulis blog ini.

Ternyata beliau celik IT berbanding bapak saudara beliau. Beliau mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi pakar IT apabila dewasa nanti. Pada ketika gambar ini diambil, beliau sedang mencari-mencari folder game yang telah disembunyikan oleh bapak saudara beliau. Apabila sudah berjumpa folder tersebut, beliau bermain game Mario Forever dan Stick Fighter.

Setelah gambar ini diambil, beliau bertanya kepada bapak seaudara beliau.
Daniel: Pak Ngah amek gambar Daniel ek.
Bapak Saudara Daniel: Aah. Kenapa?
Daniel: Boleh masuk dalam komputer ke?
Bapak Saudara Daniel: Boleh...
Daniel: Masuk ah gambo Daniel dalam komputer ni.
Bapak Saudara Daniel: Tapi kena ada bluetooth. Komputer tu takde bluetooth
Daniel: Ooooo....

Kemudian beliau berlari keluar rumah kerana terdengar bunyi loceng aiskrim...

Wednesday, January 07, 2009

Kuda Terbang

Semalam,aku pergi makan roti arab dengan Acik kat depan UiTM Dungun. Tiba-tiba aku ternampak kuda terbang!


Sos Cili Cap Kuda Terbang! Hee..haaaa! Teringat pula siri kartun Saber Rider And The Star Sheriff.

Belek-belek sikit botol tu. Erm...buatan Pulau Pinang. Jauh dia terbang. Sampai Terengganu.

Belek-belek lagi, eh, ada tanda halal la. Lalu aku tergerak untuk memeriksa kehalalan kuda terbang itu. Aku taip HALAL 9557206010019 dan hantar ke 32728. Kemudian aku dapat balasan, RM0.50 Halal: K/Bar:9557206010019 Status: TIADA DALAM SENARAI. Cis! Jembalang! Tak halal rupanya, sama macam kes kek ikan dulu.

Tuesday, January 06, 2009

Terima Kasih BSN

Dulu, bila orang sebut Bank Simpanan Nasional mesti terbayang bank yang buruk dan terletak di ceruk-ceruk pekan kecil. Pelanggannya pula biasanya makcik dan pakcik yang buta huruf ataupun budak-budak sekolah yang nak keluarkan duit biasiswa. Oleh yang demikian ada yang mengatakan bahawa BSN adalah "Bank Orang Kampung" atau "Bank Budak Sekolah". Produk pun tak la banyak. Ada la dua tiga jenis je. Di tambah lagi kerani-kerani di kaunter yang masam mencuka wajahnya dan melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Tapi itu semua dulu....

Sekarang ini aku rasa BSN makin bertambah baik dari masa ke semasa. Gadis-gadis genit berbaju jingga begitu murah senyumannya dan mesra layanannya. Walaupun kebanyakan cawangan BSN masih terletak di kawasan yang agak pedalaman, tetapi suasananya dalamannya agak memikat. Air-cond sejuk, seat selasa. Selain itu, mudah bagi aku untuk berurusan dengan BSN kerana cawangannya banyak dan terletak di tempat-tempat yang agak startegik.

Dan lagi, produk BSN makin banyak dan sangat kompetitif berbanding bank yang lain. Contoh, yang aku gunakan sekarang kad kredit Al-Aiman. Dengan caj 15% setahun dan caj cash advance hanya RM50 bagi apa-apa nilai, ia amat berbaloi.

Tapi, yang aku sayang sangat dengan BSN sekarang (huhuhuhuhu) ni adalah perkhidmatan pelanggannya. Memang luar biasa bagus!

Akhir tahun lepas aku ada buat cash advance melalui kaunter di BSN Daerah Kota Tinggi. Kerana kegopohan aku, kad kredit BSN aku telah tertinggal di kaunter bank. Mulanya aku tak perasan. Tetapi, setengah jam kemudian, seorang akak (yang cun) telah menelefon aku mengatakan kad kredit aku tertinggal. Cis! Puaka aku rasa! Lalu akak tersebut berjanji untuk menyimpan kad kredit aku.

Kemudiannya, beberapa jam kemudian, seorang kakitangan BSN Kuala Lumpur telah menelifon aku bagi mengesahkan bahawa kad kredit aku tertinggal di bank. Aku mengiakan sahaja. Kemudian, beliau mencadangkan untuk aku mem"block" sementara kad tersebut untuk keselamatan. Memandangkan aku seorang yang kedekut, aku bertanya kepada beliau "kena caj ke ni?". Lalu beliau menjawab "Free of charge ! Nanti, bila Encik dah ambil balik kad kredit Encik, Encik boleh unblock." Dan aku bersetuju dengan cadangan beliau.

Aku mengambil kad kredit aku yang tertinggal di BSN Kota Tinggi pada awal tahun ini. Aku disambut dengan senyuman oleh akak yang menyimpan kad kredit aku. Sambil menghulurkan sampul surat bergam yang berisi kad kredit aku, beliau berseloroh kepada aku "Muda-muda lagi dah lupa...". Huhuhuhuhu

Setengah jam kemudian, BSN Kuala Lumpur telefon aku untuk unblock kad kredit aku. Dan aku setuju. Memang efisyen kerja BSN ni. Memang aku rasa dihargai sebagai pelanggan BSN...

Monday, January 05, 2009

Dari Manakah Tag Itu

Dapat tag dari norlieza82 dan telah dijawab. Lalu aku terfikir, dari manakah mulanya tag itu? Siapa yang menciptanya? Jadi, aku pun memulakan pencarian...

1. norlieza82
Berasal dari Ulu Belitong, Kluang. Berkahwin dengan suami yang mempunyai nama yang sama dengan beliau. Sudah mempunyai 2 orang anak

2. dora
Berstatus puan

3. sufian
Seorang mamat yang celik IT. Blog beliau bagus untuk orang yang buta IT macam aku ini.

4. beruang
Seorang bapak beruang yang tinggal di sekitar Shah Alam atau Puchong. Kelihatannya beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam hidup. Aku menjangkakan umur beliau lebih dari 33 tahun.

5. chastoriesinlife
Aku tak pasti siapakah beliau. Barangkali seorang Filipina yang menyambut Krismas.

6. nova
Nak tau pasal nova? Baca di sini. Tak paham bahasa Inggeris? Aku yang English SPM dapat 8 pun bole paham....

7. rosemarie
Orang Filipina juga. Seorang janda beranak satu dan berusia lewat 2oan (wow!).

8. tintintetey
Wanita. Berkahwin selama hampir 2 tahun. Orang Filipina juga

9. very-licious
Awek Filipina. Nak berkenalan? Pergi kat sini. Pening aku baca blog beliau...

10. MsDianeG
Awek Filipina juga. Jururawat. Umur 25 tahun.

11. http://ilbloomagain.blogspot.com
Sampai sini jer. Mata dan kepala dah aku sakit tahap jembalang tanah nak cari post mamat ni pasal tag/award cute. Dan lagi beliau menulis dalam bahasa Tagalog.

ps: Tahukah ko bahawa bahasa Melayu/Indonesia adalah serumpun dengan bahasa Tagalog.
ps2: Tahukah ko apa itu bahasa Tagalog? Cis! Tak tau. Pergi cari cikgu Geografi ko!
ps3: Tahukah ko Panglima Awang merupakan orang yang terlibat dalam ekspedisi mengelilingi dunia oleh Ferdinand Magellan? Dan beliau boleh berkomunikasi dengan orang Filipina tatkala armada Magellan singgah di Filipina. Panglima Awang juga dikatakan orang yang berjaya menamatkan misi mengelilingi dunia, bukan Magellan.
ps4: Tahukan ko bahawasanya aku pun bukan tahu sangat semua di atas. Agak-agak je. Jangan ko jadikan post ini sebagai sumber rujukan untuk membuat Kajian Geografi atau Kajian Sejarah ko!

Sunday, January 04, 2009

Tag Dari Norlieza82


Tag ke 3 aku setelah ditag oleh mazudi dan pakcik. Dan award pertama aku. Huk..huk..rasa sebak di dada. Terima kasih norlieza...huk..huk. Terima kasih juga kepada mak bapak aku..huk..huk.... (Isk! Bole jadi post terpanjang kalau aku wat ucapan ni. Abaikan!)


Ini dia 10 fakta tentang diri aku.

1. Single but not available (Fuh! Ayat power tu)

2. Aku bukan Mawi. Dan Mawi bukan aku. Tapi aku pernah satu sekolah ngan Mawi. Eh! Silap! Mawi yang satu sekolah dengan aku! Huhuhuhuhuuuhu

3. Tetap dan berpencen sebagai "human engineer" di sini. Bukan kerjaya pilihan, tapi ternyata aku menyukai kerja ni.

4. Juga seorang tauke kerepek kecil-kecilan.

5. Buta IT

6. Aku berasal dari bandar ..... Bandar Tenggara. Huhuhuhuhu

7. Blogging adalah hobi terbaru aku. Pernah mempunyai hobi mengumpul setem, berbasikal dan bermain layang-layang.

8. Pernah menjadi budak yang bodoh, lembab dan tiada masa depan. Kerap mendapat markah kurang dari 10/100 semasa ujian serta peperiksaan. Terasa macam mimpi jadi nyata apabila dapat Master beberapa tahun lalu. Kalau dulu aku seorang budak yang bijak, dah tentu aku jadi angkasawan sekarang! Erm.... (berangan sedang melayang-layang pada graviti sifar)

9. Arwah datuk aku pendatang dari Pulau Jawa dan mempunyai kad pengenalan merah,tetapi aku tak boleh ngomong Jowo. Juga, sudah hampir 3 tahun aku berkelana ke Terengganu, tapi aku masih tak boleh oyak Tganu. Huhuhuhuh

10. Anak kedua dari tujuh beradik. Bapak aku seorang bekas tentera dan kini mengusahakan ladang seluas 70ekar. Mak aku kerja kilang plastik.

Tamat sudah 10 fakta tentang diri aku. Mengikut syarat aku perlu menujukan tag ini kepada 10 individu yang lain. Tapi aku malas nak senaraikan sepuluh nama. Huhuhuhuhu